hearts

Sunday, July 31, 2011

cukuplah angan itu.

assalamualaikum.

*******************************

lama dulu, aku suka baca novel. gila kau! zaman kegemilangan novel. first novel aku baca tentulah dari penulis novel hebat Ahadiat Akashah iaitu Awek Cun, tahun 1999. aku amatlah berterima kasih pada Kak Long Munirah aku yang sudi meminjamkan novel itu *okey, ayat poyo*.  masa tu, aku ingat lagi, aku setia je dengan novel Melati Publishers aka tulisan bang Diat lah. dengan kak Zuraidah Othman. okey. masa tu aku sekolah rendah. titik. 

tak lama dulu jugak, aku ada try beberapa novel Alaf21. macam Cinta Marissa, dan sebagainya. oh. aku cuma baca beberapa je. mungkin less than 15 books. sebab aku bosan. cerita lebih kurang sama. dan angan-angan yang sama. perempuan miskin tapi cun gila jumpa dengan mamat anak dato' or keturunan hebat-hebat tapi perangai mamat tu macam gampang. *maaf. aku menulis kasar utk menunjukkan emosi sebenar*.

aku mula beralih kepada pembacaan berat lewat usia remaja aku. cukup aku katakan, masa lepas SPM. lewat. sangat lewat. walaupun aku telah memulakan pembacaan berat sekitar usia 9 tahun dengan meminjam buku di khutub khanah sekolah. dan buku tersebut pasti dikenali ramai, Debu Hiroshima.

tapi, dalam banyak-banyak buku, aku rasa, aku lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca buku-buku penyiasatan macam siri Salma dan siri apetah satu lagi. sebab, namapun Top Student sekolah. hadiah pun mestilah novel-novel penyiasatan. *motippp??*

********************************

introduksi yang panjang lebar di atas sebenarnya nak perjelaskan bahawa, aku benci dengan novel picisan. ibaratnya, aku membuka setiap muka surat tetapi kosong. tidak berdakwat. aku mahukan realiti hidup yang lebih kompleks, bukan ringan sekadar kapas dihembus angin. hentikanlah angan-angan yang tidak memberi kebenaran. aku sedih. melihat kini ramai wanita senang memilih bertemankan novel ringan. ya. mungkin kau rasa, kau letih dan perlukan sesuatu yang lebih kasual. itu hak individu masing-masing. bukan aku membangkang, tidak. aku cuma mahu perjelaskan bahawa, penggunaan bahasa dalam penulisan kasual itu ringan. tidak memberi peluang untuk sejenak kita berfikir. keselindungan sesuatu plot cerita. plot itu perlulah rahsia. tidak terlalu berat dan tidak pula terlampau ringan. 

dan kini, aku lebih memilih membaca cerpen dan puisi. cukuplah angan itu.

WL: enabcantiksangat

this is how a friend should be.



a friend is a jar.
full with sacrifice.
twist the feeling.

a friend is a tissue.
saturated all your sadness.
and wipe all your frustrated.

and i need one.
but i've already got numbers of them.
sorry girls. 
if i am not like what i did mention above.
XOXO

Friday, July 29, 2011

pekak aku dengar pekikmu.

dengar sini rakyat jelata!!!!
itu saja kau laungkan tiap masa.
aku pekak sakit derita.
pekikan kau nyata sia-sia.
buat jiwa parah terseksa.

wahai anak bangsaku!!!
kenal aku pun kau tak tahu.
pandang aku pun kau tak mahu.
jerit tak sudah memanggil aku.
membantu kau saat buntu.

ayuh semua rakyat negara!!!!
kau pekik laung perkara sama.
namun sambutan tetap tiada.
kau becus tidak bersedia.
habis luluh punah semua.

telah berlaku tragedi ngeri.
kau dibuang sekalian kami.
tidak sanggup menjadikan kau menteri.
kerana khidmatmu bukan untuk kami.


p.s : kesedaran mutlak harus bermula sekarang anak muda. persis akan berlaku perpecahan sekira kau tidak bersedia. lihat kiri kanan kita. ada siapa? tidak ada yang berkuasa Maha Hebat dari-Nya. ayuh. bangunlah. pekakkan telinga elakkan jampi mereka. bangunlah kerana kita berdiri kerana-Nya!

WL: enabcantiksangat

Thursday, July 28, 2011

khamis bertapis #3



dimarah, malu.
tak dimarah, parah.
dipukul, sayang.
tak dipukul?

yes. i admit it.

susah sangat ke angkat muka?
susah sangat ke tunjuk kau suka dia?
susah sangat ke sampai dia patut kau lupa?
susah sangat ke kau nak jawab ni semua?

aku tahu kau percaya ketentuan-Nya.
aku tahu kau nak dia.
aku tahu kau tak sanggup hilang dirinya.
aku tahu kau tengok dia jadi serba tak kena.

kau tahu tak dia punya rasa yang sama.
kau tahu tak dia pendam cinta.
kau tahu tak dia senyap tak bicara.
kau tahu tak sebab kau, dia jadi tak betah duduk sempurna.

ye. kau patut luah apa kau rasa.
ye. kau tak perlu takut risiko semua.
ye. kau harus percaya jodoh kau dan dia.
ye. ini semua karutan belaka kalau kau tak percaya.

dan aku, masih melihat kau.

Tuesday, July 26, 2011

cubaan : puisi alih bahasa.

bumi ini
subur.

tak lapuk
dek rezeki.

tak lekang
dek tumbuhan.

tapi kita?
tiada usaha.
putus asa.

zhe da  di shi fei wo de
shi yong hen de.
ru guo zhe li mei you le li yi zhe liang gezi.

zhe da di shi bu hui xiao shi de.
yin wei chong man zhe cong cong de shu mu.

ru guo you yi tian da di hui gai bian.
bi ding shi ren lei de zi si er zao cheng de.

err. macam pelik kan? tapi ini semua telah di alih bahasa oleh saudara yong dan rakannya yang sudi membantu aku mengalih bahasa. so, kalau aku tulis salah, maksudnya ada kesilapan pada tulisan mereka. hikhik. 
btw, thanx adik adik!

WL: enabcantiksangat

bila rasa tak pasti mesti buat sesuatu sampai puas hati.

assalamualaikum.

hello readers yang cute cantik bergaya, dan hensem poket penuh segala. HAHAHA! untuk semua sebenarnya. cerita hari ini tidaklah sehebat Hanis Zalikha dan Cola Susu nya (which is so cool kalau aku pun dapat buat) dan XiaXue dan Kotaraya Hokkaido nya (which kalau tak kena blacklist, dah kompem aku pun boleh berjalan ke Kotaraya Tokyo). cerita aku cuma ekspresi diri bila kelas tiada. HAHA. *kemain panjang intro...*

begini,

masa aku banyak terbuang dengan kebejatan*. aku seringkali melihat perkara dan aku suka. tapi pastinya, aku tidak pasti apa yang aku mahu. sering terpedaya dengan rasa sendiri. lantas aku mempersia masa dengan merumitkan keadaan. dengan harapan, hati puas. 

tiada,

ibarat memelihara gajah putih. aku yang hampa dan kau terus bahagia. dan aku masih menyalahkan diri dengan menyatakan bila rasa tak pasti mesti buat sesuatu sampai puas hati. dan aku sudah puas. walau tiada respon positif.

sumber : shoe page, nike

kamus hari ini : kebejatan = keburukan, kerosakan.


WL: enabcantiksangat

Sunday, July 24, 2011

naik cinta


mesti kau terfikir.
lambai apakah yang aku sampaikan.
benci marah atau menyesal.

tiada.

sesungguhnya cinta untuk kau telah aku redha.
dari saat kita kenal dari mula.
sebab aku pasti semua Tuhan punya kerja.
tak perlu sibuk tanya-tanya.

dan ye.
lambai semalam merupakan lambaian cinta.
rasa kasih melihat yang tersayang bahagia.
kerana aku sedang naik cinta.




Contest Aku Berpuisi - Kau Juga Kuli

assalamualaikum.

selamat hari Ahad kawan-kawan! pagi-pagi ni, bukak dashboard *okey poyo* ada satu contest yg disertai oleh kawan kesayangan saya. well, disebabkan contest ni called Contest Aku Berpuisi *which sape yg kenal aku, memang tau aku ni kaki conteng puisi* so, aku dengan tidak malu mendaftarkan diri untuk jadi salah satu peserta. untung-untung dapat novel sastera. tak dapat novel pun, ada banyak lagi hadiah menanti. so, sape-sape yang kat luar sana tu yang berbakat dalam creative writing ni, jangan sia-siakan peluang! time-time macam ni lah kita nak lebarkan sayap kita, plus dapat kenalan yang sama hobi macam kita kan? klik je link encik azhan ni. okey, lets check this out *okey, poyo jap english aku*

Kau Juga Kuli 

lagakmu.
persis seorang pemimpin berkuku besi.
memerintah manusia seperti hamba abdi.
sedang kau cuma kuli macam kami.
duduk bekerja dalam negeri sendiri.
beza cuma kau duduk di kerusi.

bibirmu.
menitipkan paluan kata menghembus bicara.
tidak sebarispun kau ucap demi kami semua.
sayup jelas untuk kepentingan kau dan keluarga.
siapa aku dan juga mereka?
hinakah kami untuk dianggap saudara?

emosimu.
terganggu tatkala tercetus anjakan paradigma.
yang bisa buat tsunami besar pada kau dan keluarga.
kau goyah. kau gelabah.
tidak tercapai dek akal ini semua.
akhirnya kau lemah tidak berdaya.
tersungkur malu dengan kekuasaan-Nya.
yang selama ini kau lupa dan mendabik dada.

ingatlah.
tanggungjawabmu kerana Illah.
betulkan niatmu kerana Illah.
hembuskan kata-katamu kerana Illah.
kerana tiada lain sehebat pimpinan-Nya.
Dialah Maha Berkuasa.
Dialah Maha Saksama.
Dialah Maha Arif Bijaksana.
dan Dialah Sang Pencipta


sajak ni berbaur politik sikit. yela. kena ikut tema jugak kan. dan aku selitkan jugak nasihat. sebab orang muda mudi macam kita ni merupakan pemimpin masa depan. so, aku cuma bagi peringatan. okey?

dan. aku nak tag FR si juruhebah PH, NanaMiyuki si jurutera kerja lebih masa dan Wandidib si akauntan KTM. HAHA.


WL: enabcantiksangat

Saturday, July 23, 2011

he's my SKY love.

kutip-kutip kutip si kerang.
nampak satu masuk baldi.
hari hari kau aku sayang.
namapun si jantung hati.

tanduk rusa belang kaki.
tanduk kerbau tidak berbelang.
cinta baru bukan lelaki.
ia sesuatu. bukan orang.

belai-belai janggut abg sayang.
cium dahi puteri terbilang
belai-belai skru hang.
manalah nak siap dok asyik sayang.

meet my SKY.

p.s : no more OreO. bye OreO. will miss you.

WL: enabcantiksangat

Friday, July 22, 2011

i am used to..

i am used to.

be the best student.
be the better track and field athlete.
be my school best volley player.
be a good muslimah and great daughter.
and granddaughter.
be the best friend of anyone.
be the best encourage people.

but please read carefully.
it's all in past tense.
shows that it happen before.
and please Allah.
make it happen again, forever.
till i meet You in future.
:)



hye friends. hope you fine and in happy mode. :)

while i pick this topic, my mind keep telling me that please remember what did my past taught me. and please share with rest of my beloved friends and families.

this story was told by a friend of mine. and she wants me to share with my dearest.

"i'm used to be a very rebellious person. or student to be exact. my past life full with joy and sometimes i just forget what is God function if i can manage my own world. i did make friends with some of too good and too bad people. i know each of them. oh yes, bisexual is my life before. even my family doesn't know what happen in my teenage world. i've got numbers of boyfriends and girlfriends. my social life was really suck but by that time, i still feel that my world is my heaven. years past, then i heard my boyfriend car crushed and he died immediately. i just cried. past few month after my boyfriend died, rumors spreading about my girlfriend was kidnapped when she walks home. well, it still doesn't effect me. until one day, there's come a news that she wasn't kidnapped, but she had a ride with her boyfriend but she was burnt after that. police believed that it is about jealousy. her boyfriend cannot be tracked. then i've got some blackmailing telling that i am the next. i was afraid. i don't know what i am gonna do. i asked my dad,and  i did ask forgiven because of my tragic love between man and woman. my dad shocked and he told that he will try to help me. few days later, my dad sent me to kedah to stay with my uncle. for once, i feel totally saved. while staying my uncle place, his wife always ask me to accompany her to some religious occasions. well, at first i just followed because i'd promised to my dad that i will listen and be polite if i want to stay safe. after one occasion to another, i feel calm and started to learn how to pray. one day, my dad called and said that blackmailer was caught and he is my girlfriend's boyfriend. when my dad ask me to come back home, he was shocked. it's all because of i want to keep staying in village. years past, i did married. and i hope my past will be my best teacher on my way to grab happiness." (AM, 2009)


thanks my friend. experience always be our best teacher. and your experience also can be our teacher. 


p.s : just a simple reminder to me. again AM, i miss you sis. call me when you free. i still use that old number.

WL: enabcantiksangat

hey kawan.

hey kawan.
kau sedihkan?
bila cinta kau ditolak, bertepuk sebelah tangan.

hey kawan.
kau pilukan?
bila sayang kau beri, tahi dilemparkan.

hey kawan.
kau buntukan?
bila kau dipinggir, ditepi rakan.

hey kawan.
kau sedarkan?
cinta dan persahabatan perlukan sedikit pengorbanan.
usah ungkit jika kau tak mahu dilukakan.
jangan jatuh bila sayangmu diperkotak-katikkan.
jangan berhenti senyum bila kau tak lagi diperlukan.
kerana aku masih ada.
kerana aku percaya Allah Maha Berkuasa.
dan cinta manusia bukan segalanya.
kerana Yang Hakiki mengetahui selok belok dunia.
dan jangan bersedih bila kau terancam dengan jahatnya si durjana.


kan indah kalau kita lebih cintakan Allah berbanding segala apa di dunia?

p.s : ayuh berzikir di hari Jumaat. Ya Allah (1000x)

WL: enabcantiksangat

Thursday, July 21, 2011

khamis bertapis #2




tidak paling tidak.
jeling bererti lain.
marah benci meluat.
dan lain-lain.

*aku cucuk mata kau kalau kau jeling macam tu lagi*




Thursday, July 14, 2011

khamis bertapis #1




dalam selimut ada pepijat.
menular ke kulit menyiat-nyiat.
hati-hati.


Wednesday, July 13, 2011

pujukan isi hati.


merajuk dipujuk.

syukurlah. masih ada yang sudi terima.
syukurlah. masih ada yang sudi sayang.
syukurlah. masih ada rasa sisa cinta.
syukurlah. kau masih punya semua.

buanglah. rasa benci hina.
buanglah. rasa dengki segala.
buanglah. rasa tamak haloba.
buanglah. kalau kau mahu semua.

tak perlu takut sayang.
cinta Dia, untuk engkau.
cinta Dia, tanpa berat sebelah.
cinta Dia, takkan beralih arah.
selagi teguh kukuh cintamu pada-Nya.

dia, tak sehebat mana.
dia, kurang sini sana.
dia, tiada kuasa.
dia, miang tak semena.
tapi bersyukurlah.
kerana dia sudi terima.
kerana dia sudi membela.
kerana dia sudi jadi penawar duka.
kerana dia sudi jadi badut buat kau gembira.

kau sedih.
kerana kau memilih.
kau mencuka.
kerana kau mahu dia sempurna.
kau tamak.
itu yang aku nak kata.
kerana kau nampak cela disebalik rendahnya jiwa dia.

jangan tamak sayang.
tok nenek kan dah pesan.
orang tamak selalu rugi.
syukurlah apa yang telah kau perolehi sehingga kini.

WL: enabcantiksangat

Friday, July 8, 2011

klasik.


saya suka klasik.
nama klasik.
lagu klasik.
radio klasik.
baju klasik.
orang klasik.

sebab...
klasik itu unik.
klasik itu segar.
klasik itu antik.
klasik itu kacak.
klasik itu tua.
klasik itu guru.
klasik itu sopan.
klasik itu semua.

klasik nasional.
pramlee pun klasik.
saya pun klasik.
biarlah orang kata tua.
sebab saya tahu klasik sangat berharga.

Thursday, July 7, 2011

udara baru lebih segar.

udara baru lebih segar.
suasana lebih malar.
hati rasa gembira.
jumpa kembali rakan lama.

:)

bila tanpamu.

ohhh... ohhhhh.. ohhhh..

berlegar-legar di fikiran.
tentang wanita kau impikan.
samakah aku dengannya sedikit.
ataupun dia lebih baik.
bagaimana rancangan selepas ini.
cuma aku pasti...

chorus :
sepatutnyaku,
bersamamu.
sepatutnyaku,
disebelahmu.
tapi kau hilang
tak lagi sayang
sepatutnyaku
sepatutnyaku..
sepatutnyaku,
lupakanmu.
sepatutnyaku,
hidup tanpamu.
semua kenangan,
dan khayalan
rasa tak hidup..
bila tanpamu.

bila tanpamu..
yeahh...

kau mahukan lebih masa untuk berfikir.
keliru jiwa cinta yang baru hadir.
pinggirkanku cara terbaik untuk kau berlalu,
tanpa fikirkanku,
itulah caramu.
oh bagaimana harusku hidup
bila kau menjauh..

ulang chorus.

bridge
pernahkah kau terfikir,
atau kau terlupa.
cinta yang tlah terukir,
tak mungkin,
ku lupa.......

.supernub and hundomia.


*********************

okey. siap pun. lirik ni aku tukar dari lirik asal lagu That Should Be Me by Justin Bieber ft. Rascal Flatts. kau orang rasa bagus tak? HAHA. aku tukar sikit-sikit biar tragis kisah cinta aku. HAHA. super konon! jangan percaya. HAHA. hopefully kau dan kau enjoy. aku suka lagu ni. dan lirik baru ni memang tak hilang rentak. tak percaya korang youtube lagu ni style karoke. hehe. :)

p.s: kalau kau rasa nak guna lirik ni, sila kredit nama aku. tak susah. copy je ni (Maizatul Suraya, 2011). senang kan? HAHA

WL: enabcantiksangat

countdown.



only few hours before i depart to SHAH ALAM. 
i mean UiTM SHAH ALAM.
dulu selalu berangan akan convo dekat sini.
sekarang aku bakal buat convention pendidik.
tak apalah.
yang penting adalah moment konon convo tu. HAHA.



Wednesday, July 6, 2011

susunan bait indah katamu.
menggusar setiap lohong nafasku.
seutus puisi melingkari ruang matamu.
aku sedar.
kau mencari yang sebenar.
tanpa mengerling aku walau sebentar.
entah.
aku bukan dia.
barangkali dia injap jiwa.
buat madahmu terus berkarya.

lemas dalam kegusaran.
tegar berpaling dari terus menahan.
ini bukan cinta.
ini bukan sayang.
ini syaitan.

wordless wednesday #1





kurnia.

assalamualaikum.



tingkat usia setiap masa. nafas sedetik tak pernah sama. itu yang aku panggil suatu kurnia. kerana saat itu tidak akan pernah berganti. takkan pernah kembali. kebahagiaan sebenar adalah apabila kita menoleh sedetik dua masa lampau sebagai pengajaran dan berpandangan sejauh tiga empat langkah sahaja untuk melihat masa depan. terlalu berfikir tentang usia dan janji masa depan sebenarnya merosakkan usia kita kini.

kerana nafas sedetik tak pernah sama.

ya. Rhoma Irama turut mencanang masa muda masa yang berapi-api. tapi sedarkah kita? maksud di sebalik kata-katanya? bagaimana pengisian usia muda kita? wajarkah usia ini disesali 10 atau 30 tahun mendatang? berfikiran matang tidak sama dengan berfikiran tua.

konservatif.

pendapat sedemikian perlu ditepis kiri kanan. lihat bagaimana si kolot dan comot ini berjaya. lihat bagaimana kemanfaatan usia mereka dicorakkan. pada usia pucuk, mereka sudah berjaya dua tiga langkah dari mereka yang masih mahu degil bertatih.

risiko.

usah gentar anak muda dengan risiko. itu hanya kegusaran si pengecut. biar kau jatuh sehingga kedua kakimu kudung. biar kau mengensot bercicir darah merata tempat sehingga kau mampu menghadapi risiko. risiko di sini bermaksud kau mahu menegakkan agama, bangsa dan negaramu. bukan kerana egois sebesar zarah itu.

kenangan.

ciptalah sejuta kenangan di dunia sementara usiamu masih ada anak muda. baik sepahit bontot kuali, mahupun semanis gula. kurang-kurang, ia merupakan guru terbaik buat kau yang belum pasti dunia ini bagaimana. simpanlah sedikit untuk bekalan akhiratmu juga. semoga kau terus disayangi Sang Pencipta.

aku melihat kau dan kau dan kau secara berbeza. kerana hati kau dan kau dan kau tidak sama. jangan salahkan sekiranya aku bersifat kasar dan adakala aku bersifat feminisme. aku sudah kata, semua itu suatu kurnia. nikmati ia. kerana tak mungkin kau akan jumpa aku yang sama.


selamat hari jadi kepada diri sendiri. semoga usia kali ini lebih bermakna dan toleransi terus jadi pegangan. terima kasih Allah kerana masih perkenankan aku menghirup udara walau tidak serupa 22 tahun dahulu. semoga "buku akaun" baru yang bakal dibuka kali ini terisi dengan keindahan dan kebaikan. insyaAllah.

WL: enabcantiksangat

Tuesday, July 5, 2011

kentut berapi.



kentut.
dibuang malu, ditahan sakit.
sama juga seperti bicara
berlebih malu, berbisik sakit.

kentut.
sejuta bunyi.
sama seperti bicara.
pasti berapi.




that should be me.



that should be me... 
be on your side
that should be me...
kiss you at night
that should be me...
oh now i'm sad.
that should be me...
holding you tight.


forgiven.



Sunday, July 3, 2011

facebook becomes dull?



oh. just wanna tell ya that boredom already check in
FACEBOOK!!!

that's all.
HAHA



Saturday, July 2, 2011

kalau nak berkalau.

assalamualaikum.

kawan-kawan yang superhebat! sabtu nak melabuh tirai lagi sejam lebih. so, apa khabar? bien o no?

tajuk entry aku kali ni sedikit dibayangi lagu feveret aku by kak Nita kita. straight to my point, aku lebih gemar berangan. bila duduk sorang-sorang, mesti berangan. dan berangan aku mesti ada linking. kira kena consequent ceritanya. masa aku kecik-kecik merupakan tahap berangan aku yang paling maksima. daya imaginasi lebih luas. kau orang faham tak?

masa aku kecik-kecik, aku tak pernah berangan nak jadi princess, pakai dresses, with wigs whatsoever tu. tak terfikir pakai liptik lebih-lebih. tapi aku suka pakai blusher. OMG! memang feveret blusher Avon mak aku!
<malu>

masa aku kecik-kecik, aku suka berangan jadi boss. masa tu aku kecik. aku tahu word Big Boss je. so, partner untuk kerja ofis aku ialah Oyin. dan Oyin merangkap Small Boss, sbb aku dah jadi Big Boss. see? memang terserlah vocab aku tak berapa cemerlang masa kecik-kecik.
<teruk-teruk>

masa aku kecik-kecik, aku suka berangan camping. tapi aku takde khemah. so, aku suka guna payung free mak ayah aku. yang besar tu. kalau aku pegang payung tu memang boleh muat 6 orang saiz aku dulu. HAHA. cerita apasal camping ni, aku hanya berangan bila hujan teruk gila. time tu rumah aku tak pasang awning. so, aku akan duduk tepi longkang sambil duduk bawah payung besar tu. berangan sorang-sorang. bila hari hujan pun, sebagai kanak-kanak riang aku pun mandi lah. masa tu imunisasi badan tahap maksima. mandi hujan takkan demam. tapi sekarang, kena tempias pun dah demam teruk-teruk.
<so true>

masa aku kecik-kecik, aku suka curi ambik kapur kelas bawak balik rumah. sebab? aku nak main cikgu-cikgu. tapi tetap main sorang-sorang. aku suka conteng belakang pintu bilik aku. tulis notes or sifir. mesti berlatarkan sekolah. salah satu cara aku cemerlang masa sekolah rendah dulu ialah aku suka repeat balik macam mana cikgu aku ajar aku. aku tak suka buat latihan tambahan. plus, dulu aku susah nak ada buku tambahan. so, kalau cikgu aku ajar pecahan, aku akan repeat balik dengan ajar diri sendiri dalam bilik aku sorang-sorang. dan sekarang? aku bakal jadi cikgu.
<winkwink>

berangan ni sebenarnya tak salah. cuma jangan over sangatlah kan.... lagipun, dengan berangan laa kita boleh melangkaui batas pemikiran kita. kiranya, meningkatkan imaginasi kita untuk mendapat kreativiti berbeza. bak kata Amira Arif, kadang-kadang kita perlu berbeza agar tidak nampak sama. so, berangan lah secara positif!


p.s: aku berangan sorang-sorang sebab dulu aku tak pegi sekolah agama. so, kawan aku semua pegi sekolah, aku kat rumah berangan jela!! HAHA




WL: enabcantiksangat

lampu suluh.

lampu suluh warna kuning.
lampu suluh segala fungsi.
terangi pekatnya gelap.
terangi kesuraman.
terangi kehidupan.

lampu suluh segala fungsi.
berguna bila ada bateri.
tanpa bateri masih berfungsi.
melindungi diri.

lampu suluh warna kuning.
duduk sentiasa disisi.
tidak berganjak walau seinci.
kerana kasihnya tidak berbelah bahagi.

terima kasih, lampu suluh.


bodoh cuma.

mula pagi, nampak muka kau.
mula siang, nampak muka kau.
mula petang, nampak muka kau.
mula malam, nampak muka kau.
macam hantu. macam iblis. 
ada di mana-mana.
kau mula aku lupa.
tapi kau tetap muncul juga.
aku tak berminat.
aku mahu hidup macam sediakala.
tanpa kau muncul depan mata.
tapi, makin jauh, tetap ada magnet.
aku berserah.
aku sudah mengalah.
kau, tolong blah!

mungkin ini apa yang aku rasa.

letih, tak terbela.
tidur, tak terjaga.
perut, tak tentu hala.
mata, dibiar saja.
hati, pilu terasa.
jiwa, terseksa sentiasa.
kepala, pening tak terhingga.
kerja, nak cepat saja.
hidup, penuh nak cerita.
meja, sepah sini sana.
baju, tak terbasuh segala.
air, tak cukup rasanya.
laptop, on sedia.
biskut, dibuka segera.
ubat, dipandang hina.

semua ini rasa satu masa. 
ini yang aku rasa.
bukan kau, atau dia.
hanya aku rasa.
betapa tertekannya jiwa, batin terseksa.
kau hanya mampu kasihan.
atau hanya ucap, bersabarlah.
tapi kau tidak rasa.
kerana rasa ini aku yang punya.