hearts

Saturday, November 3, 2012

# peperiksaan medan tahu kita kawan untuk kepentingan atau kawan sampai mati.

assalamualaikum w.b.t dan hello readers.


aku sudah 23 tahun 4 bulan. seumur hidup aku, kawan memang ada di merata-rata. kiri kanan selatan utara, oh ye, pantai timur tidak dilupa. seronotnyerr ada kawan! seronot-seronot-seronot! mana-mana pergi, hello hello.  ewwaah! heaven!


kali ni aku nak kongsi sikit pengalaman. tentang kawan untuk kepentingan. oh tak cukop jahat. FRIENDS FOR BENEFITS. *tetap tak jahat kurasa*.

.aura syaitonnnn nirr rojim datang sekarang.


suatu hari, di sebuah asrama, datang seorang makhluk yang hanya sekadar melampiaskan senyuman kadang-kala, ke bilik aku. tiba-tiba tanya, "kau dapat spot tak?" dan aku sebagai pelajar yang jujur lagi berintegriti menghujahkan yang aku tiada spot malah aku belajar bukan ikut spot. aku skema. jadi orang skema memang bengal untuk study ikut spot. ye itulah aku yang aku impikan. menjadi manusia skema sebetulnya. jadi, si dia menjadi hampa kerana tidak mendapat apa yang diimpikan. dan mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.


suatu hari, di dalam bilik, bersendirian. ku ingat kalau ada suami, aku mahu berjimak kerana keadaan sangat bosan tatkala peperiksaan menjelma. tapi apakan daya, hanya menonton rancangan favourite atau movie sahajalah peneman manusia hampir skema ini. tiba-tiba datang seseorang yang biasanya berkata hai. aku terkujat. hampir pengsan. jadi ku tabah melampiaskan sekuntum senyuman sangat manis kononnya menerimanya seadanya. tiba-tiba, si dia tanya "sudah habis study kah?" maka luruhlah jantung aku. penat ku berpura-pura senyum, dia langsung tidak perasan aku sedang asyik mengunyah sebaldi cornflakes. tapi aku tetap memilih untuk menjadi Drama Queen, dan dengan sinis, "kau nampak tak baldi ni isi apa? dari tadi aku asyik makan dan makan sambil baca nota dekat laptop *sambil tunjuk isi blog*. "


suatu hari, saat printer aku hampir jahanam. aku pun meluangkan masa melihat lapangan sosial aku di facebook. manusia kaki LIKE dekat post-post aku *dan barangkali seorang SilentReader aku* tiba-tiba berusaha untuk say hi dekat ruangan chat. ye. kau tahu kini bagaimana aksi overreactive aku. aku melompat jatuh dari kerusi sebab teramat terkujat. "lecturer kau ada bagi hint tak kali ni masuk ape" ye. terlalu direct. sebab aku malas nak taip hiperbola. penat. letih and tired. aku pun terus logOut.



kau siapa yang baru nak cari aku?


kita bukan lahir untuk jadi kedekut ilmu.
kita juga bukan lahir jadi manusia yang dah dapat ilmu tak reti ucap terima kasih.
ucapan terima kasih bukanlah hanya dengan mulut. tapi turut diperakui dengan sikap dan penghargaan. 


aku tak kata ini yang terjadi pada aku. mungkin terjadi kepada kawan-kawan aku. mungkin pada anda juga. Friends For Benefits type is everywhere. maybe di ofis, maybe di pejabat. ye sama saja. tak kisah. waktunya juga berbilang. kejap malam, kejap siang. kejap waktu exam, kejap waktu kerja sekolah tak siap. kejap waktu assignment kena hantar lagi 24 jam, atau kadang lagi 36 jam dari waktu untuk presentasi. tiba-tiba akan datang makhluk yang hadooo tiba-tiba mintak itu ini. lepas tu muka tembok. lepas tu kopipes. lepas tu edit ayat pasif ke aktif, imbuhan apitan. lepas tu mengaku dia yang buat semua A-Z. lepas tu dia dapat markah highest lagi. lepas tu, aku terduduk kata whaddepork?

itu belum lagi jenis yang kata tak study lagi, tapi tiap-tiap sem kau dekan. lagi sekali, aku ucap "outta my way please."


whatever it is, pastikan kita bukan jenis itu. kita kan kawan-kawan yang ohsem dan tahu apa itu nilai seorang sahabat. jadi, jangan perjudikan soal kepentingan diri sahaja. fikirkan mereka yang sudah anggap kita kawan. hargai mereka. pleased them. yang kita layan lite lite tu, janganlah gamak sangat tanya untuk kepentingan diri sendiri. dah tahu exam lagi 2 minggu, kau buatlah ayat puitis. belanjalah kepsi mekdi sehari dua. kenny rogers dua tiga kali. baru ilmu yang kita dapat nanti barokah. HAHA. jangan buatlah maksud aku.



selamat berjuang untuk paper akhir untuk semester ini. paper major. rasa bahagia jek sebab cuti ni diisi dengan kenduri kahwin. ekekeke..



p.s : exam kali ni aku macam kurang feel. entah kenapa. malas barangkali.


till then, iloveyou.


WL: enabcantiksangat

2 comments:

Naim Iman said...

berjela postnye kali ni. pasal study ni. ada 1 yg aku nk cerita. kdg2 org yg dean list mungkin juga selalu study last minute. pastu bila org tanya dia akan jwb jujur.

aku tak study lg.

dia jujur sebab die memg study sehari sebelum exam. tp ramai x caya n ckp die tipu n kedekut ilmu. camane tu? sekadar cerita dr kwn. ceh.

maizatul suraya said...

haha. rasa mcm tahu siapa.


well, different people, memang itu gayanya. tak salah. kita kan kenal kawan kita how far right? dah memang dia jenis study last minit. God give him/her kegeniusan. ekeke....

ada satu kes. we don't know how far he'd/she'd study. sampai lagi 10 minit masuk dewan, still kata tak study, well said, enaf. kau masuk je dalam tu. tak tahu, kau tanyelah aku. HAHA

and.. pufff! jadi dean list lagi?

kalau study last minit pun, bkn semestinya 10 minit lagi ckp tak study lagi. ckp je aku dah usaha, tunggu idea dtg mencurah masa exam. orang pun takkan kata kita kedekut. kan?