assalamualaikum kawan semua! :)
mungkin aku terlalu leka dengan pelbagai perkara sia-sia. tidak menoleh walau sesaat di folder assignment. tidak sedar masa sudah jauh meninggalkan aku. tak betah dengan masa, aku terus berlari pecut hingga nafas aku terkadang semput seperti kerbau. heh! itulah akibat kalau menangguh sebarang kerja.
aku mahu kurus. aku mahu seperti 8 tahun dahulu.
tidak banyak aku minta sepanjang aku hidup. cukuplah aku sihat, dapat bersama-sama orang-orang yang aku sayang. sengaja aku gandakan perkataan orang-orang. untuk membilang betapa ramai mereka yang penting dalam hidup aku. hidup bujang bukan bermakna keseorangan, bukan? jadi tidak salah kalau aku gandakan perkataan itu untuk menghargai mereka yang ada di samping aku, tak kira masa. seperti anda semua. terima kasih orang-orang. :)
radio dan kopi adunan rahsia peneman malam.
tatkala musim ini menjelma, aku tak pernah lupa untuk bertemankan radio. siaran stesen mana, biarlah rahsia. tak perlu aku catat segala di sini. anda juga mempunyai kegemaran tersendiri. terutama bila ketakutan bila bersendirian. oh. sekali lagi aku ditinggal rakan bilik kerana jawatan beliau begitu menuntut beliau untuk bekerja tanpa henti. kadang aku kasihan. kadang aku rasa bangga. tapi lebih kepada kasihan. tak apalah. kalau sanggup demi tanggungjawab, tak perlu kata apa-apa. biar mereka senyum dan kau saja rasa hina. jangan tampil muka penat kerana mungkin ada orang yang lebih terseksa semakin parah kerana kau.
jadi, sila enjoy kehidupan anda, biar saya terseksa di sini. :)
WL: enabcantiksangat
No comments:
Post a Comment