hearts

Tuesday, January 17, 2012

kiraan bajet semester.

Assalamualaikum w.b.t


dah hampir sebulan sejak semester 5 bermula. lebih kurang 4 semester lagi sebelum ijazah digenggam. isu minggu pertama sem kali ni, mestilah "kau kerja tak cuti hari tu?" atau "kat rumah bertatih jadi suri rumah sepenuh masa" atau barangkali "habis saving aku satu sem, asal cuti je berjalan merata". macam-macam cerita. sampai 4 pagi pun bertahan mata. yelah. cuti asyik tidur je. 

isnin pagi minggu kedua. masing-masing mula bertanya, bila elaun semester nak masuk. aku masih terpinga-pinga. pelik dengan gelagat manusia. tidak terfikir sama ada ada hutang perlu diselesaikan mereka. sedikit tegang rasa dijiwa. tatkala matahari tegak pada hari selasa, telefon aku berbunyi. dari nombor tak dikenali. dan aku semakin tegang. dan soalan "bila nak dapat elaun" mula menyesak di dada. sesak. sekarang aku betul-betul sesak. dan aku mula faham perasaan mereka. bila didesak dan diasak. 

setiap kali semester sudah menjadi perkara wajib aku mengira bajet semester. supaya duit yang aku keluarkan tidak seperti sungai. mengalir tidak tahu mana arah tuju. paling penting, langsaikan hutang dan bil-bil semua. itu paling penting.

cukup untuk aku titipkan bahawa elaun tidak mencukupi pada dasarnya. entahlah. kadang-kadang bila lecturer kata, "elaun hangpa dok beli henpon ja. duit makan mak pak yg tanggung" aku jadi sedih. mungkin bagi sesetengah pelajar. tapi jelas bukan aku. dari isu beli buku, makan, barang mandi, pakaian dalam dll, semua aku guna elaun. hinggakan, aku juga menanggung sebahagian besar perbelanjaan sekolah adik-adikku. iya. memang keluarga aku tidak dalam kategori senang. dalam erti kata lain, hidup di kotaraya metropolitan begitu mencabar. duit gaji mak takkan mampu menyara kami semua. ayah hanya bergantung kepada gaji pencen yang hanya seciput untuk membayar segala bil. *menangis*

aku tidak berniat untuk menagih simpati. cukup hanya kalian berdoa supaya hidup aku mudah untuk dijalani dan diberkati Allah S.W.T.


nota kaki : pengalaman semalam mengajar aku untuk jadi baik hari ini. dan pengalaman hari ini buat aku lebih baik untuk hari esok!


WL: enabcantiksangat


1 comment:

pentas hidup said...

Ujian Allah..hanya Dia mengetahui kamu boleh melaluinya..insyaallah..banyak2 bersabar ya dear..