assalamulaikum.
well. hai kawan-kawan yang semanis kurma ini. hee:) sorry. mungkin anda dah jelek dengan jajaan cerita tentang ML since SEPAH crowned as Maharaja Lawak. maaf. saya supporter SEPAH. so, kalau tak berniat nak skrol lagi, ada [x] kat atas tu. klik je.
sebelum-sebelum ni, banyak je reality shows yang wujud dekat Malaysia. dari menyanyi ke lawak, dari street dance ke imam muda. dan macam-macam lagi. and believe it or not, memang selalu dapat perhatian dari pelbagai peringkat umur. dan every time sesuatu persembahan habis, mesti peminat or penonton akan jadi juri. but from home lah kan. sembang kencang gila dekat youtube. kalau yang terlampau lalai sangat, mesti keluar hadis segala. dan ada pulak yang macam takde agama nak tegak benang basah. tu pasal jadi meleret. buang yang keruh, ambik yang jernih. baru teguh, peribadi. pramlee dah pernah cakap dulu lagi. orang bagi nasihat, ambik. jgn pertikai. kita ada agama, kita ada bangsa...haaa semput... jep pun kata macam tu.
dari perspektif peribadi, aku tengok, reality show paling ekstrem sekali, rancangan kat atas ni. fenomena ML kat mana-mana je. yelah, dari skrip pelawak sampai jadi tulisan biru-biru dekat facebook. rimas jugak. tapi dah aku katakan tadi, rancangan ni memang dapat perhatian yang ekstrem dari rakyat malaysia. hebat bukan? bukan aku nak kata reality shows lain tak syok, tapi kurang kick. mungkin kesedaran peminat atau penonton itu sendiri. minat mereka. tak semua orang minat benda yang sama. masing-masing ada pengikutnya.
dan aku akui, aku minat rancangan ni pun sebab ada mereka kat atas ni. baik shuib, mamat atau jep. ketiganya memang aku puji. kerendahan diri semasa berbicara serius. tak mendabik, tak mendongak. ye. aku setuju. banyak komen kata, tanpa mamat, sepah boleh maju. or sepah ni bagus sebab ada jep je. dan mula mereka bandingkan dengan pelawak solo yang lain. sangat buang masa. sahih dah kekuatan sepah sebab mereka bertiga ada chemistry bersama. susah atau senang, harung sama-sama. masuk maharaja lawak bukan nak menang semata. kami bertanding dengan orang-orang yang senior daripada kami, dan bakat yang orang kata kita kena fight-fight lah (Jep, 2011). dan memang. sepah paling adik sekali masa final tu. dan tawaran untuk berlakon sebelum-sebelum ni susah nak dapat dekat diorang sebab bagi aku, kita still got another best kumpulan pelawak iaitu Senario. kira abang senior sepah la. itupun kutipan, kurang. Sepah bernasib baik sebab at least they got their own sitcoms macam bujang sepah lalalitamplom, gelak khas. dan siapa kata mamat tak lawak, mesti tak follow sitcom datin opps datuk. itu yang rugi bila langgan astro warna untuk ML sahaja. HAHA. kekuatan persahabatan, sifat merendah diri, tahu dari mana asal diri sendiri, berjaya menjulang sepah menjadi Maharaja Lawak pertama. tujuannya, nak tunjuk dekat rakyat Malaysia, mereka punya bakat dan perlu lebih pendedahan. tahniah syuib. rezeki untuk tahun ini. mamat, cepat-cepat langsung. jep, kita tunggu awak je.. ;)
|
syuib bijak, jep cemerlang dan mamat terbaik dari ladang. |
kehebatan rancangan ni jugak buat aku dan kawan-kawan aku yang lain gigih nak tengok final dekat restoran terpilih. memang superb! bersiar-siar aku dekat area Perda beberapa jam before ML bermula. mula di restoran Nasmir Nasi Kandar. aku terfikir, mamak ada tayang ML ke? dan aku pergi tanya dekat macha. hampa. aku dan mereka terus mencari sehingga Jusco SPC, juga tiada. yang ada bf-bf dah mula bertanya pasangan mereka, rancangan tu ada di mana. oh. di area WanZai. tapi dimana, itu yang tak pasti. mula dah order dekat kedai char kuey teow, tetap hampa sebab takde ditayang jugak. aku masih gigih. sebab aku mula topup, risau. sampai di kedai boy nasi lemak utara, aku hampa lagi. kali ni walaupun ada tayangan perdana, tapi takde tempat sampai bergaduh kitorang dengan senior. haishhh.. ekstrem gila. pasal kerusi pun boleh cerita. isk isk.. dah ada tempat, jauh dan tak dengar pulak. apelahhh aiii...
dan nasib menyebelahi kitorang sebab kakak hasz sudi memberi ruangan rumah kondonya utk dijadikan super mini stadium melawati sebab penonton memang over gila ramai depan tv. yelah, kitorang je dah 6 orang. campur family kak ta 3, ipar kak ta pun ada sebanyak 6 orang jugak. boleh bayangkan? demi ML.
bagi aku fenomena ML dah habis. tunggu jela lepas ni sepah macam mana. hopefully, adalah lagi rezeki diorang. jozan aku tak risau mana. sentiasa ada job menanti. tu pasal populariti mereka melebihi bekas-bekas juara yang lain. hebatkan? muka market bro. :)
apapun, aku tak pernah berhenti menyokong sepah seperti mana aku enjoy dengan geng senario. all the best syuib, mamat, jep.
WL: enabcantiksangat