hearts

Tuesday, October 1, 2013

Belasungkawa - Muhammad Jeffri Abdul Razak (1989-2013)

moga amanlah dan bahgia,
dikau di sana.
setangkai doa juga Fatihah,
terus kukirimkan.
dipetik dari lagu Kau Sahabat Kau Teman Sejati, Hijjaz.


Allahu Robbi. tepat jam 2 petang tadi, aku tergamam. hampir lima minit aku berfikir, siapakah Jep yang Jobeng maksudkan dalam statusnya. entahlah. sukar untuk aku alihkan fikiran waktu itu. mungkin itu Jep lain, getus hati kecilku. perlahan, dengan tidak berganjak, aku pilih untuk melihat komentar langsung dari status Jobeng. Allah. menitis air mata kerana benarlah Jep yang dimaksudkan adalah Jeffri yang aku kenal.

Almarhum merupakan sahabat yang baik. aku kenal almarhum waktu sekolah teknik dahulu. almarhum merupakan classmate Saaim, rakan sebilik aku. tambahan pulak, waktu itu, blok kami berhadapan. nakal aku, dalam tidak suka dikenenkan dengan si Jep, usha jugak dari blok. heh. kelakar.

Almarhum yang aku kenal, seorang yang tabah. anak yang baik. waktu pemergian bondanya dulu, dia tidak melatah lama. dia redha Tuhan lebih tahu segalanya. dalam pada itu, dia sering selitkan nasihat berguna dalam keadaan bercanda. biasalah. Almarhum bukan jenis kongsi rasa derita. lebih gemar menjadi penyelesai masalah, utamanya soal cinta. tidak hairanlah gemar menggelarkan dirinya sendiri Dr Love. hee. nasihat agama seiring bersama.

perginya Almarhum, dalam keadaan tidur. terbaca di wall Fb milik Almarhum, seorang sahabatnya berkongsi, "datangnya dalam keadaan tidur, perginya juga keadaan tidur". Allahu Robbi. mudahnya akhiran cerita Almarhum, detik hati aku. terfikir entah bagaimana akhiran cerita aku. iyalah. bahagian masing-masing. rahsia Illahi.

aku mengetahui pemergian Almarhum, tepat 12 jam selepas pemergiannya. entahlah. aku hanya mampu mengalir air mata dan terus berdoa semoga Almarhum mudah menjawab lisan soalan alam Sana. semoga apa-apa yang telah dibajakkan oleh Almarhum akan membantunya di Sana. sesungguhnya, bagi sesiapa yang mengenali Almarhum, pasti merindui kalamnya yang penuh nasihat jenaka. begitu juga aku.

bak kata Almarhum semasa hayatnya, "jika kewujudanku tidak diendahkan, maka iringilah aku dalam doa kalian". sungguh Jep, pemergianmu satu kehilangan. hilanglah insan yang sentiasa mengingatkan. 


ya Allah, Tuhan yang mencipta langit dan bumi, Engkau berikanlah maghfirah-Mu kepada insan yang bernama Muhammad Jeffri Abdul Razak ini. Engkau terimalah setiap benih kebaikan yang dilaburkan oleh insan ini. Engkau bariskanlah dia dalam kalangan para solehin wahai Robbul Izzati. 

Al-Fatihah.

pergilah wahai sahabat ke dakapan cinta Pencipta kita. 
pergilah wahai sahabat ke pada-Nya.
pergilah wahai sahabat, aku redha.
dan pergilah wahai sahabat, tunggu aku di Sana.

Allah. perlahan-lahan aku cuba mengamalkan apa yang diamanahkan oleh Almarhum. seperti yang terkandung dalam kalam-kalam sebelum. insya-Allah. akan aku cuba permudahkan kau menjawab soalan-soalan kubur. agar kau sentiasa tenang di Sana. menjawab bahawa setiap minit umurmu berjaya mengubah manusia lainnya.

selamat bertemu Pencipta kita, sahabat.



No comments: