today is Tuesday. dan aku nak ucap greeting paling cliche' yg pernah aku ada, hi friends!
aku ditemani kole kopi berasap jenama TUAH kegemaran. sarapan pagi yang ringan untuk aku hadap sebelum mulakan kelas. gulp. seteguk. dua teguk. pahit. sengaja aku buat pahit. 'takut potong kaki' bisik aku semasa mencedok gula. teguk kali ketiga. fin.
bulan oktober banyak memberi kesan positif dan negatif dalam kehidupan seharian aku. tup-tap, dah hampir setahun aku menconteng post di sini. tidaklah hebat jika dibandingkan dengan orang yang dah lama berkecimpung dengan dunia menconteng entry. dan aku harap tulisan yang teramat picisan aku ini diterima segelintir pihak. kenapa segelintir? biarlah. ada gula ada garam, banyak orang banyak ragam. aku tidak boleh memuaskan hati semua pihak. siapa aku?
ya. siapa aku?
aku kerap menconteng dua ayat itu. siapa aku? aku masih orang yang sama cuma berbeza watak sedikit dari fana. aku dilihat amat tidak matang kira kau pernah jumpa aku di mana-mana. tapi tidak bila di sini. aku lebih serius dari perkara yang serius. dan aku serius.
4.18AM.
aku tersedar dari mimpi. mimpi seorang sahabat yang jumaat ini genap setahun meninggalkan aku dan semua insan yang mengenalinya. sahabat yang sentiasa senyum dan bercanda gembira. aku tidak begitu mengenalinya. tapi cukuplah aku pernah meluang masa bersamanya seketika. dan pemergiannya adalah sesuatu yang amat menyentap jiwa. tapi jam 4.18AM tadi benar-benar menghilangkan rindu yang lama. seakan mengerti apa yang aku rasa, dia datang beri senyum dan aku kembali gembira. terima kasih kawan. walau kau jauh, kau masih datang tanda setia. terima kasih.
kenangan gamelan 2009 |
al-fatihah buat Allahyarham Ahmad Syamil Bin Basri.
4 comments:
nab.. sedih bc post ni. =(
AA : nape sedih man? arwah kan senyum. maksudnya dia bahagia di sana. kita terus doa yg terbaik utk dia kt sana. :)
rindu dgn senyuman tu..
d setahun dah kan.......
AL-FATIHAH..
Ain, yeap. dh setahun. rindu tu memang la rindu. kawan kan. :)
Post a Comment