hearts

Friday, August 8, 2014

belasungkawa Almarhumah Tok Kapok.

sudah dua kali pagi aku dikejutkan panggilan telefon. dalam kotak fikiran hanya wajah Tok Kapok yang aku mampu bayangkan.

malam semalam, lebih kurang jam sepuluh, alang khabarkan perkembangan almarhumah. tenat. waktu itu aku diam. terfikir untuk melawat selepas waktu sekolah. waktu itu terkenang kebaikan yang pernah almarhumah semai sepanjang hidupnya.

almarhumah seorang yang peramah. tidak pernah terluka hati apabila berbicara. lembut tutur kata sehingga sesiapapun rasa senang hati. tokoh ibu yang amat aku kagumi.

almarhumah dan suami (tok chik) merupakan insan yang menggantikan tempat atuk sebelah ayah. melihat wajah tok chik tadi buat aku sebak. memikirkan keadaan ayah sekiranya berlaku kejadian yang sama. raut wajah ayah dan tok chik sama. wajah tok chik adalah wajah ayah masa depan.

perginya almarhumah kembali kepada Pencipta awal subuh tadi benar-benar mengganggu fikiran. terbayang karipap kentang dan samosa yang sering dihidang setiap kali aku ke rumah mereka. selesai pengebumian tadi, aku rasakan bagai rumah mereka kosong. sekali lagi aku terpandang wajah tok chik di satu sudut. air mata tidak dapat kubendung.

al-fatihah.

No comments: