hearts

Saturday, March 30, 2013

# Hanya Kawan

assalamualaikum w.b.t dan selamat bermalam. ihik!



aku menulis kali ini nyata sekali bukan baru lepas tengok cerita lakonan Hans dan Ella. aku lebih menjurus kepada satu diorama muda-mudi yang baru cuba untuk kenal dunia.


aku kenal dia. rapat hingga aku rasa aku lebih merasa kasih kakak kepada adik. yang mudah untuk aku cerita, bergelak dan berkongsi. tidak kurang juga membuli.


tapi nyata, di saat aku menjerit terlolong menyatakan "AKU SEDIA UNTUK MOVE ON!!!" seakan didengari dia. dia mula menyatakan perasaannya. tentang jodoh itu semua.


AB : awak dah sembuh belum?
CRZ : err. entah. dahlah kot.?
AB : kalau belum, saya boleh bagi ubat?
CRZ : hehe. tak apa. mahu nikmati hidup dengan begini hari-hari. senang.
AB : saya target umur 25 mesti jumpa jodoh. tak mahu lambat-lambat.
CRZ : apa yang dikejarkan? biar lambat asalkan selamat. entah yang dijumpa mula-mula menjadi yang dibenci akhiran cerita nanti.
AB : awak seakan kaunselor. tahu cerita saat cerita baru dimula.

AB : kalau boleh, saya mahu seperti awak. awak sangat okay. RPH pun sudah buku dua.
CRZ : alangkah bahagia kalau rajin saya dinilai melalui RPH. awak kena tahu, gadis seperti saya, hanya satu dalam sejuta. tidak mudah. baik awak mencari gadis yang mudah dibaca. hidup macam buku. buku mudah faham lebih diminati kerana isinya tidak berbelit dan terus kepada cerita sebenar. bukan seperti novel karya sastera yang kadang-kadang buat awak bosan mencari makna sebenar. perempuan benci apabila diri mereka dianggap bosan. jujur.
AB : susahnya mencari jodoh.
CRZ : kalau awak mencari yang sempurna hingga tua tidak akan berjumpa. carilah yang awak mampu untuk faham. yang kenal tanggungjawab. bukan cantik jadi kiraan. biarlah yang tahu ukur diri.


aku sering terjerat begini. kadang-kadang perkara sebegini buat aku kembali mencari penyebab hati aku yang luka. kerana aku tidak suka melukakan hati mereka yang bersedia. kerana aku sedar perit sakit rasa luka.


goodnite!


love, RZ.


No comments: