hearts

Sunday, November 7, 2010

larat aerobik 2 jam?

tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati. (kata-kata hikmat)


haaaa!! hamekkkk! bukan selalu aerobik. dah pekena, 2 jam pun x letih!! wowowow!!

inilah senario yang berlaku hari ni. cop cop. bukan SENARIO lawak tu yer. ini kejadian, urmm.. ape orang putih panggil.. urmm.. urmm. senario la kot. haaaa.. x kisah laa. yang penting nak kata hari ni berlakunya atau terjadinya pertandingan AEROBATHON 2010 peringkat daerah kulim. wahwah. hebat tak tau nak katalah. tapi memang best. instructor paling terbaik sbb spontan je kot. paham x? SPONTAN je kotttt!!!! selama 2 jam. larat kau nak pikir step?

haha. ramai penyertaan dari kaum Melayu. syabas!!!! masih wujud orang Melayu yang bangun awal pagi. tapi sedih sikit. kategori bawah 25 tahun kurang dapat sambutan berbanding kategori 25 tahun ke atas. makcik-makcik laa majoritinya.. sangat hebat. kaum-kaum lain ade jgk. minoriti jelaa... tapi most pun memang makcik-makcik. da bomb lah!

tadi, buat warm-up je pun dah 1/2 jam. ape kes???? haha. bertahan korang nak meloncat-loncat hanya untuk warm-up? ala. step mudah je. boleh ikut. kalau makcik-makcik yg dah beranak pinak tu boleh buat, korang apetah lagi kan???????

pastu, mak bee pulak sambung. satu je dlm kepala otak, "jgn dia buat step terbang-terbang sudah. aku bukan terel mana...." and yes. beliau buat step mudah jgk. takde la mudah sgt. tapi still boleh follow. mak bee ni presiden persatuan senamrobik malaysia. HAMIKKKK!! larat nak lawan dia memang sedia hebat?? haha. btw, beliau ni kategori humble jgk laa. xdelah riak takbur kate hebat mana dia aerobik. cool je. itu persepsi aku. tak tau pulak yg lain mcm mana.

sedar atau tidak, dah selesai 1jam setengah bersenamrobik. cehhh.. meluru semua kt kereta afiq (bf kak emi). yelah, botol air, hp, beg.. semua dlm but kereta. masing2 dah penat...haha.. tapi tak cukup lesu la. masih boleh buat lagi. (ececeh.. ni kes berlagak kuat gagah yerr)...

majlis penyampaian hadiah. wakil maktab bainun yang dpt saguhati hanya azman, shila ngan zaril je. ok la tu. dari takde langsung. hee:)))

aku? x cukup power nak lawan golongaan makcik-makcik tu.. diorang praktis tiap-tiap minggu. aku tak pernah praktis hebat hebat. dlm bilik kecik 1/30 tu jela. itu pon bila dtg mood. ahaha!! dan sgt takde koordinasi. menari ikut dan sahaja.

balik tu, makan chop potato.. ala,, produk terbaru gerai-gerai pasar malam tu. sedap dan murah. dah habis makan semua.. kitorang chow... aku naik kereta afiq. mcm mana aku dtg situ, mcm tu jgk la aku balik maktab. heee:)))))

ape-apepun. saya teramat seronok dapat buat aktiviti berfaedah hujung minggu mcm hari ni. sihat dan cergas amalan rakyat malaysia. eceh. bajet menteri sukan ke ape??? ahahaa!!! plus, baru terasa keluar dengan rakan sebaya. ahahahaa!! (selama ni saya bajet muda yerrr).....

apepun, majulah sukan untuk semua!! yeeehaa!!!


WL: enabcantiksangat

No comments: