hearts

Wednesday, July 6, 2011

kurnia.

assalamualaikum.



tingkat usia setiap masa. nafas sedetik tak pernah sama. itu yang aku panggil suatu kurnia. kerana saat itu tidak akan pernah berganti. takkan pernah kembali. kebahagiaan sebenar adalah apabila kita menoleh sedetik dua masa lampau sebagai pengajaran dan berpandangan sejauh tiga empat langkah sahaja untuk melihat masa depan. terlalu berfikir tentang usia dan janji masa depan sebenarnya merosakkan usia kita kini.

kerana nafas sedetik tak pernah sama.

ya. Rhoma Irama turut mencanang masa muda masa yang berapi-api. tapi sedarkah kita? maksud di sebalik kata-katanya? bagaimana pengisian usia muda kita? wajarkah usia ini disesali 10 atau 30 tahun mendatang? berfikiran matang tidak sama dengan berfikiran tua.

konservatif.

pendapat sedemikian perlu ditepis kiri kanan. lihat bagaimana si kolot dan comot ini berjaya. lihat bagaimana kemanfaatan usia mereka dicorakkan. pada usia pucuk, mereka sudah berjaya dua tiga langkah dari mereka yang masih mahu degil bertatih.

risiko.

usah gentar anak muda dengan risiko. itu hanya kegusaran si pengecut. biar kau jatuh sehingga kedua kakimu kudung. biar kau mengensot bercicir darah merata tempat sehingga kau mampu menghadapi risiko. risiko di sini bermaksud kau mahu menegakkan agama, bangsa dan negaramu. bukan kerana egois sebesar zarah itu.

kenangan.

ciptalah sejuta kenangan di dunia sementara usiamu masih ada anak muda. baik sepahit bontot kuali, mahupun semanis gula. kurang-kurang, ia merupakan guru terbaik buat kau yang belum pasti dunia ini bagaimana. simpanlah sedikit untuk bekalan akhiratmu juga. semoga kau terus disayangi Sang Pencipta.

aku melihat kau dan kau dan kau secara berbeza. kerana hati kau dan kau dan kau tidak sama. jangan salahkan sekiranya aku bersifat kasar dan adakala aku bersifat feminisme. aku sudah kata, semua itu suatu kurnia. nikmati ia. kerana tak mungkin kau akan jumpa aku yang sama.


selamat hari jadi kepada diri sendiri. semoga usia kali ini lebih bermakna dan toleransi terus jadi pegangan. terima kasih Allah kerana masih perkenankan aku menghirup udara walau tidak serupa 22 tahun dahulu. semoga "buku akaun" baru yang bakal dibuka kali ini terisi dengan keindahan dan kebaikan. insyaAllah.

WL: enabcantiksangat

No comments: