hearts

Saturday, November 5, 2011

joy 2011 - 1

1. SATU DESTINASI
            Suasana di Kolej Inderaputra hiruk pikuk. Di satu sudut, aku hanya duduk menanti saat giliran aku dipanggil. “Macam bank pulak ada nombor-nombor giliran!” Aku hanya membatu bila ayah mula bersuara. Malu sudah tentu.

            “Mak, confirm ke orang boleh carry subjek ni? Macam hardcore je. Serius tak yakin,” aku mula meluahkan pendapat remaja aku. Iyalah, aku memanglah cemerlang subjek fizik, kimia semua. Tapi Add Math memang Choiiiii!! Dan lepas SPM, mak tolong isi borang UPU. Tiba-tiba nak suruh aku ambik Perancangan Bandar. Memang gila kepala aku. “Ala Joy, mak percaya, Joy boleh. Mak pun suka belajar botani-botani ni. Kalau kau ambik course ni, mak tak payah ambik kursus kat luar, kan?” Aihh? Aku ke mak aku yang nak belajar sekarang ni? Dem!!!

            “Hey! Freshies kan? Tolong naik pegi koperasi sekarang! Belikan aku sekotak ice lemon tea, sekarang!” jerkah mamat senior. Aku usha je dari jauh. “Kalau aku, mampos tak layan! Bajet senior, puihhhhh!” aku bercakap sendiri.

            Kolej Inderaputra kembali tenang selepas seharian dataran dipenuhi ibu bapa dan ribuan pelajar lepasan SPM mendaftar. Esok, aku akan mulakan chapter baru hidup aku!

“Life never begins. And it never ends.
But it has lots of chapters to create.”

No comments: