hearts

Sunday, October 2, 2011

tamak tidak haloba

assalamualaikum.

hai friends! doing good? great! iloveyou.


pelik. tapi perasaan itu aku dapat lahirkan bila mereka asyik mengolah perkara yang sama. perkataan yang hampir serupa. 'kawan'. ramai yang berhujah, dan ramai yang redha. aku bertanya pada diri sendiri. apa itu kawan? siapa yang perlu diberi panggilan sebagai kawan?

ramai yang mendefinisikan apa itu kawan dari sudut pemikiran mereka, tidak merujuk mana-mana kamus. kerana kamus hanya menerangkan kata, bukan menjelaskan perkara. aku setuju. kerana aku juga tidak merujuk mana-mana google translator untuk menaip kali ini apatah lagi mencari makna 'kawan' di laman sesawang bersawang PRPM. aku menulis kali ini penuh rasa cinta.

mereka kata kawan itu seseorang yg berada disisi kala senang mahupun susah.
betul.
mereka kata kawan itu seseorang yg memberi pandangan ideal, tak kira membina atau kritikan bernas mampu buat kita jatuh tak sengaja.
betul.
mereka kata kawan itu seseorang yang tegur mekap kau tebal tak kena.
betul.
mereka kata kawan itu seseorang yang kata "hey, mata sebelah kanan" tanda ada taik mata.
betul.
dan pelbagai definisi seorang kawan perlu lakukan dan tunjukkan.
aku setuju satu persatu. tidak kukata salah.

tapi, bila difikirkan semula, adakah dengan memberi definisi, kita melaksana apa yang diucap? 

adakah kita kawan yang sentiasa disisi mereka tidak kira masa?
adakah kita kawan yang memberi pandangan ideal atau sekadar ingin menjatuhkan?
adakah kita rela lihat mereka beraksi seperti badut atau terus tegur "weyh, that's not nice"
adakah kita mampu tegur kelemahan mereka?
dan macam-macam lagi persoalan yang aku sendiri tidak pasti mana satu harus keluar dulu.

aku tak mampu untuk laksanakan yang keempat dalam persoalan hati aku. lantas, kegagalan aku untuk menjadi seorang 'kawan' terbukti nyata. ya, aku tak mampu beri teguran yang menampakkan kelemahan mereka. kerana aku tidak selesa apabila pekung aku dibuka-buka. aku mungkin boleh terima, tapi aku sungguh pasti, aku maha tidak selesa. 

penulisan kali ini aku cuma mahu kata, jika kita mahu yang terbaik untuk diri kita, maka lahirkanlah yang terbaik dari diri kita untuk mereka. tak perlu tamak. apatah lagi haloba dalam soal ini. samalah kaedahnya bila kita tak mahu mereka berkira dengan kita, kita terlebih dahulu jangan berkira dengan mereka. dan jika kita tak mahu mereka meminta-minta, kita dahulu jangan meminta-minta. 

nampak mudah. cuba kau laksana.

"hey, jom keluar! tapi kita tongtong lah." <<----try kat rumah kau, jumpa kawan baik jiran sebelah rumah.

apa yang kau rasa bila orang kata macam tu? aku takkan beri jawapan. kerana kita nilai diri kita sendiri. kalau kita yg ucap macam tu, apa mungkin mereka kata?


aku tujukan kepada semua kawan aku. sebab hanya KawanSampaiMati sahaja yang tahu bagaimananya aku.


terima kasih.




p.s: penulisan ini tidak merujuk mana-mana bahan rujukan seperti buku falsafah, fisiologi, psikologi atau laman sesawang lain. aku cuma ekspresi apa yang aku rasa kini. maaf kira kau atau kau terasa.


WL: enabcantiksangat

2 comments:

s a r said...

assalamualaikum.

hee. menarik.
kata orang,

"kalau taknak orang buat kat kaw macam tu, maka kaw jangan benda tu kat orang lain."

"kalau kaw nak orang lain baik dengan kaw, maka kaw buat baiklah pada orang"

tapi tu la manusia kan. cuma sebagai diri sendiri, tidak terlalu berharap akan sebarang balasan apa yang kita lakukan kan kan. tidak pula mmblas dengan kejahatan andai kejahatan orang lain menimpa kita.

kawan, yang dinamakan kawan akan terima kawan seadanya. ~persepsi saya. hee

.waniey jamaludin. said...

auch~
pasal tong2 tu mcm selalu gune je.bhaha
ades