hearts

Saturday, November 5, 2011

joy 2011 - 2

2. SAY NO BULLIES!
            “Fed up aku dengan orientasi. Hello! 2011 dah kot. Tak perlu rasanya nak mengoriented freshies. Buang masa! Baik korang masuk kelas, study!”

            Aku masih dengan tag Slippery Noob di beg galas. Bosan dengan ceramah yang lebih kurang sama macam masa aku orientasi sekolah asrama dulu. Haruslah tentang disiplin, keselamatan dan bla-bla-bla. Slippery Noob pun seakan mengerti perasaan aku sejak aku mendaftar di Sekolah Abdullah Baginda dulu. “Arghhh! Bosan paham takkk!” Tanpa disedari, omelan aku didengari oleh salah seorang fasilitator. “Kalau bosan, blah jelah. Tak payah buat semak. Susah kat aku nak bela je” Balas fasi tersebut. Entah syaitan apa yang merasuk, aku terus capai beg dan terus balik ke asrama.

            “Perhatian. Kepada sesiapa yang kehilangan tag beg, sila datang ke kaunter urusetia sekarang juga!” Oh, dem! Macam mana Slippery Noob boleh tercicir! Yang diorang pun satu, beriya nak buat announcement bagai!

            “Terima kasih. Nasib korang jumpa dulu,” aku, berbahasa-bahasi. “Eh, kitorang tak kata kitorang nak bagi balik. Kitorang suruh pemilik tag ni datang je,” sinis pelajar senior bernama Kerry. “Oh, taknak bagi ke? Takpelah. Ambik je. Tag tu berpuaka sikit. Tapi, kalau korang treat him nicely, dia boleh jaga korang. Ok, bai.” Malas aku nak melayan senior palat macam tu. Kalau nak bagi, bagi jela. Tak payah nak menggelabah buli-buli. “Ewah. Kerek gila kau kan? HOI! Kau tu freshies! Tak payah nak bajet otai! Setakat budak hingus macam kau ni, sekali tibai jek dah MAMPOS!” Kasar senior Aid ni. “Okeylah Abang Senior, aku paham, korang senior. Tapi, jangan ingat aku freshies, kau boleh main tibai-tibai! Bagus sangat ke kau, huh? Kalau bagus, tak masuk sini lah WOI!  Cinnabeng! Kalau berani, langkah! Ini Joy lahh! Bukan sebarang budak, BODOH!” Aku mula beraksi ala-ala Naruto.

            “Woi! Dah-dah lahh! Ape kejadah korang gaduh? Yang korang ni pun satu, pulangkan jela tag budak perempuan ni. Apa yang susah sangat? Yang kau ni junior. Tak padan dengan perempuan, berlagak tak tentu pasal. Dah masuk sini, respect the rules jela. Tak payah nak tunjuk otai!!” Okey. Abang hensem ni nama dia “Encik Noob”. Ye. Bukan nama sebenar. Disebabkan Slippery Noob aku merupakan satu-satunya ‘saka’ aku sebelum ni, kehadiran Encik Noob menambah keyakinan aku untuk terus kekal kat Kolej Inderaputra serba cilaka ni.

“It takes days to create a moment.
But it only takes seconds to remember a moment.”



Joy 2011 Part 1

No comments: