assalamualaikum w.b.t. and happy CNY to all dragons! :)
i miss my old days. w/ friends. school friend, precisely. i miss the moment we skipped classes, the moment when the rain start fallen. everything. i don't have any close friend since then. everyone change as the world starts the engine. lotsa classes for future. deep in my heart, i want to get back in school, not as a teacher, as a student.
technologies do help, but the real thing is, we had no more face-to-face and heart-to-heart talk since everyone getting busy w/ life. and for now, i did enjoy my maktab life, but seriously it different from old days.
to nazihah, diba, umi, cima, nanaz, oyin, ruhaya. i really miss you guys!
notakaki: geng nasik goreng jenab! bila nak makan besar weh?!!!!
WL: enabcantiksangat
hearts
Sunday, January 22, 2012
Wednesday, January 18, 2012
joy 2011 - 4
4. Kerry dan Aid
Oh. Dua orang malaun dah jadi makhluk seliaan aku sekarang. Ceritanya bermula bila diorang mintak nombor telefon classmate aku si Anna dan roommate aku si Yasha. Tak sangka, si pembuli dibuli oleh yang dibuli. Tak kisahlah, pada aku, diorang ni pun syok jugak jadi member. Untung-untung notes aku tak payah salin, kopipes jek dari diorang.
Kerry atau nama sebenar Khairy Asharun ni tidaklah sejelik kali pertama aku bertegur sapa dulu. Masa dia tegur aku kata ceramah bosan. Bagi aku, anak kepada tokey Restoran Nelayan ni sebenarnya biasa je. Depan perempuan mestilah nak bajet hebat. Nak-nak pulak perempuan tu junior, freshies. Macam aku. Memang silap besar laa kan. Aku pun tak sangka si Kerry boleh terpikat dengan Anna. Yelah, Anna tu aku tengok biasa je. Nak kata cantik sangat, taklah jugak. Confirm aku lagi cun. Maybe sebab Anna tu lembut. Gemalai. Aiwaahhh. Kalau akupun mau!
Aid pun sama. Pelik. Macam mana si brutal mintak air kotak dekat junior boleh ada hati dekat roommate aku sendiri? Dan paling tak tahan, nama Aid tu memang tak sesuai langsung untuk orang berhati taman macam Aid tu. Aku tak pernah tanya Aid nama sebenar dia. Sekali tu aku tanya Kerry, Kerry sendiri jawab Aid tu gabungan nama dia dengan ayah dia. Akronim la lebih kurang.
Apa-apapun, aku seronok ada dua orang backup besar dalam kolej ni. Yelah, sekurang-kurang rindu aku kat abang-abang aku yang duduk merata Malaysia ni terubat bila kegilaan aku dilayan dua malaun ni. Cuma pelik. Sejak orientasi habis, aku tak pernah nampak Encik Noob lagi. Nak tanya dekat Kerry dengan Aid, aku malu. Confirm diorang pun kata aku kuntum setaman. Tapi serius aku nak tahu, Encik Noob tu sekolah mana dulu. Sebab muka dia macam pernah aku tengok. Mustahil pelanduk serupa. Dari gaya rambut sampai ke gaya heroic, aku dapat rasa, aku pernah kenal dengan Encik Noob ni dulu.
“Define word LOVE. You will find your true colour.”
Tuesday, January 17, 2012
kiraan bajet semester.
Assalamualaikum w.b.t
dah hampir sebulan sejak semester 5 bermula. lebih kurang 4 semester lagi sebelum ijazah digenggam. isu minggu pertama sem kali ni, mestilah "kau kerja tak cuti hari tu?" atau "kat rumah bertatih jadi suri rumah sepenuh masa" atau barangkali "habis saving aku satu sem, asal cuti je berjalan merata". macam-macam cerita. sampai 4 pagi pun bertahan mata. yelah. cuti asyik tidur je.
isnin pagi minggu kedua. masing-masing mula bertanya, bila elaun semester nak masuk. aku masih terpinga-pinga. pelik dengan gelagat manusia. tidak terfikir sama ada ada hutang perlu diselesaikan mereka. sedikit tegang rasa dijiwa. tatkala matahari tegak pada hari selasa, telefon aku berbunyi. dari nombor tak dikenali. dan aku semakin tegang. dan soalan "bila nak dapat elaun" mula menyesak di dada. sesak. sekarang aku betul-betul sesak. dan aku mula faham perasaan mereka. bila didesak dan diasak.
setiap kali semester sudah menjadi perkara wajib aku mengira bajet semester. supaya duit yang aku keluarkan tidak seperti sungai. mengalir tidak tahu mana arah tuju. paling penting, langsaikan hutang dan bil-bil semua. itu paling penting.
cukup untuk aku titipkan bahawa elaun tidak mencukupi pada dasarnya. entahlah. kadang-kadang bila lecturer kata, "elaun hangpa dok beli henpon ja. duit makan mak pak yg tanggung" aku jadi sedih. mungkin bagi sesetengah pelajar. tapi jelas bukan aku. dari isu beli buku, makan, barang mandi, pakaian dalam dll, semua aku guna elaun. hinggakan, aku juga menanggung sebahagian besar perbelanjaan sekolah adik-adikku. iya. memang keluarga aku tidak dalam kategori senang. dalam erti kata lain, hidup di kotaraya metropolitan begitu mencabar. duit gaji mak takkan mampu menyara kami semua. ayah hanya bergantung kepada gaji pencen yang hanya seciput untuk membayar segala bil. *menangis*
aku tidak berniat untuk menagih simpati. cukup hanya kalian berdoa supaya hidup aku mudah untuk dijalani dan diberkati Allah S.W.T.
nota kaki : pengalaman semalam mengajar aku untuk jadi baik hari ini. dan pengalaman hari ini buat aku lebih baik untuk hari esok!
WL: enabcantiksangat
Friday, January 6, 2012
.....
i
sk isk. lama aku tak menulis. assalamualaikum.
sepanjang cuti, aku tak online. satu kejayaan.
bila dah naik cuti, aku tak ada excited nak online. dua kejayaan.
bila aku mula online, aku rasa macam tak ada apa pun. tiga kejayaan.
aku malas nak taip lagi. okbai.
p.s : but i missed alot of stories! please hint me something!
sk isk. lama aku tak menulis. assalamualaikum.
sepanjang cuti, aku tak online. satu kejayaan.
bila dah naik cuti, aku tak ada excited nak online. dua kejayaan.
bila aku mula online, aku rasa macam tak ada apa pun. tiga kejayaan.
aku malas nak taip lagi. okbai.
p.s : but i missed alot of stories! please hint me something!
Subscribe to:
Posts (Atom)