hearts

Tuesday, February 12, 2013

# nuoi sumire.

assalamualaikum w.b.t dan selamat hari selasa.


kita masih bangun dan cuti berbaki sehari (untuk yang tak cuti seminggu). tak apa. kita cuba gembira dan berehat bersama-sama keluarga. okay?


nuoi sumire. bunga lavender. purple atau biru buat kita semua jatuh cinta. berbeza warna buat kita sedar, hidup penuh suka duka. kejap kita senyum ketawa. kejap kita menangis hiba.

aku punya satu cerita.

aku hidup penuh rasa cinta. dari mak ayah, keluarga dan rakan-rakan. dulu, aku tak sedar peri penting mereka yang aku cinta. seronok tak ingat dunia. yang aku tahu, akulah segalanya. tanpa aku, mereka lumpuh tak semena. itu perasanku.

manusia berubah ikut izin-Nya. aku mula hargai semua yang ada. biar aku terluka kerana aku sedar, itu bayarannya. aku pernah melukai mereka dan ini masanya aku dapat pulangannya. aku sedar.

aku mula biarkan manusia seronok melukakan insan lain. biar mereka tahu sampai masanya, Tuhan beri pulang balik. kita semua manusia. ada yang boleh ditegur, kita tegur. yang tak boleh, kita doa dalam hati. moga Tuhan beri sedikit kasih sayang untuk mereka.


aku,  Sumire-chan. hidup aku penuh warna.


love, RZ.

No comments: