hearts

Wednesday, April 17, 2013

# Harap Jarak Bukan Masalah.

Assalamualaikum w.b.t , hello.


apa di atas uolsss? aku terpaksa batalkan niat untuk berpuasa dari berblog atas tanda-tanda bahaya aku bakal menjiwang + menggelikan epiglotis korang. aku tak boleh menahan diri daripada bercerita. sebelum korang muntah hijau, baik korang step aside. sebab entry kali nimemang mengundang loya.



tadi ada jamuan bola jaring. aku bawak kacang. kenapa aku bawak kacang? sebab kalau aku masak sedap-sedap, budak-budak terpaksa skip latihan bola baling (tipu). taklah. sebab aku rasa masak sedap-sedap pun bukan sempat. balik sekolah, rushing ambik kereta. nak cuci baju lagi. ah. konon banyaklah kerja kau ye zainab!

ok, back to my story. seronok ye jamuan itu. kehadiran shafirr si mamu muka macam Kalidass.  siap kelip-kelip mata dengan aku. ingat aku cair ke? ye. aku cairlah budak kecik. nasib kau beza 12 tahun dengan aku. celaka. HAHAHAHAHAHAHA. kalah RCW lah lepas ni. keh keh keh. program kurus aku pun terpaksa berpuasa sekejap sebab mak si Hasma goreng keropok ikan kegeraman aku. mana aciiii!!!

pejam celik, dah pukul 5. anak-anak aku mintak izin, "ibu, kitorang nak berlatih lah ye. err, cawan tu kalau kitorang basuh lepas ni boleh kan?" banyak lah lepas ni. si Aten jugak yang membasuh. pembuli guru novis kanak-kanak ini. anak siapalahhhhaiii~~ tak apalah. bukan selalu kata si Aten. ceh.

BradPitt datang. urgh. semak jugak sebab aku dah mula suka dia. eh. macam lagu NananTasneem. siot. dia amek kacang. tanpa segan silu. tak apa. aku terus fokus dengan latihan anak-anak. BradPitt bercanda dengan Ati dan Aten. eceh. nampak tak kurang fokus sebenarnya aku ni? acah-acah fokus betul. tak apa. aku diam, pandang terus dengan latihan anak-anak. dalam hati serupa macam tali berselirat. tiba-tiba,

BP : hmm. Nab. jumaat ni last kan?
CR : aah. (pendek)
BP : kejap je kan?
CR : itulah. (pendek lagi)
BP : tahun depan posting la kan?
CR : kot. entah. (yang pendek sgt tu kenapa?)
BP : (duduk kongsi kerusi kantin dgn aku) masuk maktab minggu depan, kelas ke terus exam?
CR : (baru ada akai nak jawab panjang) hmm. seminggu tu belajar, kursus, pastu study week, then baru exam. lepas tu masuk sini balik :)
BP : oh, masuk sini balik? praktikal lagi? (muka tak boleh nak excited lagi???)
CR : aah
BP : tapi tak mengajar kot. just buat projek je kan?
CR : yeap. *tetibe* eh, peninglah tengok latihan budak-budak ni. serabut je (sengaja tukar topik)



aku harap, walau dah tak satu tempat kerja, kita masih berhubungan macam sekarang. entahlah. aku paling takut fasa Teman Tapi Mesra ni. wujud syaitonnirrajim banyak sangat. cukoplah Oreo dahulu. baik aku bercinta dengan cinta rahsia zaman sekolah. peluang ada, cuma masing-masing suka dengan keadaan sekarang. tidak terlalu mengharap. menghargai setiap masa dan ketika bersama-sama.


terima kasih sekiranya korang mampu menahan diri dari muntah hijau sampai sekarang. #LotsOfLove *gaya RajaFarah*


love, RZ.

No comments: