hearts

Tuesday, August 30, 2011

tak sama tahun ini.

assalamualaikum


tahun ni kan, syawal tak sama dengan tahun lepas. samalah ramadhan jugak. dulu, rasa liat je nak buat ibadah tambahan masa ramadhan. tapi tahun ni, bila terkenang arwah seorang sahabat yang dah pulang ke Rahmatullah, rasanya, kita sendiri boleh berubah. baru aku faham erti, "anggaplah ini Ramadhan terakhir kita". bila tiba penghujung Ramadhan, rasa sedih tak dapat menghadapi 10 malam terakhir, dan tak perlu jelaskan kenapa bila seorang wanita dewasa yang mengucapkan perkara macam tu. tapi ayah tetap berbicara positif, kita masih boleh berdoa. dan terus berzikir. aku berpegang kepada kata-kata ayah.

syawal pun sama. lain rasanya selepas 2 tahun berturut aku tidak pulang ke kampung. dan bermaksud mak tak dapat jumpa mak kandungnya sendiri selama 2 tahun berturut. berdosa pulak bagi aku sebab menghalang hubungan anak dan ibu dari bersua. kalaulah aku dipisahkan dengan mak aku, haishh~ susah beb.

tapak pertama sampai kampung, opah terus jadi macam Jaya Baachan dalam cerita kabhi kushi kabhi gham,menuju ke pintu rumahnya. dan menanti kitorang untuk bersalaman. adoi. sedih, sebak semua dalam satu bila nampak gugusan air mata tu menitis. tisu laa...

tapi yang aku paling jammed sekali, aku berhingus sepanjang kat sini. oh, sentap!


selamat hari raya pembaca setia! mohon maaf. rasanya kalau nak dihitung, aku banyak buat dosa bertulis kat sini. jadi maaf ye. :) sayang korang! muah muah muah <3<3<3


p.s : rancangan tivi time raya kureng la. #untunglah sape ada astro sekarang. HAHA
p.s lagi : fizz fairuz takde, kucing dia wakil pun kira okey lah! HAHA!


wl: enabcantiksangat

1 comment:

ahsfantasy24 said...

Salam ukhuwah,
Salam Aidilfitri,
Salam Kemerdekaan.

Di bulan mulia, Syawal ini saya mengambil
kesempatan menyusun jari memohon maaf
kiranya ada salah dan silap yang mengguris
hati.. Salam kemaafan;

- ahsfantasy24.com.