hearts

Tuesday, February 5, 2013

# rahsia cinta rahsia

assalamualaikum w.b.t dan selamat petang selasa.


Alhamdulillah, hujan turun membasahi bumi. Alhamdulillah.


aku sentiasa ada rasa cinta. terhadap keluarga, sahabat, dan manusia lainnya. bila aku mulai marah, titis genang air mata jatuh mencurah tanda aku rasa bersalah bertinggi suara. jujur. itu jiwa lemah aku.

cinta rahsia ulang semula rahsia dia. tetap teguh pendirian mahu kahwin usia 35. aku minta apa alasan terbaiknya. andai dikata tidak stabil, kerja sudah ada, rumah sudah ada. kereta? ahh, entah sudah berjuta kilometer kau berjalan. jadi, apa alasanmu?

CR : aku bukan ape nab. aku nak merasai sepuas-puasnya hidup. 
CRZ : apa, dengan berkahwin sekarang hidup kau takkan pernah puas?
CR : bukan. maksud aku, biarlah aku puas jadi bujang. agar dah kahwin nanti komitmen terhadap sang isteri tidak berbelah bahagi.
CRZ : oh. takkan dalam usia yang hampir 30, kau tak merasa apa-apa untuk kahwin?
CR : ada. tapi, kisah lampau buat aku rasa tak cukop bagus untuk sang isteri.
*pause*
CRZ : buang yang keruh, ambik yang jernih je, kan boleh camtu......
CR : memanglah boleh. cumanya.....
CRZ : filter yang kau pasang tak mampu jernihkan yg keruh, begitu.
CR : kau muda, tapi dah macam sebaya aku. senang je aku percayakan kau.
CRZ : aku amik dari emak aku. itu adalah genetik.
CR : ada can lagi, aku belanja kau teh ais. kita sembang sampai sudah?
CRZ : okay *sambil senyum tanda suka*




rahsia cinta rahsia terhadap perasaan hati memang dah dapat aku jangka. dari gaya pembawakan diri dia, memang aku percaya. bukan dia tak mahu komitmen. cuma dia mahu yang terbaik untuk pasangannya nanti. ah. aku dah mula bias, sebab dia cinta senyap aku. mengkuangdem betol


tapi aku percaya, lepas kau dah travel merata, tak sampai 35 pun kau dah mula rasa puas dengan dunia. :)


ye dak?


watak :

CR : cinta rahsia
CRZ : aku lettewww~~~


love,  RZ.

No comments: