hearts

Sunday, July 24, 2011

Contest Aku Berpuisi - Kau Juga Kuli

assalamualaikum.

selamat hari Ahad kawan-kawan! pagi-pagi ni, bukak dashboard *okey poyo* ada satu contest yg disertai oleh kawan kesayangan saya. well, disebabkan contest ni called Contest Aku Berpuisi *which sape yg kenal aku, memang tau aku ni kaki conteng puisi* so, aku dengan tidak malu mendaftarkan diri untuk jadi salah satu peserta. untung-untung dapat novel sastera. tak dapat novel pun, ada banyak lagi hadiah menanti. so, sape-sape yang kat luar sana tu yang berbakat dalam creative writing ni, jangan sia-siakan peluang! time-time macam ni lah kita nak lebarkan sayap kita, plus dapat kenalan yang sama hobi macam kita kan? klik je link encik azhan ni. okey, lets check this out *okey, poyo jap english aku*

Kau Juga Kuli 

lagakmu.
persis seorang pemimpin berkuku besi.
memerintah manusia seperti hamba abdi.
sedang kau cuma kuli macam kami.
duduk bekerja dalam negeri sendiri.
beza cuma kau duduk di kerusi.

bibirmu.
menitipkan paluan kata menghembus bicara.
tidak sebarispun kau ucap demi kami semua.
sayup jelas untuk kepentingan kau dan keluarga.
siapa aku dan juga mereka?
hinakah kami untuk dianggap saudara?

emosimu.
terganggu tatkala tercetus anjakan paradigma.
yang bisa buat tsunami besar pada kau dan keluarga.
kau goyah. kau gelabah.
tidak tercapai dek akal ini semua.
akhirnya kau lemah tidak berdaya.
tersungkur malu dengan kekuasaan-Nya.
yang selama ini kau lupa dan mendabik dada.

ingatlah.
tanggungjawabmu kerana Illah.
betulkan niatmu kerana Illah.
hembuskan kata-katamu kerana Illah.
kerana tiada lain sehebat pimpinan-Nya.
Dialah Maha Berkuasa.
Dialah Maha Saksama.
Dialah Maha Arif Bijaksana.
dan Dialah Sang Pencipta


sajak ni berbaur politik sikit. yela. kena ikut tema jugak kan. dan aku selitkan jugak nasihat. sebab orang muda mudi macam kita ni merupakan pemimpin masa depan. so, aku cuma bagi peringatan. okey?

dan. aku nak tag FR si juruhebah PH, NanaMiyuki si jurutera kerja lebih masa dan Wandidib si akauntan KTM. HAHA.


WL: enabcantiksangat

12 comments:

Nana Miyuki said...

Haha si jurutera kerja lebih masa?siannya dia..ada tema ka contest ni?bla clossing date lak..hehe insyaallah

yangbaik said...

good luck... indah kan kalau semua entry dapat dijadikan puisi..

Mohamadazhan.com said...

salam ke sini.hehe..terima kasih daun keladi, sudi sertai contest aku berpuisi =)

puisi yang penuh mesej yang menyindir...penuh nasihat buat mereka yang bergelar pemimpin =)

maizatul suraya said...

terima kasih kepada semua yg sudi membaca puisi picisan ni.

@nanamiyuki: tulaa. keje seminggu jerr. HAHA.

@yangbaik : insyaAllah. setakat ni, penulisan puisi sedang rancak. tak tahu entah sampai bila idea mencurah.

@mohamadazhan.com : daun inai ditumbuk-tumbuk, thanks sudi jengah blog buruk. :)

ANGIN ANGAN said...

wah.. best2.. meletop tau sajak enab..

maizatul suraya said...

angin angan : alhamdulillah. tgh ada semangat buat puisi. hikhik.

s a r said...

salam. eheh. maaf, baru perasan puisi ni.

gudluck untuk kamu juga.

saya rasa puisi penuh emosi ni. :D
but nice. sedap nak baca mudah nak cerna. :D

gudluck!

maizatul suraya said...

sar : wah. first time dgr perkataan sedap nak baca mudah nak cerna. hikhik. terima kasih ye. :)

aimie amalina said...

sangat berpendidikan nih!
=)
niceeee!
gud luck
saya join juge
>__<

Lia-De-Pinky-Leo said...

best!.. gud luck.. :)

Shaker™ said...

Ziarah melihat finalis top10 contest aku berpuisi :)..

tahniah dan gud luck..

http://www.shakirshafiee.com/v1/2011/07/17/contest-aku-berpuisi-warna-warni-bersih-2-0/

hanjila said...

puisi awk pun best. thumbs up 50x (^-^)d
all the best (: