hearts

Tuesday, January 31, 2012

.tidak faham.

aku bukan pemuisi.
tidak terbanding tulisan, tidak memberi kesan.
tapi aku tulis tetap dari hati.
bukan rekaan, bukan cobaan.

mereka asyik bercinta.
ketawa, bercanda.
atmosfera indah kata mereka.
tiada duka, tanpa cuka.

sedang lidah lagi tergigit.
ini nak banding suami isteri.
cakaran, teriakan, tempiaran.
realiti sebenar suatu kehidupan.

tidak bermula, jangan tak segan.
enak pegangan tangan, merangkul badan.
tidak malu dengan Tuhan.
dosa dosa terus jadi harapan.

kita tahu, wujud dosa pahala.
tapi kenapa masih memilih jalan salah.
butakah hati kerana cinta?
atau kebenaran sudah hilang dari mata?

aku tak hebat soal cinta.
aku tak suka bicara soal cinta.
aku pendengus suka porak peranda.
tapi aku benci orang berpisah menyalahkan cinta.

engkau yang buta.
engkau yang dulu buat perkara sia-sia.
engkau yang dulu tak endah apa orang tua kata.
sebab apa?
sebab KAU terlalu membabi buta soal cinta.
atmosfera indah sementara kau bulat-bulat percaya.
kau BODOH bila kau agungkan cinta dia.

sakitkan?
kurang-kurang kau merasa.
garam gula kurang dimana-mana.
tapi jangan sekali kau menyalahkan cinta.
kesuciannya hanya yang berhak empunya.
sekali dah robek jangan kau punahkan semua.
bina semula.
kukuhkan batu bata cinta.
rapatkan semula jurang yang tercipta.

<emosi : tanah kubur season 2>

p.s penulis : cinta Agung hanya Dia yang berhak menerimanya. jangan kita leka sambil lewa. cerai memang halal dari segi cara, tapi tetap murka pada Dia.

p.s enab : aku sebenarnya tak faham kerenah orang yang dah kahwin. bercinta lama-lama, konon kata proses kenal hati budi, indah semua. bila dah kahwin, lain yang jadi. jadi tak mesra macam bercinta dulu-dulu. hipokrit ke sebelum ni? atau memang wujud ketidaksefahaman lepas berkahwin? atau sengaja tidak mahu kesefahaman dibina?


WL : enabcantiksangat


1 comment:

ahsfantasy24 said...

Cinta dengan jiwa,
biar ada landasannya ^^