hearts

Wednesday, October 31, 2012

# apa function?

gebang.
seluruh manusia hingar dengan gebangan.
cerita jauh sebatu boleh tahu.
pom pang pom pang semua nak bagitahu.
akhirnya. sendiri rasa malu.

jangan pura-pura tak tahu.
dunia dah maju. tak macam dulu.
bukan lagi duduk macam flinstone zaman batu.
kau gebang dalam blog, orang mestilah tahu.
lepas tu diam. terhantuk malu.

katalah orang.
katalah.
tup tap esok lusa dengar cerita kau.
tonggang tonggek sembahyang.
minta dilupuskan dosa lampau.
jelas sia-sia usaha.
andai mulut masih tidak berhenti bicara.

lihat pada cermin.
adakah wujud orang lain?
tetap masih kau seorang.
seperti bayangan dalam kubur. seorang.
mereka tetap dengan penantian di tepi.
melihat azab pedih yang akan kau hadapi.

janji Allah tetap pasti.
sentiasa pasti.

wa maa ta'tiyhim min aayatim min aayaati rabbihim illaa kaanuu 'Anhaa mu'AriDiyna
dan tidak datang kepada mereka suatu tanda dari tanda kekuasaan Tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya.


aku terus menulis. bukan untuk sesiapa.
sebagai peringatan untuk diri sendiri.
bukan mahu mengata sesiapa.
tapi sekadar refleksi kendiri.
agar tahu baik budi.
agar tahu hina diri.

rangkul aku kembali dalam dakapan hangatMu.
meski aku leka berpaling dariMu.
walau dosa aku setebal langitMu.
tetap mahu diuji seperti waktu dulu.

tolong jangan tinggalkan aku, Tuhan.
tolong ingatkan aku, Tuhan.
tolong aku, Tuhan.

apa fungsi andai kau solat tiada henti.
apa fungsi andai kau zikir di dalam hati.
apa fungsi andai kau muhasabah di sini.

andai tetap tegar menghina manusia kanan kiri.
andai tetap tegar mengumpat itu ini.
andai tetap tegar berperlakuan begini.

berhenti.

aku letih dengan diri sendiri.
melihat cermin masih tidak tahu diri.
permainan apa yang aku cuba wayangkan ini.
tipu diri sendiri.


tak apa. tak apa.
ini cuma satu usaha.
biar jadi satu bahan jenaka mereka.
sebab ini cuma cakap depan cermin lalu ke ditaip indah belaka.
agar sedar diri bila sampai masa dan ketika. 

fin.




fuhh.. susah kali ini. bila kawan-kawan mula menyelar kata aku tulis tapi tidak lakukan seperti yang ditulis. ye. terima kasih beri aku kesedaran. aku akan ingat sampai bila-bila kawan! :)

@mimosa_san
@yayaqiestina

muah muah muah pipi kanan kiri.


WL: enabcantiksangat. 

No comments: