hearts

Thursday, October 3, 2013

patutnya.....


tegarnya kau menari di atas tangisanku,
kau permainkanku sesuka hatimu...

dipetik dari lagu Sudah Cukup Sudah, Nirwana Band.



ehem. hari ni, mood teramat baik. kesan daripada penyedaran diri atau reflektif kendiri dengan merendahkan ego dan memandang diri sendiri pada waktu dahulu. kebetulan, hari ini tajuk pembentangan EDU 3108 aku berkisarkan Amalan Reflektif. jadi, untuk itu, kiranya kalau sesiapa mahu penerangan lanjut mengenai amalan reflektif, demi memajukan diri sendiri selain bermanfaat kepada orang lain, mohon rujuk pada aku sementara ilmu masih berbau. mudah-mudahan, ilmu yang aku ada dapat dikongsikan, serta diperkukuhkan melalui pengulangan berulang.


jadi, apesal tajuk patutnya??


aku merujuk kepada apa yang patut kita buat sekiranya kita lari daripada landasan yang kita impikan. aku maksudkan, seperti ingin berubah (mohon rujuk entri terdahulu), tetapi tidak tahu bagaimana perubahan dapat memanfaatkan orang lain.

begini.

seperti biasa, aku dan FcFc akan berbincang, dalam seloroh. mungkin kelihatan silly di mata orang, tapi tidak bagi kami. biasalah, aku dan FcFc bukanlah rakan sekerja semata, bahkan kami merupakan crime partner di mana jua. jadi, hari ini kami menilai permulaan hari berjalan dengan baik dan positif. 

CRZ : well, aku rasa hari ni bermula dengan baik. rasa puas hati dengan permulaan hari ni. bolehlah pegi gym dalam keadaan tenang.
FcFc : haah. kau perasan tak, kita present tadi pun macam positif je, mudah je jawab.
CRZ : kau rasa kenapa? aku rasa sebab kita study habis kot, cewwah. mementang baru bentang tajuk refleksi, terus nak membudayakan reflektif. adoo??
FcFc : kan, aku rasa kita memang patut study cukup, baru dapat terangkan kat orang.
CRZ : ke, kau rasa kita sebenarnya bernasib baik sbb mood En. X baik je?
FcFc : hmm. boleh jadi jugak met. ke, sebab dia terpaksa tunggu kita kat kelas PJ2 tadi?
CRZ : ke, sebab kita present dekat PJ2 tadi?
FcFc : kannnn.... manelah tau aura lain kannn.. patutnya kita tukar-tukar kelas setiap sem dengan PJ2.
CRZ : haah. takpun, kita buat sistem naik turun kelas. siapa prestasi cemerlang masuk PJ1, yang kurang cemerlang masuk PJ2. hahaha. kalau buat sistem tu komfem aku study bebaik punya. HA HA HA.
FcFc : kannn.. esaimen pun takut nak hantar lewat. pointer pun komfem top-top jek.
CRZ : Hahaha. nasiiiibb tak buat. aku rasa, kalau buat, memang aku takkan pernah naik kelas lahhhh. HA HA HA.

*warna berbeza menunjukkan proses pemikiran reflektif*


kesimpulan dari perbincangan kitorang ni, aku terus tekan taip entri. sebab aku rasa, kadang-kadang, kita manusia perlu matlamat untuk berjaya. dan matlamat pula wujud jangka pendek dan jangka panjang. jangka pendek bolehlah aku aim nak maintain masuk kelas first. dan panjang pulak, aku boleh aim nak jadi first class honor. 

walaupun terlambat untuk kejar pointer, dan buang masa untuk menyesali, jadi aku patut buat refleksi, nilai balik apa kelebihan yang aku ada, dan apa kelemahan yang aku patut atasi. sebab, budaya mereflek diri mampu membawa kita kenang semula fitrah diri, dan berusaha untuk memperbaiki diri. sesuailah dengan usaha aku untuk berubah menjadi lebih baik dan beri manfaat kepada orang lain.

untuk itu, kirim salam dekat kawan-kawan kita yang sedang cuba perbaiki diri dan katakan padanya, reflek dan baiki. 


salam sayang. :*

No comments: