hearts

Tuesday, March 8, 2011

dosa.terhapus.

kelmarin.. 
kau ada di situ.
menjalani dunia remaja penuh noda.
dosa pahala nampak sama tidak berbeza.
permaisuri dunia gah di mata mereka.
tersenyum kelat tiada.

kau tersanjung, kau dijunjung.
warna neraka tiada bahangnya.
di sebalik botol hijau jernih air.
sambil dirangkul erat oleh buaya berbuah dua.
kau masih mendabik dada berlurah.

aku duduk. hanya melihat.
menegur kau yang kurang sifat.
diam-diam aku mendoa.
agar hangat neraka kau tak rasa.
kerana sayang, itulah tanda.

terhapus dosa tatkala siang.
terkoma seketika bila dikenang.
kuasa Tuhan tiada tandingan.
semua sedar adanya khilaf.
dada dilindung tanda insaf.
rahmat Tuhan untuk umat sekalian.
XOXO semua kawan perempuan saya.


WL: enabcantiksangat

No comments: