hearts

Friday, July 29, 2011

pekak aku dengar pekikmu.

dengar sini rakyat jelata!!!!
itu saja kau laungkan tiap masa.
aku pekak sakit derita.
pekikan kau nyata sia-sia.
buat jiwa parah terseksa.

wahai anak bangsaku!!!
kenal aku pun kau tak tahu.
pandang aku pun kau tak mahu.
jerit tak sudah memanggil aku.
membantu kau saat buntu.

ayuh semua rakyat negara!!!!
kau pekik laung perkara sama.
namun sambutan tetap tiada.
kau becus tidak bersedia.
habis luluh punah semua.

telah berlaku tragedi ngeri.
kau dibuang sekalian kami.
tidak sanggup menjadikan kau menteri.
kerana khidmatmu bukan untuk kami.


p.s : kesedaran mutlak harus bermula sekarang anak muda. persis akan berlaku perpecahan sekira kau tidak bersedia. lihat kiri kanan kita. ada siapa? tidak ada yang berkuasa Maha Hebat dari-Nya. ayuh. bangunlah. pekakkan telinga elakkan jampi mereka. bangunlah kerana kita berdiri kerana-Nya!

WL: enabcantiksangat

2 comments:

Kakzakie said...

Kakak sungguh berharap anak-anak muda punya jiwa kental sebegini, punya kesedaran dimana hakikat diri kini berada....

Nana Miyuki said...

wah!kagum!~