hearts

Saturday, August 31, 2013

# deep. perkara dua. gila dunia.

ehem hem hem hem. sorry. sementara aku tunggu kain baju siap dibasuh mesin, aku sambung balik kisah dakdak deep yang aku cuba kongsikan. erherherher....



gambar di atas menceritakan keperluan seorang manusia berkomunikasi dengan yang lainnya. kita juga sebegitu. cumanya, tidaklah berpindah suatu pesen telefon mudah alih ke pesen-pesen yang lain dengan cepat atau kata tepat apabila tidak perlu. 


dari qwerty ke touchscreen. dari friendster ke keek. eh. begitulah kehidupan seharian kita. sampai semua hal manusia lain kita korek. bezanya cuma adakala terkorek dan adakala dikorek. menjaga hal mereka menjadi bidang kita. begitu juga mereka. menjaga hal kita. terima kasih ulung untuk semua.


kita pelik bagaimana mereka tahu rasa kita, sedangkan kita sendiri cuba merahsiakannya. ah. aku juga sama. blog ini umpamanya. sudah hilang kerahsiaannya.


kita sengaja mengeksploitasi diri sendiri. namun tiada siapa simpati. kerana kita sendiri sibuk beri simpati pada yang tidak sudi. begitulah


aku perlu kembali seperti dulu. simpati pada diri dan peduli pada yang sudi. 



semalam terlampau deep. sampai hari ni tak boleh panjang-panjang. cukop biar rasa deep aku mampu bawak korang pandang siling lagi sekali sambil buat refleksi. 


#dakdakdeep #hatiperasaan #cakapbelakang

No comments: