hearts

Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Friday, October 28, 2011

super tahniah untuk winners super HEBAT!

assalamualaikum w.b.t

taknak ngomong ngobrok berjela. hari ni, selepas beberapa hari aku bertapa tanpa internet, winners utk pertandingan puisi dah pun diketahui. yeay!

aku tak menang. tapi pemenang semua hebat-hebat! yeay!



tahniah pemenang super HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


:))

Thursday, October 20, 2011

syukur untuk yang berhak.

alhamdulillah. syukur ku hanya pada Mu ya Allah. murahkan rezeki, ganjaran nikmat tanpa henti. alhamdulillah.


selamat selamat selamat kepada semua kawan-kawan! terutama yang sama-sama tersenarai dalam top 10 finalis contest aku berpuisi. for those yang tak ingat aku pernah join contest ni bolehlah rajin-rajinkan diri kalian [KLIK SINI]. tak sangka, puisi picisan aku sama-sama berjaya dengan barisan 9 finalis yang lain. inilah rezeki. :)


menang, kalah. semua tu adat bertanding. siapa yang tak mahu menang kan? siapa yang mahu kalah pula? aku percaya semua yang berlaku, ada cerita. buat apa susah-susah pening kepala. dah tersenarai pun aku dah cukup berbangga. puisi aku pada masa tu cuma takes 15 minit je. itupun lepas beberapa minit aku online. jadi, kiranya ada rezeki menang, aku terima. kiranya rezeki aku untuk kalah, aku terima. :)


okey, let's find out another 9 finalis lain! [KLIK SINI]




GOOD LUCK TO ALL FINALIST!


p.s : puisi takkan berhenti selagi darah dalam badan ini mengalir bertukar ganti. :)


WL: enabcantiksangat

Sunday, July 24, 2011

Contest Aku Berpuisi - Kau Juga Kuli

assalamualaikum.

selamat hari Ahad kawan-kawan! pagi-pagi ni, bukak dashboard *okey poyo* ada satu contest yg disertai oleh kawan kesayangan saya. well, disebabkan contest ni called Contest Aku Berpuisi *which sape yg kenal aku, memang tau aku ni kaki conteng puisi* so, aku dengan tidak malu mendaftarkan diri untuk jadi salah satu peserta. untung-untung dapat novel sastera. tak dapat novel pun, ada banyak lagi hadiah menanti. so, sape-sape yang kat luar sana tu yang berbakat dalam creative writing ni, jangan sia-siakan peluang! time-time macam ni lah kita nak lebarkan sayap kita, plus dapat kenalan yang sama hobi macam kita kan? klik je link encik azhan ni. okey, lets check this out *okey, poyo jap english aku*

Kau Juga Kuli 

lagakmu.
persis seorang pemimpin berkuku besi.
memerintah manusia seperti hamba abdi.
sedang kau cuma kuli macam kami.
duduk bekerja dalam negeri sendiri.
beza cuma kau duduk di kerusi.

bibirmu.
menitipkan paluan kata menghembus bicara.
tidak sebarispun kau ucap demi kami semua.
sayup jelas untuk kepentingan kau dan keluarga.
siapa aku dan juga mereka?
hinakah kami untuk dianggap saudara?

emosimu.
terganggu tatkala tercetus anjakan paradigma.
yang bisa buat tsunami besar pada kau dan keluarga.
kau goyah. kau gelabah.
tidak tercapai dek akal ini semua.
akhirnya kau lemah tidak berdaya.
tersungkur malu dengan kekuasaan-Nya.
yang selama ini kau lupa dan mendabik dada.

ingatlah.
tanggungjawabmu kerana Illah.
betulkan niatmu kerana Illah.
hembuskan kata-katamu kerana Illah.
kerana tiada lain sehebat pimpinan-Nya.
Dialah Maha Berkuasa.
Dialah Maha Saksama.
Dialah Maha Arif Bijaksana.
dan Dialah Sang Pencipta


sajak ni berbaur politik sikit. yela. kena ikut tema jugak kan. dan aku selitkan jugak nasihat. sebab orang muda mudi macam kita ni merupakan pemimpin masa depan. so, aku cuma bagi peringatan. okey?

dan. aku nak tag FR si juruhebah PH, NanaMiyuki si jurutera kerja lebih masa dan Wandidib si akauntan KTM. HAHA.


WL: enabcantiksangat