hearts

Thursday, November 22, 2012

# darjah hidup

assalamualaikum w.b.t , hello fellas.


selesai separuh kebab ayam dan beberapa ulas durian penyebab untuk aku memulakan langkah malam hari. garis masa di burung biru jelas punya cerita 1001. tidak dilupa saat mula muka buku ditaip rapi. bismillah dulu, kata kak fynn.

aku melihat banyak ragam manusia, yang kadang-kala tersingkap satu demi satu cerita, sarat dengan dongeng dan telenovelanya. aku senyum melihat keseronokan mereka berkongsi cerita. saat tiba paten terlupa untuk update check-in nya, saat aqil minta sedekahkan Al-Fatihah, sampailah seorang gadis pucuk muda yang sedang berusaha untuk elak letak pisau tamatkan nyawa kerana ketidakprihatinan keluarga keatasnya. sound terrific? aku sengaja tambah perisa. terbawa-bawa.

aku ingin berkongsi cerita. tentang aku yang dikata manja dan anak kesayangan semua.


aku memulakan usia bertatih tanpa ibu bapa disisi, kerana mereka sibuk bekerjaya. aku mula bertatih di kampung, Sungai Haji Muhammad, dengan kehadiran 2 insan dewasa, Opah dan Mandak. aku tak tahu eja mandak yg sebenarnya. maka aku eja dengan guna bahasa yang aku sebut. adik-beradik yang lain semua mak ayah ada di sisi semasa proses mereka bertatih, sebab masa jaman along hingga piah, Makwe (Maklong-untuk siapa yg bertanya) ada duduk berhampiran mereka. jaman aku, dalam perut, famili aku duduk kt flat Keramat, dah lahir rumah baru, kat Kajang pulak. jauh dari keluarga mak mahupun ayah. jadi, keputusan paling tepat, hantar kitorang adik-beradik semua kat kampung, menjadikan aku yang tak tahu apa terlibat sama.

tahun demi tahun. aku diserah kepada keluarga Opah itu, Tok ini, Wan itu dan keluarga ini. jarang masa kecil seingat aku dari umur 2 tahun hingga 5 bersama famili sebenar. aku pernah duduk lama dengan arwah TokTeh. terlalu rapat sampai kadang-kadang aku ingat Ayah Hassan tu ayah aku (Ayah - pakcik untuk panggilan kerabat). TokTeh sangat baik. model ibu yang unggul jaman itu. masa suami TokTeh meninggal, aku menyorok dalam kereta antik dekat garaj bawah rumah TokTeh. sebab aku sedih nanti sape nak bawak aku pegi makan aiskrim. lepas kebumi, terus aku masuk Library rumah TokTeh, tenung lama-lama organ piano milik arwah suami TokTeh. mak aku sedar, terus tarik aku keluar. semua orang tak tahu, betapa aku sayangkan mereka itu. al-Fatihah buat Arwah TokTeh dan suaminya. :')

aku pernah tinggal dengan Opah lepas tu. masa tu, aku dapat rasa, mak ayah aku selalu melebih-lebih kerja, sampai anak-anak diserah bagi orang jaga. tapi untung duduk dengan Opah. aku diajar mengaji percuma, kenal dunia kanak-kanak sebenarnya, main rakit, main campak batu lompat tiga kali, makan jambu air dari pokok, main masak-masak guna tempurung kelapa, berendam dalam air nyor kelapa, dikejar ibu ayam sebab buli anaknya. seronok. aku lupa kejap kesibukan ibu ayah dekat tempat kerja.

bila dah mula sekolah, aku duduk kajang. dan bermulalah era rasa aku forever alone. aku mengaku. aku lebih matang dari kanak-kanak biasa. mungkin sebab jaman kanak-kanak aku yang awalnya membuat aku tertekan dengan dimensi yang pura-pura. aku anak bongsu masa darjah satu. dan cikgu tak suka dengan aku. sebab aku banyak idea menipu. bukan salah aku? entah. aku selalu kena ketuk kepala, sebab degil tak mahu mewarna. kadang-kadang tak bawak buku, konon lupa. terima kasih Cikgu Zainah, kerana awak buat saya sedar masa tahun dua. aku dah jadi kakak April 1997. sedih memanglah sedih. sebab dah tak jadi bongsu. seluruh perhatian mungkin bukan milik aku. dan itu yang berlaku.

adik demi adik aku dapat saban tiga tahun. kali ketiga, fullstop. mak letih. aku semakin perlukan perhatian. kalau dulu, aku cuba jadi budak baik, dapat nombor satu saban peperiksaan. bila adik yang terakhir, aku jadi cemas, mak ayah semakin lupa ada anak lain yang butuh perhatian. aku mula jadi nakal. surat amaran demi surat amaran dialamatkan. aku bakar dan ada ketika aku simpan dari pengetahuan. mak ayah cuma tahu, result aku perlu bagus untuk jadi contoh adik-adik. tidak sekali cuba datang hari report card. sedih. PIBG apetah lagi. ada mereka heran?

bila aku masuk asrama, tiap malam aku dan kawan-kawan buat sesi muhasabah. dendangkan cerita bahagia mereka dengan keluarga, aku sedar sendiri. aku juga punya keluarga bahagia. kunci bahagia ada pada aku. cuma aku tidak melihatnya sebaik-baiknya. dari kaki mencarut jaman Jalan Bukit kepada seorang yang malu-malu untuk mencarut. terima kasih kawan-kawan kerana membesar bersama aku.

aku dewasa dengan berpegang teguh dengan sabda Rasulullah yang berbunyi "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa" (Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 (Kitab al-Birr wa al-Shalah, Bab berkenaan keutamaan pada keredhaan ibubapa)dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 515.)

aku bukan semata-mata buta ikut cakap ibu ayah semata. aku percaya, rezeki yang aku ada hari ini berpunca dari doa mereka. menjadi anak yang derhaka adalah sia-sia. itu yang aku belajar. mereka mungkin silap, kerana tidak meluangkan masa bersama aku semasa aku membesar, tapi kerana mereka juga aku cepat matang faham dunia bukan selalu bersama kita.  dan kerana mereka jugak, aku tahu, bukan mudah menjadi ibu bapa yang berjaya.

terima kasih mak. terima kasih ayah. masa lalu tetap masa lalu. ayuh berpegang masa sekarang. kerana tak mungkin kita mahu mengulang yang telah lalu. 


p.s I : hope adik itu tahu aku tetap bersama kamu. dunia remaja penuh pancaroba. teguhkan diri sendiri. biar kawan dengan siapapun, kita tetap dengan jati diri. jangan mudah terpengaruh. aku sudi jadi kakak kamu, itu kamu tahu sejak kamu darjah satu, kan? 


p.s II : aku tak tulis untuk perhatian murahan. sekadar satu perkongsian. :)


WL: enabcantiksangat

No comments: