hearts

Friday, February 1, 2013

# Observe Kali Pertama versi Wanita.

assalamualaikum w.b.t dan salam Jumaat.


Alhamdulillah. selesai minggu kedua praktikum. syukur. sepanjang minggu, berjalan dengan baik. aku terus berdoa supaya segalanya berjalan lancar sampai aku graduate. Aamiin.

hari ni, kali pertama aku di observe oleh AngAng. dan rasanya, berbeza. sungguh berbeza. aku selalu berhajat, moga-moga dapat lecturer yang prihatin dan empati. tak tipu. masa first time aku dapat tahu, AngAng jadi pensyarah penyelia aku, aku rasa super-down. serius punya super-down. yelah. banyak story aku dengar pasal AngAng. mostly, bad things. entahlah. aku percaya pulakitu yang teruk-teruk aku down. sepanjang cuti sekolah hari tu, aku fikir. benda sekarang, dia nak observe aku. kalau aku okay, dia pun akan okay jugak. well, jujur ye, aku teruk-teruk berserah dekat Allah, mohon segalanya dipermudah. mujur ada Adhir. dia yang selalu cakap AngAng okay. Alhamdulillah. setakat ni masih terasa senang dan tenang.

tadi, masa AngAng pra-observe aku, aku tenang je. tak gusar. tak menggelabah. mungkin sebab aku buat kerja. dan mungkin aku letak semuanya atas tangan Allah. kun fa ya kun. kalau Allah kata jadi, jadilah. so, aku redha. dan benar, bila kita letak segalanya atas Allah, lepas habis kita usaha dan ikhtiar, segalanya insya-Allah jadi mudah. tadi AngAng ada komen sikit-sikit cara penulisan aku. aku terima. dan dia juga terima. sebab masing-masing tahu, semua orang tak sempurna. aku lega. dia juga bagi kata-kata semangat kat aku, jangan jadikan tohmahan itu kenyataan. jadikan ia satu cabaran. kalau betul aku tak salah, aku kena bangkit untuk buktikan aku tak salah. terima kasih Allah. Kau bantu aku dengan menghantar orang yang memahami situasi aku. akhirnya, ada lagi insan yang percayakan aku sebanyak ARH.

mungkin ada di antara kalian yang mengenali AngAng akan merasakan aku tipu. #JanjiPengakap, aku tak tipu. AngAng tidak memaksa aku menjadi orang lain, bukan jadi Cada, bukan jadi Lina.  tapi dia memaksa aku untuk menjadi the better me. itu yang membuatkan aku ikhlas dari segenap segi. bukan untuk impress others, but for me. and thanks for that.


akhir kalam, aku akan terus serah segalanya pada-Nya. aku redha dalam segala hal yang berlaku dan aku percaya ada yang terbaik untuk aku. tutup buku pasal Mat. sebab dia hanya satu kisah epik pengajaran berguna masa depan. sebab Allah yang benarkan perkara tu berlaku. dan inilah pengajaran yang aku dapat. :)


terima kasih Allah. Alhamdulillah.


Love, RZ.

2 comments:

.::AbaNg & aYanG::. said...

ignore others nab2. tak kesahla diselia sapepun, pokok pangkalnya kita. kalau nak seribu daya. usaha, doa, tawakal. rezeki dari Allah. siapalah manusia nak pertikaikan. ikut je flow angang. yg penting sentiasa THINK POSITIVE! Go nab2!

maizatul suraya said...

thanx Cadaa.. sorry mention nama kt sini. kadang-kadang penat nak bagitau observer, enab bkn Cada or Lina. selalu nak banding2kan. itu yg enab selalu stress. sebab lack of motivation. sikit2 kena banding. ni yang nak nangehhh nii. huhuhuhu..