hearts

Friday, October 14, 2011

malas nak fikirlah!

malas nak fikirlah!

aku asyik mengulang ayat yang sama, berkali-kali. tidak pula jemu. lagi difikir, lagi stress. hai kawan-kawan!
senyum :)



kejadian sore tadi buat aku terfikir, bila lagi aku nak berubah. 2 tahun tetap yang sama. tidak berganjak dari kedudukan yang sama. menyusahkan orang! itulah aku. tidak terfikir sebarang apa, tahunya hanya diri sendiri. selfish bak kata mereka. aku senyap. tidak berkata apa. berfikir terus, cuma. merangkak - rangkak mahu tahu silap dimana - mana. aduh.. masih tidak berjumpa.


orang kata, jangan diduga lautan dalam. entahkan jerung, entahkan parang. aku senyum. tak mahu disokong, tak mahu membangkang. jauh disudut hati, kita semua manusia. tak betul sepanjang masa, tak silap tak kira masa. buat apa mahu condemn andai tahu siapa kita? diam. tidak bersahut walau menyebut nama. meraka masih bersorak gembira. masih tidak mendapat apa - apa.

bagus kalau dapat balik rumah hilang stress buat tekanan semua.


sudahlah. aku penat. mahu berehat. santai minda. santai mata. jumpa bila aku ada kekangan masa. jaga diri sahabat.


jaga diri si budak jahat. main elok-elok. :)




WL: enabcantiksangat

1 comment:

ANGIN ANGAN said...

jangan berfikir keterlaluan. nanti otak sawan. hehe..

senyum seindah suria. sekurang-kurangnya kita sendiri bahagia.

nab cayok2!!.. no stress2 k.!! =)