hearts

Friday, October 28, 2011

less than perfect.

assalamualaikum w.b.t and hello fellas!


beberapa ketika waktu, aku merasakan aku kadang-kadang macam sampah. diguna, dibuang, dilempar. tidak sekali memikirkan penat lelah untuk memastikan kebahagiaan digenggam kemas. tidak. mereka selalu kata, "hey, kau kan ada dia. buat apa fikir tentang beliau?". sungguh. mudah untuk menutur ungkapan menegah fikir tentang kesakitan jiwa. tapi hati orang, siapa dapat meramal. 

meow meow. rengek si nzor, kucing baru kazen.

aku terus renung si nzor. terfikir jugak, kalau jadi kucing, mesti tak teruk bila dianggap macam sampah. 

satu ayat jiwang yang sering bermain dalam hemisfera otak kanan aku sekarang. 

when i said "Hi!" it definitely means "I Miss You Dear."
when i ask you Question, actually there's only one Q that i wanna ask. "Will You Be Mine?"


aku tak sejiwang orang lain. sebab jiwang aku tahap core

bukan bermakna gila jika bercinta
itu tanda aku normal manusia biasa.


terimakasih baca sampah.


WL : enabcantiksangat

super tahniah untuk winners super HEBAT!

assalamualaikum w.b.t

taknak ngomong ngobrok berjela. hari ni, selepas beberapa hari aku bertapa tanpa internet, winners utk pertandingan puisi dah pun diketahui. yeay!

aku tak menang. tapi pemenang semua hebat-hebat! yeay!



tahniah pemenang super HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


:))

Friday, October 21, 2011

sukar tapi perlu.

lama bertapuk di tanah jajahan.
memerintah jauh dari kayangan.
cop mohor sebagai utusan.
tidakkah kau sekali turun perhati rakyat sekalian?
susah mereka bukan dengan harga kain batik seela.
jauh lebih mahal dari sanggul emas atas kepala.

aku punya mata, aku hanya melihat.
aku punya telinga, aku mampu mendengar.
aku punya mulut, aku tahu bicara.
aku punya tangan, aku bisa memangkah.


biar sejuta rasa rakyat menelan.
satu pangkahan mampu menekan.
jatuh, jatuh tidak tergapai.
engkau hilang dari pandangan.

Thursday, October 20, 2011

syukur untuk yang berhak.

alhamdulillah. syukur ku hanya pada Mu ya Allah. murahkan rezeki, ganjaran nikmat tanpa henti. alhamdulillah.


selamat selamat selamat kepada semua kawan-kawan! terutama yang sama-sama tersenarai dalam top 10 finalis contest aku berpuisi. for those yang tak ingat aku pernah join contest ni bolehlah rajin-rajinkan diri kalian [KLIK SINI]. tak sangka, puisi picisan aku sama-sama berjaya dengan barisan 9 finalis yang lain. inilah rezeki. :)


menang, kalah. semua tu adat bertanding. siapa yang tak mahu menang kan? siapa yang mahu kalah pula? aku percaya semua yang berlaku, ada cerita. buat apa susah-susah pening kepala. dah tersenarai pun aku dah cukup berbangga. puisi aku pada masa tu cuma takes 15 minit je. itupun lepas beberapa minit aku online. jadi, kiranya ada rezeki menang, aku terima. kiranya rezeki aku untuk kalah, aku terima. :)


okey, let's find out another 9 finalis lain! [KLIK SINI]




GOOD LUCK TO ALL FINALIST!


p.s : puisi takkan berhenti selagi darah dalam badan ini mengalir bertukar ganti. :)


WL: enabcantiksangat

Sunday, October 16, 2011

what is a friend about?



we often met this kind of friend,
"itulah, kan aku dah cakap"

we seldom met this kind of friend,
"its okey dear. at least you know, you did wrong"

thanx friends.

hologram

assalamualaikum w.b.t


happy sunday peeps! 


well, i said before, we should bertaubat when we did wrong, even when we look or read something that can make us leka.gossiping? nauzubillah. i did it before, and i feel guilty. nahh, this is the perfect time to perform taubat. so friends, do you or don't you know that Malaikat Izrail is staring at us 70 times per day? please be my guest, scroll it till end.

*******************************************


Malaikat Izrail come to see us everyday.



friends, nobodies know when will they died. it strictly Allah's will. that is why, some of us (me) keep doing bad things, playing games, do not perform solat on time, or even worst, eat their own families meat (mengumpat, actually) etc..

Allah said in Surah Al-Anbiya' ayat 35, "Setiap yg hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." 

i said above that Malaikat Izrail staring at us 70 times per day. well said, who are we, right? we're just a normal human being, never seen or even realize when Malaikat Izrail come and go. but friends, till now, did you feel something different? i mean, when you read this, can you feel anything inside? feel like, "o Allah. i almost forgetting you." or "Astaghfirullah al'azim. how could i forgot about you Allah" something like that.

taubat, merupakan sesuatu yang tak boleh ditangguh. if you feel like, "ya Allah, apa yang aku dah buat ni?", don't wait. take wudhu' then solat taubat. istighfar. Abdullah b Abbas r.a meriwayatkan Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, "bahawa Malaikat Maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali sehari. ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, dilihatnya orang itu ada yang gelak-ketawa."

friends, we are given 24 hours per day by Allah S.W.T. (creator). we have at least spend about a time to taubat. even our Prophet Muhammad S.A.W. did 70 times taubat per day. why we should show the arrogance to our Creator? if you guys respecting or feel humble to your national government, what about the universe government Creator? we breath upon His mercy. ask His forgiveness. He loves it.



********************************

while reading, we also learning. so i hope, we're learning something here.


for more info, kindly click HERE and HERE


WL : enabcantiksangat

tatkala aku bodoh. puisi untuk kamu.

tatkala aku bodoh,
semua orang pandang pelik.
tak kurang yang pandang jelik.
kurang-kurang aku ada kawan support belakang,
natural semula keadaan.

tatkala aku bodoh,
semua orang tuding satu jari,
sedar atau tidak sembilan lagi pada diri sendiri.
kurang-kurang aku sedar ubah diri.
tidak ulang kata sakit hati.

tatkala aku bodoh,
aku lupa ada lagi mereka lebih bodoh.
guna bahasa tidak kena.
guna jeling tajam mata.
guna Fb penggerak mereka.

tatkala aku bodoh.
kurang-kurang ada yang bijak guna keadaan menyedarkan aku.
tidak kurang pula yg bijak guna keadaan menjatuhkan aku.
terima kasih.
trafik Fb jadi terok sebab manusia seperti kalian.

tatkala aku bodoh,
kurang-kurang aku sentiasa tahu aku bodoh,
dan perlu tunjuk ajar kalian.
tidak mendabik dada kata aku paling bagus antara semua,
pandang orang sebelah mata.
lagi keji pada mata manusia .

tatkala aku bodoh, 
kurang-kurang aku sedar kebodohan aku.
tidaklah aku merendah-rendahkan keberdayaan orang. 

tatkala aku bodoh,
kurang-kurang aku mengadu dulu pada Tuhan.
tidak mengadu domba segala pada manusia.


ya, memang ini untuk kamu.
kurang-kurang aku tegur kamu sinis bahasa bahasi.
barulah orang kata dari mata jatuh ke hati.
mulut memang berat untuk menegur,
tapi ini memang dari hati.
aku minta maaf. 


0034. 16 Oktober 2011


WL enabcantiksangat

Friday, October 14, 2011

malas nak fikirlah!

malas nak fikirlah!

aku asyik mengulang ayat yang sama, berkali-kali. tidak pula jemu. lagi difikir, lagi stress. hai kawan-kawan!
senyum :)



kejadian sore tadi buat aku terfikir, bila lagi aku nak berubah. 2 tahun tetap yang sama. tidak berganjak dari kedudukan yang sama. menyusahkan orang! itulah aku. tidak terfikir sebarang apa, tahunya hanya diri sendiri. selfish bak kata mereka. aku senyap. tidak berkata apa. berfikir terus, cuma. merangkak - rangkak mahu tahu silap dimana - mana. aduh.. masih tidak berjumpa.


orang kata, jangan diduga lautan dalam. entahkan jerung, entahkan parang. aku senyum. tak mahu disokong, tak mahu membangkang. jauh disudut hati, kita semua manusia. tak betul sepanjang masa, tak silap tak kira masa. buat apa mahu condemn andai tahu siapa kita? diam. tidak bersahut walau menyebut nama. meraka masih bersorak gembira. masih tidak mendapat apa - apa.

bagus kalau dapat balik rumah hilang stress buat tekanan semua.


sudahlah. aku penat. mahu berehat. santai minda. santai mata. jumpa bila aku ada kekangan masa. jaga diri sahabat.


jaga diri si budak jahat. main elok-elok. :)




WL: enabcantiksangat

Wednesday, October 12, 2011

tak marah, cuma wonder.



kalau orang lain, mahu dimaki perangai macam kau ni.
berjanji lain, buatnya lain.
isk.
tapi, kau bernasib baik dapat kawan emosi terkawal.
tidaklah marah. cuma wonder why.
soalan ni je yang selalu main kat fikiran.

tergamak gila kau buat orang macam ni? 

orang bagi betis, janganlah tamak haloba mintak peha.
orang bagi muka, janganlah tergamak pijak kepala.
janganlah selesa bila orang tak reti marah kata apa.
orang lain pun ada hati, ada rasa.
kau kata member.
tak taulah kalau member jenis kelas ke berapa.
mungkin mudah untuk kau guna.
tapi janganlah sampai orang terasa.
binasa.

wordless wednesday #3 : ujian pandu puteri then woohooo!!















Tuesday, October 11, 2011

senyum 4.18AM

assalamualaikum.



today is Tuesday. dan aku nak ucap greeting paling cliche' yg pernah aku ada, hi friends!


aku ditemani kole kopi berasap jenama TUAH kegemaran. sarapan pagi yang ringan untuk aku hadap sebelum mulakan kelas. gulp. seteguk. dua teguk. pahit. sengaja aku buat pahit. 'takut potong kaki' bisik aku semasa mencedok gula. teguk kali ketiga. fin.

bulan oktober banyak memberi kesan positif dan negatif dalam kehidupan seharian aku. tup-tap, dah hampir setahun aku menconteng post di sini. tidaklah hebat jika dibandingkan dengan orang yang dah lama berkecimpung dengan dunia menconteng entry. dan aku harap tulisan yang teramat picisan aku ini diterima segelintir pihak. kenapa segelintir? biarlah. ada gula ada garam, banyak orang banyak ragam. aku tidak boleh memuaskan hati semua pihak. siapa aku?

ya. siapa aku?

aku kerap menconteng dua ayat itu. siapa aku? aku masih orang yang sama cuma berbeza watak sedikit dari fana. aku dilihat amat tidak matang kira kau pernah jumpa aku di mana-mana. tapi tidak bila di sini. aku lebih serius dari perkara yang serius. dan aku serius.


4.18AM.

aku tersedar dari mimpi. mimpi seorang sahabat yang jumaat ini genap setahun meninggalkan aku dan semua insan yang mengenalinya. sahabat yang sentiasa senyum dan bercanda gembira. aku tidak begitu mengenalinya. tapi cukuplah aku pernah meluang masa bersamanya seketika. dan pemergiannya adalah sesuatu yang amat menyentap jiwa. tapi jam 4.18AM tadi benar-benar menghilangkan rindu yang lama. seakan mengerti apa yang aku rasa, dia datang beri senyum dan aku kembali gembira. terima kasih kawan. walau kau jauh, kau masih datang tanda setia. terima kasih.

kenangan gamelan 2009

al-fatihah buat Allahyarham Ahmad Syamil Bin Basri.

Monday, October 10, 2011

dan air mata pun berguguran.

assalamualaikum.


tajuk mcm cliche' sangat kan? okey. greetings friends!


aku masih mendongak langit.
mengadu bercerita kisah sakit.
hanya terbuka sedikit aib.

aku masih mendongak langit.
menggagau kekuatan ihsan dari-Nya
dan air mata aku pun mengalir.

aku masih mendongak langit.
terbentuk awan tanda terima.
aku tadah syukur tidak terhingga.

aku masih mendongak langit.
alam sama merasa sakit.
hujan pun terus meratah bumi.

aku masih mendongak langit.
kerana aku yakin kuasa di sebalik Pencipta langit.


aku tidak lagi rasa sakit.

Sunday, October 9, 2011

come as you are


Yuna – Come As You Are
Come as you are, as you were
As I want you to be
As a friend, as a friend
As an old enemy
Take your time, hurry up
The choice is yours, don’t be late
Take a rest as a friend
As an old
Memoria, memoria
Memoria, memoria
Come doused in mud, soaked in bleach
As I want you to be
As a trend, as a friend
As an old
Memoria, memoria
Memoria, memoria
And I swear that I don’t have a gun
No I don’t have a gun
No I don’t have a gun
Memoria, memoria
Memoria, memoria
(No I don’t have a gun)
And I swear that I don’t have a gun
No I don’t have a gun
No I don’t have a gun
No I don’t have a gun
No I don’t have a gun
Memoria, memoria

Saturday, October 8, 2011

sedenyut nadi.


aku dongak, lihat atas, tanya Tuhan.
tanya sungguh-sungguh.
kalau betul dia jodoh.

aku fikir aku boleh.
tapi nyata payah hilangkan rasa sesak jiwa.
aku tak tahu apa dia punya rasa.
tapi nadi sedenyut sebut nama dia.

datanglah seribu.
tapi tetap kau, hanya satu.
cukup-cukuplah dengan rajukmu.
kemaafan diterima dan aku sayang kamu.

**********************************************

aku emosi di sini, kau emosi kat sana. macam mana nak selesai? aku nak kau pujuk jek. kalau kau pun dah nak feeling-feeling, memang kena gaya aku lah main peranan bagi kita cantum semula. okey fine. kita main masak-masak balik yek.  muahmuahmuah! dah. jangan nanges. tak malu punya rockers! haishh~


WithLove : enabcantiksangat

naik cinta bahagian 2.

Friday, October 7, 2011

duduk tepi.

tutup muka. jerit kuat-kuat dalam hati.


tak siapa tahu apa yang aku rasa. mereka cuma tahu berkata belakang. ah. tidak penting bagi aku. aku percaya, untuk berjaya perlu belajar tutup telinga, tapis kata-kata nista. tak perlu berdebat kata aku betul mulia. berdiri megah bak lagu maktab. tidak endah.

untuk menjaga kepentingan orang lain, kepentingan sendiri jangan dibiar berciciran.

minggu tersibuk aku berulang lagi. tidak cukup tidur sudah pasti. diet kurus tak berjaya tepati. kemahuan orang aku usaha untuk capai. heh. tidak kesian pada diri sendiri. padan muka aku kata pada cermin. ah. memang hidup aku untuk bekerja untuk orang lain. tak perlu dikesali. 

tidak punya cukup masa. aku berlalu pergi.


WL: enabcantiksangat

Thursday, October 6, 2011

banyak perlu ditatih.

musim bukan. tak perlu kata apa-apa. senyum, biar aku saja rasa hina.


assalamualaikum kawan semua! :)


mungkin aku terlalu leka dengan pelbagai perkara sia-sia. tidak menoleh walau sesaat di folder assignment. tidak sedar masa sudah jauh meninggalkan aku. tak betah dengan masa, aku terus berlari pecut hingga nafas aku terkadang semput seperti kerbau. heh! itulah akibat kalau menangguh sebarang kerja.

aku mahu kurus. aku mahu seperti 8 tahun dahulu.

tidak banyak aku minta sepanjang aku hidup. cukuplah aku sihat, dapat bersama-sama orang-orang yang aku sayang. sengaja aku gandakan perkataan orang-orang. untuk membilang betapa ramai mereka yang penting dalam hidup aku. hidup bujang bukan bermakna keseorangan, bukan? jadi tidak salah kalau aku gandakan perkataan itu untuk menghargai mereka yang ada di samping aku, tak kira masa. seperti anda semua. terima kasih orang-orang. :)

radio dan kopi adunan rahsia peneman malam.

tatkala musim ini menjelma, aku tak pernah lupa untuk bertemankan radio. siaran stesen mana, biarlah rahsia. tak perlu aku catat segala di sini. anda juga mempunyai kegemaran tersendiri. terutama bila ketakutan bila bersendirian. oh. sekali lagi aku ditinggal rakan bilik kerana jawatan beliau begitu menuntut beliau untuk bekerja tanpa henti. kadang aku kasihan. kadang aku rasa bangga. tapi lebih kepada kasihan. tak apalah. kalau sanggup demi tanggungjawab, tak perlu kata apa-apa. biar mereka senyum dan kau saja rasa hina. jangan tampil muka penat kerana mungkin ada orang yang lebih terseksa semakin parah kerana kau.

jadi, sila enjoy kehidupan anda, biar saya terseksa di sini. :)


WL: enabcantiksangat

Monday, October 3, 2011

soalan nak tahu jawapan

assalamualaikum.



mahu tanya, 
kalau bukak Fb atau update belog sambil lecturer ajar
boleh kurang ilmu tak?



err. saya budak baru belajar. tolong jolok buah baru nak ranum.

Sunday, October 2, 2011

tamak tidak haloba

assalamualaikum.

hai friends! doing good? great! iloveyou.


pelik. tapi perasaan itu aku dapat lahirkan bila mereka asyik mengolah perkara yang sama. perkataan yang hampir serupa. 'kawan'. ramai yang berhujah, dan ramai yang redha. aku bertanya pada diri sendiri. apa itu kawan? siapa yang perlu diberi panggilan sebagai kawan?

ramai yang mendefinisikan apa itu kawan dari sudut pemikiran mereka, tidak merujuk mana-mana kamus. kerana kamus hanya menerangkan kata, bukan menjelaskan perkara. aku setuju. kerana aku juga tidak merujuk mana-mana google translator untuk menaip kali ini apatah lagi mencari makna 'kawan' di laman sesawang bersawang PRPM. aku menulis kali ini penuh rasa cinta.

mereka kata kawan itu seseorang yg berada disisi kala senang mahupun susah.
betul.
mereka kata kawan itu seseorang yg memberi pandangan ideal, tak kira membina atau kritikan bernas mampu buat kita jatuh tak sengaja.
betul.
mereka kata kawan itu seseorang yang tegur mekap kau tebal tak kena.
betul.
mereka kata kawan itu seseorang yang kata "hey, mata sebelah kanan" tanda ada taik mata.
betul.
dan pelbagai definisi seorang kawan perlu lakukan dan tunjukkan.
aku setuju satu persatu. tidak kukata salah.

tapi, bila difikirkan semula, adakah dengan memberi definisi, kita melaksana apa yang diucap? 

adakah kita kawan yang sentiasa disisi mereka tidak kira masa?
adakah kita kawan yang memberi pandangan ideal atau sekadar ingin menjatuhkan?
adakah kita rela lihat mereka beraksi seperti badut atau terus tegur "weyh, that's not nice"
adakah kita mampu tegur kelemahan mereka?
dan macam-macam lagi persoalan yang aku sendiri tidak pasti mana satu harus keluar dulu.

aku tak mampu untuk laksanakan yang keempat dalam persoalan hati aku. lantas, kegagalan aku untuk menjadi seorang 'kawan' terbukti nyata. ya, aku tak mampu beri teguran yang menampakkan kelemahan mereka. kerana aku tidak selesa apabila pekung aku dibuka-buka. aku mungkin boleh terima, tapi aku sungguh pasti, aku maha tidak selesa. 

penulisan kali ini aku cuma mahu kata, jika kita mahu yang terbaik untuk diri kita, maka lahirkanlah yang terbaik dari diri kita untuk mereka. tak perlu tamak. apatah lagi haloba dalam soal ini. samalah kaedahnya bila kita tak mahu mereka berkira dengan kita, kita terlebih dahulu jangan berkira dengan mereka. dan jika kita tak mahu mereka meminta-minta, kita dahulu jangan meminta-minta. 

nampak mudah. cuba kau laksana.

"hey, jom keluar! tapi kita tongtong lah." <<----try kat rumah kau, jumpa kawan baik jiran sebelah rumah.

apa yang kau rasa bila orang kata macam tu? aku takkan beri jawapan. kerana kita nilai diri kita sendiri. kalau kita yg ucap macam tu, apa mungkin mereka kata?


aku tujukan kepada semua kawan aku. sebab hanya KawanSampaiMati sahaja yang tahu bagaimananya aku.


terima kasih.




p.s: penulisan ini tidak merujuk mana-mana bahan rujukan seperti buku falsafah, fisiologi, psikologi atau laman sesawang lain. aku cuma ekspresi apa yang aku rasa kini. maaf kira kau atau kau terasa.


WL: enabcantiksangat

aku manusia, tegar laku khilaf.





untuk tulis sebuah objektif kognitif, aku perlu karang sebaris ayat.
aku mahukan pelajar menyebut atau menyatakan fungsi ambil lajak.
boleh tak kalau aku tulis,

"murid membilang fungsi ambil lajak iaitu untuk menghantar bola tepat ke sasaran"

kau rasa,bagaimana?





p.s : semalam, di Popular bookstore, ada 2 buah buku Bogel Menuju Tuhan.
 mampukah aku membelinya?








WL: enabcantiksangat