hearts

Friday, October 25, 2013

#JustMyLuck : | cara |


harta.
ada masa datang,
ada masa pergi.

sebenarnya aku sendiri tidak pasti.
apa benda yang aku ingin coret disini.
di kepala hanya mahu tulis "sedihnya hati,"
malangnya hati berbeza rasa sekali.

sabar.
tiga kali kemek body.
entah dimana kena badi.
Tuhan uji sebulan sekali.
apa benar aku setabah ini?

"Tuhan,
aku tahu Kau mahu lihat sejauh mana iman,
yang aku selama ini mahukan.
aku tahu Kau mahu lihat sejauh mana tabah,
yang selama ini aku hebah.

Tuhan,
kepada-Mu ku serahkan,
jiwa, hati, rasa, segalanya.
cinta dan air mata, hanya untuk-Mu Tuhan,
yang Maha Menyayangi aku,
yang Maha Menjaga aku.
yang tidak pernah berpaling dari doaku,
aku bersyukur Tuhan,
kerana Engkau menguji aku tanpa jemu,
tanpa mengira waktu.
cara-Mu adakala membingungkan aku.
Kau hujani aku dengan canda ketawa,
Kau hadiahi aku dengan air mata.
namun harus aku terima,
itu cara-Mu."

biarlah kemek sejuta kali.
aku terus percaya janji-Mu, ya Robbi.


No comments: