hearts

Sunday, September 11, 2011

hantaran oh hantaran!

assalamualaikum. sekali lagi aku menyemakkan kehidupan korang yang serba indah tu. hehe. aku sayang korang. 
nahhh xoxoxoxoxoxoxoxoxoxo <3


encik google image adorable takde gambar yg lebih adorable utk keyword -HANTARAN

sekarang kan, aku selalu tengok dekat status dan dinding fesbuk kawan-kawan cerita pasal hantaran. kononnya ;-

>
>
>
>
>
>

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini (Ringgit Malaysia) dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000


realiti atau fantasi? 


aku perempuan. dan aku tahu, ramai kawan perempuan aku suka dengan sebut harga (mcm barang kan?) seperti di atas. kononnya, itu yang selayaknya. kalau mahu, harus sanggup. emm. terfikir seketika.


tiba-tiba. aku terjumpa sesuatu kata bantahan dari sang lelaki. oh. mereka begitu prihatin ye mengenai kes duit hantaran ni. tak betah duduk harus balas. katanya,

>
>
>
>
>
>
>
>
>

UNTUK WANITA YANG SEBOK DUK PASTE KAT WALL DIORANG PASAL HARGA HANTARAN SEMUA TUH HA BACA NIH: Mak Cik : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ". Mat : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat ".. Mak Cik : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap ". Mat : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus.. TUihh!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!



sentap mak nak!
susah nak cakap. macam nak berniaga pun ada. 


kita manusia, bukan barang. sila ambik memory card, letak dalam otak, kalau rasa diri anda sebuah barang. harga hantaran bagi aku tak perlulah melebih-lebih. cukuplah sekadarnya, tidak menyusahkan pihak lelaki. kalau nak buat kenduri besar, sendiri keluarlah the money money. dan, kalau nak sangat hadap duit hantaran macam yang dicanang-canang, cari yang berkemampuan, buat apa cari pion opis, cari abg safeguards? carilah abg senior engineer (yg junior gaji ciput, kau tau kan?), carilah abg doktor bkn MA. 

eleh, boleh buat loan kot!

ewah! duit pinjam mana berkat! itu pasal aku suruh pasang memory card kat dalam otak. kasi kau ingat sampai bebila. duit pinjam bhai! tak abis bayar dah gaduh perang besar. konon tak mampu beli gelang tiap kali raya sebab nak settle kan hutang bodoh nak kawen dengan kau. penah tengok citer PRamlee yang seniman bujang lapok tu tak? tak ingat jalan cerita? aku malas cerita, kau cari sendiri boleh?

kau perempuan, #eh kita sama.

ye. aku pun teringin majlis besar. tak tipu. nak nak kerjaya macam aku, cikgu. banyak ni VIP list wajib jemput. guru besar, orang PPD, nazir sekolah. tapi, kalau itu yang aku nak masukkan, duit cari sendiri la. jangan susahkan pihak lelaki. diorang pun nak kumpul duit, bagi kita makan lepas kawen. kot-kot kita bunting pelamin, ahh sudah, susu lampin. semua nak kena sedia. kalau kita mudahkan diorang, diorang pun akan mudahkan kita, insyaAllah.

eleh, laki ni bukan boleh bagi muka. nanti dah dibagi, pijak kepala.

#eh kau pun satu kaum Adam. agak-agak la. kan aku dah cakap. kita semua manusia. bukan barang. nak main pijak-pijak. bersyukur la sikit bhai. jangan ingat kau je ada perasaan, yang wanita anggun ayu bergaya ni macam patung kau boleh tayang tapi boleh kau tipu tiap masa. dah girls ni baik hati, kau jgn salah guna. kerjalah untuk membahagiakan mereka setiap masa. ingat, orang perempuan ni lain sikit. kau naik suara pun, diorang dah fikir limaploh juta perkara negatif tentang kau. 

aku tak backup mana-mana pihak sebenarnya. aku cuma rasa, pandangan mengenai hantaran ni berbeza tiap orang. tapi tapi kita mesti selalu fikir, kita bukan barang utk dijual. jangan terpengaruh cerita pengantin utk dijual tu. hantaran tinggi utk sesiapa yang mampu. ingat tu je. kalau diluar kemampuan, aku kira tak mampu jugaklah. lainlah kalau laki tu yang offer diri nak tanggung kos AtoZ. tapi yang penting dia yang sebut. bkn kita. 

so, aku harap, feedback dari aku ni tak disalah erti oleh pihak-pihak tertentu. kita semua nak kawen kan? toleransi kunci utama. :)

sehingga itu (aku gantikan dengan till then), 
majulah perkahwinan untuk kita semua. HAHA


#ohmama #saya #mahukawen

WL: enabcantiksangat



5 comments:

athirah ahmad said...

nak button like please untuk entry ni :)

Unknown said...

terbaek la kaknab :)

muzikjiwa said...

Assalammualaikum. Eh eh nak kena bagi feedback ye. Okay mcm nilah. Bg aku tak salah sebenarnya nak letak hantaran tu rendah ke tinggi ke. Kita ni sebenarnya kena tepuk dada tanya diri sendiri. Kalo kita sebagai perempuan belajar tinggi2 smpai ke china tapi kita tau diri kita mmg tak bole nak manage rumah tangga mcm mkn pakai semua, tak pyh lah nak letak hantaran tggi2. kita sendiri tahu kemampuan kita setakat mana. mmglah kita blaja tggi susah2, tp dlm ssebuah perkahwinan benda tu bknlah jd ukuran. kalo kau nak ambik hati keluarga mentua dah sah2 kerja2 belakang tabir yg dipandangnya. dan bg kaum lelaki pulak, kalo dah tau tiada kemampuan dr segi nak menyediakan hantaran, ubah2 lah perangai. skrg lelaki tak pandai nak independent cari duit. taklah semua. tp pengurusan kwangan mmg lalalala je. dan kalo dah tau perempuan yg dicinta tu keluarga dia letak hantaran kemain tggi, carilah yg berpadanan sahaja. maknanya, kalo kau berkenan kat anak si nelayan, takkanlah dia nak letak hantaran 20k kat kau kan? rasanya tak kot. entahlah ini sekadar pendapat aku je. kalo kau ni dah la cantik, bijak pandai pastu kerja umah serba serbi tiptop. masak sedap gila, tak salah lah rasanya nak demanding sikit dalam soal hantaran. hantaran tggi tak semestinya nak kena habiskan semua kan? so kaum perempuan bole lah simpan sikit utk prepare anak yg bakal lahir ke ape ke. anyway, tepuk dada tanya selera. peace no war.

ANGIN ANGAN said...

tepi batu menjala udang
menjala udang di Tanjung Karang..
lebih baik yang sedang-sedang
tak lebih tak kurang..

.drakula. said...

aku sebagai lelaki tidak kira berapa pun di minta harus di tunaikan ..sekali seumur hidup tak boleh ke kalau tak boleh jgn berbini...keh3