hearts

Monday, November 7, 2011

joy 2011 - 3

3. LECTURER HANTU
            WOW! Bilik kuliah tercanggih yang pernah aku tengok adalah di Kolej Inderaputra. Walaupun aku tak pernah masuk mana-mana Uni atau Kolej sebelum ni, cuma sekali-sekala aku tengok gambar dari koleksi abang-abang aku, memang Kolej Inderaputra johan! Patutlah ayah beriya-iya nak masukkan aku kat sini dulu. Samalah macam abang Norman dulu. Bezanya, abang Norman tak terima tawaran ke sini. Lebih mengejar tawaran pekerjaan sebagai guru, macam Along dan Abang Haris. Cuma aku dengan abang Ijat je yang keluar dari bidang tu. Aku dengan Perancangan Bandar, dan abang Ijat dengan Accountancy. Ye. Aku perempuan tunggal.

            Tepat jam 8.00 pagi, Dr. Rashque mengunci pintu bilik kuliah. Katanya, disiplin waktu amat dititikberatkan. Okey. Aku tak boleh terbawak-bawak sikap suka bangun lambat macam dulu lagi. “Peduli apa?” Aku berani melawan dalam hati. “Saya faham, jiwa muda macam kamu semua. Tidur lambat, bangun lambat. Standard. Tapi, kelas saya hanya bermula jam 8.00 pagi dan pintu dibuka semula jam 10.00 pagi.” Aku mula mengerut dahi tanda protes. Aku cukup membenci mereka yang menetapkan peraturan. Buat ini, mesti ikut peraturan, buat itu kena berlandaskan peraturan. Tak boleh ke berhenti buat peraturan dan ikut je kehendak hati? “Namun, itu tidak bermaksud saya melarang kamu untuk tidur, makan, minum dan pelbagai rutin harian kamu dalam kelas ini. Yes, henpon kamu pun boleh berfungsi tapi perlulah diletakkan dalam mode senyap.” Hurray! Ini barulah heaven! Okey. Hanya aku sahaja yang bersorak dalam kelas ni sekarang. Classmates!!! You guys abnormal! HAHAHAHA!

          Kelas aku betul-betul tamat jam 10.00 pagi. Hebat Dr. Rashque. Seorang yang amat tegas dan mempunyai visi tersendiri. Aku masih tertanya-tanya sikap pelik student kelas tu tadi. Terlalu takut atau terlebih fokus sehingga tidak sedar kehebatan Dr. Rashque menyampaikan visinya.

            “Joy, saya tahu, kamu berpotensi untuk berjaya. Namun, untuk mencapai kejayaan, kamu perlu berada di atas landasan yang betul. Ya, masa merupakan disiplin yang mudah dilanggar oleh muda belia macam kamu. Sebab itu saya tetapkan kehadiran kamu semua dalam kelas perlu tepat jam 8.00 pagi. Selebihnya, kamu yang perlu menentukan rutin kamu sendiri semasa kelas. Samalah seperti kehadiran kamu ke kolej ini. Ibu bapa kamu menghantar kamu tepat pada hari pendaftaran. Selebihnya, atas kamu sendiri. Masa depan kamu, hanya kamu sahaja yang boleh mencoraknya.” Kata-kata Dr. Rashque selesai kuliah tadi membuat aku lebih bersemangat untuk terus menapak di Kolej Inderaputra ini!

Dan kisah kegemilangan aku akan terus dicipta di sini........

“First step never tells us that we are loser,
It more likely shout to us to keep moving.”

Joy 2011 Part 1
Joy 2011 Part 2


No comments: