hearts

Saturday, January 29, 2011

it is weird, i still love each them.

assalamualaikum.

hye guys. so hope you guys have a really really good day today. i have diarrhea and almost 10 times i spent at the parlour. btw, i miss my all my sweet dear friends.

well, today, there have some battle of the band and my band was participating too. tell you what, they are really good but they losing it in another way. some of the speaker tells that the judges want some hard rock criteria, not like them.  but anyway, they really good playing notes and bla-bla. i know because i was with them though it just not a long period time.

we have some misunderstood before and i decided to left the band before last semester's end. i know, being with them even for a month hurts me so bad. but the weird thing is, i love being hurt if only they hurt me. what the fh i really think now actually? well guys, actually i want to say that i love to be part of the band because it is my dream before. jamming together, singing together. cat fighting together. HAHA!
sound check together. imy chalks!

to THE CHALKS, it is nice to be with you guys. i still remember those days when we discussed our band's name. heart each of you, so bad.

WL: enabcantiksangat

semalam kann..

assalamualaikum.

aku naik burung besi cap airasia tu. gila! aku duduk kt seat sebelah exit kot! jenuh aku baca safety card tu banyak kali. terukkan? aku memang obses dengan keselamatan nih. bahaya weh! kena jadik hero ni.

dah dah. aku bukan nak gebang cerita naik burung besi. cerita sebenar, aku semalam duduk dengan sorang mamat british ni. hensem. hensem 23x dari dave days yang aku sukasuka tu. aku pun 23x gedik nak mampos cover cun. aku pun cuba lah nak sembang. sempat cakap yes je. tiba-tiba ada mamat black dok sembang dengan si abg british aku tu. terbantut je niat nak ngorat. haishh!!

pastu pastu, si abg british tu pon bagi number dia kat si mamat black tu. aku dengar, ceyy,, keluarkan henpon aku pulak. bajet si abg british nak bagilah. berangan ah kau jenab! oke oke. dia tak bagi. kesian kat aku, kan? takpe takpe. kau tak nak kan orang asian yang cute kecik comel, ah bagai lah, kan? hahaha! *frust tiberrr*

dah aku layan frust frust kat mamat british tu, aku pun tengok kat luar jendela. *wah jendela!* termenung mengenang nasib. hehe. gabah jap kan... tiba-tiba! aku nampak seorang jejaka melayu pakai uniform polis. terus aku jatuh cinta. hahaha!!

p.s : aku amat obses dengan jejaka melayu beruniform.

WL: enabcantiksangat

Friday, January 28, 2011

dah jam sepagi?

assalamualaikum.

masih tidak mengantuk.
sebab hati seronok nak balik.
hey hey si burung besi!
aku tiba jugak nanti!

selamat bercuti yg dah mula bercuti.
esok aku balik jugak. 
lama dah kajang tak bau aku.
kesian beliau.

rindunya mak ayah dan semua!
tak kisahlah.
makanan yang aku nak rasa ialah tempe goreng saje!
pastu tempe kicap dengan suun tu.
pergh!
heaven kan duduk rumah?

biar lah orang kata aku ni tak reti bersosial.
duduk rumah macam ada anak yg nak dibela.
semua ni adalah hikmahnya.
dah aku kan belajar jauh, family pun jarang berjumpa.

rindu rindu!

WL: enabcantiksangat

Thursday, January 27, 2011

kegemaran waktu lapang.


apa yang saya lakukan pada waktu lapang?

-saya suka buat-buat busy-

kerenah parasit.

assalamualaikum.

aku terganggu seketika dua tiga hari ni.
bengang, benci dengan semua mereka.
ya. aku memang sedang beremosi.
kelakuan mereka buat aku tak suka.
yang hanya menumpang bak parasit pemusnah jiwa.
siapa yang bekerja?
siapa yang dapat nama?
aku takkan benarkan. sungguh berjuta kuasa aku berdepan.
ini bukan perkara sia-sia.
ini perkara yang mampu bikin ramai kecewa.
dan aku harus berdiri di depan menentang medan kuasa.
kerana ini bukti aku sayang mereka.
dan aku tak mahu mereka kecewa.


to all students. don't be like parasites. do your job excellently and make your parents smile because of your own efforts. XOXO you.

WL: enabcantiksangat

Wednesday, January 26, 2011

jadual makan outdoor lesson.

assalamualaikum.

as i think before that my part as AJK MAKANAN for my outdoor class could be the best ever part i ever had. but now i should say, naaaa.. it never be better. nevvvv er!

you have to make sure all are healthy food and no can food allowed. my lecturer told that i have to never let them cooking something that might have high cholesterol. so how?

i also have to write some cooking standard operation procedure and manual for lecturers references in future. like a chef i guess.

p.s: no picture allowed for temporary. mine and wireless, never be best friend. sorry.

WL: enabcantiksangat

mak, ayah. acik nak bersama para syuhada, boleh?

assalamualaikum.

tadi ada ceramah Gaza keII kat dewan besar.
jemputan terdiri daripada cikgu Azmi, S/U MAPIM dan saudara Wahab, warga palestin.
gambar, video. cukup untuk buat aku tekad.
aku nak jadi mujahidah.
nak bersama dengan para syuhada.

malaysia dah merdeka 54 tahun.
palestin dah 63 tahun terpenjara kat tanah sendiri.
kesian, kan?

kadang-kadang malu dengan diri sendiri.
kecik-kecik lahir malaysia dah ada macam-macam.
teknologi, pendidikan, ekonomi.
seiring je semua.
kat sana susah. hidup dalam pelarian.
tapi best. lahir-lahir je dah tahu apa tujuan hidup diorang.
hidup untuk perjuangkan agama dan bangsa.

adeks aku pun tak tahu lagi tujuan hidup diorang.
cita-cita bila di tanya, still confuse, blur and ask for my opinion.
adeks, life uolss kan? takkan acik yang kena tentukan.
acik cuma boleh dorong je. kan?

malu jugak dengan diri sendiri.
kawan aku meninggal, menangis dan blame Tuhan.
kenapa tak cabut nyawa mat-mat rempit dan bukan kawan aku.
mesti ada sebab kan? 
tapi kat sana, mak ayah diorang menangis bila anak diorang syahid.
sebab nanti dah takde anak lain yg dapat jadi syuhada.
dan bila yang x dapat syahid pun sedih.
sebab macam takde apa yang dapat diorang sumbangkan.

aku pun selalu sangat selfish..
dalam solat jaranglah nak doakan palestin dibebaskan dari seksaan rejim Israel.
Islam ke tak ni?
yelah, tunggang tonggek sembahyang. doa untuk diri sendiri dengan mak ayah je.
Palestinians? jarang. 
huh. terukkan aku?

mak, ayah. 
kalau ada kesempatan, acik nak follow jadi sukarelawan pergi Gaza.
bolehlah ek?
nak sangat pergi sana. 
tak balik Malaysia pun tak ape.
nak berjuang terus-terus untuk agama kita.
DEMI ISLAM.
LILLAHI TAALA.


WL: enabcantiksangat

Tuesday, January 25, 2011

i have bruises on my face.

assalamualaikum.

it's a small thing when you have some injuries during your school day. i mean, your daily sport life. i have a lot of bruises since i was called sports science student.

my first bruises started when my i was in foundation. the pain really take a few weeks to heal, however, i have to face the same rough activities day by day. the latest, on my face. i was bumped by my friend's knee when i played netball. yeah. on her knee. strike to my right eyes. and last week on the same day, my lips was bleeding when i played soccer.

i have a lot of sprains and makcik urut number as well. in my daily sports life, makcik urut is the first person i will called when i was injured during any games or exams. makciks like makcik rokiah and kak yan is one of them. but the most makcik i will prefer is makcik gintell (rest 'n' go) at any superstores. yeah. 5 ringgit would be nice. and the services were really really efficient.

my daily sport life was better than any athlete life like my friend haris and my cousin hanif, both are rugby player. they might have a lot of injuries (inner part would be worst), sprains and bruises, but they enjoy it.

well, my bruises wasn't like rihanna's before. so, i am still fortunate person and it really give me spirits to play more and learn more (gosh, like milo's ads). plus, i am really grateful because i have more chances to be healthier and happier in person.

i love SPORTS.


WL: enabcantiksangat

eleh.. tau kau sentap kan?

assalamualaikum.


aku suka pergi kelas hari ni.
walau bosan kerana kelas gabung lagi.
benci benci tapi suka hati.
kau panas bontot dengar pasal buli.

kau tau tak kau buli aku dari psikologi.
hinaan cercaan elakkan memuji.
aku tak kisah sebab apa kau tak puas hati.
yang penting aku suka pasal topik hari ni.

panas bontot kau bila kuliah tak berenti lagi.
lecturer kau usha macam tak puas hati.
eleh, apa barang bro kau sok sek mengumpat mcm donat ni.
aku kat belakang la, baik kau hati-hati.

emosi terganggu tudung aku hilang.
kau pulak nak cari pasal tambah berang.
alah der, aku malaslah nak join korang.
lain kali jelah kita main serang-serang.

dah dah la tu der kau tak senang hati.
aku pon dah benci kat kau gila babi.
kau sentap pun bukan aku yang bagi.
memang betullah topik tu sebab kau pembuli.

p.s: best kan bila boleh kutuk kau. tanpa kau tahu. tanpa kau sedar. tanpa kau sudi nak dengar. yang penting hari ni aku berjaya buat kau panas bontot nak maki maki. peace wehhh!

WL: enabcantiksangat

#101 entri.

assalamualaikum.

alhamdulillah.. tak sangka. dah 101 pucuk nota picisan aku tulis. aku ada merangkak beberapa belog lain. dan feedback yang aku terima memang best. para penganalisis yang dah bagi komentar membina, terima kasih. dan sesiapa yang tersinggah, terima kasih. oh. banyak betul nak ucap terima kasih.

aku senyap.

tengok rumet, tidur lena entah sampai mana. aku pulak celik tak reti pejam mata. frust lagi kot pasal tudung hilang. kebarangkalian, 45% je. agak tinggi. tudung kesayangan memang pujaan. senang dibentuk, tidak meragam masa sulit. itu sebab aku sayang sangat tudung tu. rumet aku pun pernah pinjam. best katanya. so mungkin frust aku tak habis lagi.

nyok sek nyok sek.

lagu kat radio, tapi keluar bunyi pelik. seram jugak. dah pukul berapa pulak kan... haruslah macam-macam. entahlah. perasaan aku ni memang suka yang misteri.

takpelah. biar gosok baju.

esok ada larian pagi. macam 1000 kali malas. so, kemungkinan aku buat LSD dan star jump itu sangat besar. yang penting badan cukup warm up untuk bola jaring.

selamat malam awak dan awak. ye, awak jugak. selamat malam semua!

WL: enabcantiksangat

Monday, January 24, 2011

pencopet tu manusia yang paling takde adab!

assalamualaikum.


ye. semalam baru je nak feeling feeling sedih kena marah.
hari ni dah emo balik. 
siot betol.

betapa hancur lebur bertabur hati aku nih.
okey okey. chill je nab. chill.

HOI! aku cakap terus terang lah.
aku ni tak up2date.
aku secara teknikal memang tak reti pakai shawl watsoever tuuuu!!!
so jangan lah curik tudung bawal aku tu.
serius lah bingai!
mane aku nak kaut tudung aku bawal lagi!!!
kau ni memang takde tamadun betol!
tengok tudung saya tu.
sila abai badan yg gemuk dan makanan yg sedap delicious tu.

tudung di atas merupakan tudung feveret aku.
memang kau cari nahas la pencopet!

dasar otak sempit!

YBS: enabcantiksangat

Sunday, January 23, 2011

sob sob sob...

assalamualaikum....

saya kena marah dengan lecturer.
sedihnya. bukan salah saya. 
i'v done my part. so it wasn't my fault at all.
i am really really sad. 
too much hurt. i am just doing what my pengerusi told me to do.
jgn lah emo sangat. 

sedih.


WL: enabcantiksangat

busy day.

assalamualaikum.

since i said that i am kat stradford, so i have fill my day with plenty of homework, plus i wish that i am geek before =.='

just as reminder, i have one paperwork to work on, 2 tables for my outdoor subject (menus and cooking table), 4 pages grammar for ELS (to be hand on this monday), firefighter practical report, one essay based on diagram that given for EDU, and one group work for INTEL classes.

as i have to finish this, till then, bye guys!




WL: enabcantiksangat

in pairs.

assalamualaikum.

yesterday i went to batu kawan with fendy and yaya for instructing some communities there. well, all makciks already know the steps and i saw some tak-puas-hati look but i don't even mind. though we are the only person who sweats like a pig, and we also late, at least we did our part well and didn't make some trouble. we respect you as the eldest but at least,by understanding our position should be nice. we're not from nibong tebal or batu kawan as well as you. we are from bukit mertajam. and it takes 30-45 minutes to reach your place. you want us to to reach there before 7.15am. and it wasn't fair actually. i'd instructed so many place. and this is my first time i have to instruct before 8am. i've heard when you said you want to go to batu kawan stadium tomorrow for having another enjoyable aerobic. listen and read me, idfc! you want to go, go ahead. if you don't want to join my class next time, you pleased. but please lah makciks, if i am respecting you, why don't you respect me and my team as well? stop those crappy talk makciks! you will and you dare regrets!


on the other hands, i spent my noon by finishing my moral project video. well, i am amateur guys. i don't even care if you to laugh and make this as your cerita kedai kopi. what i know is i still need a lot of experiences and masters for guiding me to make perfect and superb vids. so, you are the lucky one to see heard about this first. and i really need helps for you guys. i really really hope that you can donate some old clothes and a little pennies to help the unlucky one. 50cents really means to their life. please.


thank you.

WL: enabcantiksangat

Saturday, January 22, 2011

setaraf akhirnya...

TAKWIM PENGAJIAN 2011
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
PROGRAM PRA PERKHIDMATAN SEPENUH MASA

SEMESTER 1

AKTIVITI
TARIKH
TEMPOH(MINGGU)
CATATAN
PENDAFTARAN/INTERAKSI
2/3 JAN – 27/28 JAN
4

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER
28/29 JAN – 5/6 FEB
1
CNY
3-4/2/2011
PENDAFTARAN/INTERAKSI/ PRAKTIKUM/UIJIAN AMALI
6/7 FEB – 10/11 MAC
5

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER
11/12 MAC – 19/20 MAC
1

INTERAKSI/ PRAKTIKUM
20/21 MAC – 5/6 MEI
7

MINGGU ULANGKAJI
8/9 MEI – 12/13 MEI
1

PEPERIKSAAN AKHIR
16- 18 MEI
2
HARI GURU 16 MEI
CUTI SEMESTER
27/28 MEI -18/19 JUN
3


SEMESTER 2

AKTIVITI
TARIKH
TEMPOH(MINGGU)
CATATAN
PENDAFTARAN/INTERAKSI
19/20 JUN – 25/26 OGOS
10

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER
26/27 OGOS– 3/4SEPT
1
HARI RAYA AIDILFITRI 30/31 OGOS
PENDAFTARAN/INTERAKSI/ PRAKTIKUM/UIJIAN AMALI
4/5 SEPT – 20/21 OKT
7

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER
21/22OKT– 29/30 OKT
1
DEEPAVALI 26 OKT
MINGGU ULANGKAJI
30/31 OKT – 3/4 NOV
1

PEPERIKSAAN AKHIR
8NOV– 17 NOV
2
HARI RAYA QURBAN
6/11
CUTI SEMESTER
18/19 NOV – 3 JAN 2012
6


NOTA :

1.       Minggu ulangkaji – tiada interaksi formal. Walau bagaimanapun pelajar digalakkan berada di kampus.
2.       Selepas tamat peperiksaan, pelajar tidak perlu berada di kampus kecuali jika ada aktiviti atau program rasmi yang dirancang.
Cuti ganti dan cuti peristiwa tidak lagi diperuntukkan kepada ipg kampus seluruh malaysia

makan malam.

assalamualaikum.

tepat jam 0006.
aku makan kuey teow tanpa rasa bersalah.
petanda apa ni?



WL: enabcantiksangat

Thursday, January 20, 2011

bicara literasi.

assalamualaikum.

tranformasi memecah tradisi. itu yang aku fikirkan. bukan orang melayu yang membinasakan kaumnya. siapa yang rosakkan siapa. tak siapa yang berani mengakui. meletup desingan padu derasnya suara memberitahu MEREKA! siapa mereka? kau tahu siapa? siapa pemusnah bangsa?

aku memandang cermin. pelik. suara-suara itu datang dari dunia sana. yang menuding sentiasa. tiada pantulan refleksi berlaku. aku kah sebenarnya bersalah? dunia sinikah bersalah? terkerut dahi seketika. kening diangkat tanda bantahan yang aku perlu.

masih berdiri di cermin. selangkah kuambil mendekati mereka. tidak. tidak mungkin aku mengkhianati tradisiku sendiri. tradisi perlu untuk transformasi. bukan hilang luput tertanam begitu saja. aku yang harus bangkit. bukan melayukan diri rebah tak bernyawa. aku MELAYU. tidak terlayu. bukan seperti mereka yang lemah dibarisi harta pangkat dan wanita. jika itu MELAYU, pengkhianatan berlaku. itu tak akan berlaku. kerana aku sayangkan bangsaku. agamaku terutamanya.

ya, kau mahu kami mentransformasikan diri kami. bangsa kami. kepercayaan kami. tapi kau perlu bertoleransi di sini. kata kau mahukan diplomasi. bagaimana jika kau juga lupakan kepercayaan kau. atau kau lupakan semua ajaran yang kau patuhi selama ini. jika kau mampu, saat ini juga aku tranformasikan diri aku. menjadi lebih terpelajar dan bukan patuh menurut menunduk kata ya. seperti kau.

jangan terus menuding jari. kerana semuanya akan kembali seperti dahulu juga. dan aku menunggu waktu itu. biar bertahun hingga bulan dan bintang gugur rebah menyembah bumi. aku mahu begini. melihat tiada lagi transformasi yang memecah tradisi. yang tinggal biarlah tranformasi yang diiringi tradisi.

terima kasih.

WL: enabcantiksangat

apa warnamu?

bulan penuh bulan purnama
tampak indah ditemani bintang
dengarlah pantun dikarang dinda
supaya kanda tersenyum riang.

rantai berlian beli di kota
laut merah terkenal merata
bulan dan bintang saksi kita
kasih yang utuh tiada bandingnya.

kuih melaka intinya gula
hijaunya warna manis rasanya
sayang dinda pada kanda
sepenuh air di tujuh benua.

tunggu tunggu si pak deman
tertunggu dengan mak si putih
wahai kanda dinda berpesan
teruslah usaha dengan gigih.

warna pelangi kesemua tujuh
pilihlah satu yang mengusik sukma
dinda menyusun jari sepuluh
kupinta maaf sebarang dosa.

p.s: pantun purbakala. seni kita.

WL: enabcantiksangat

dah lama tau encik oreo.

assalamualaikum.

jangan pertikaikan.

bila aku cakap aku lama suka kau.
kau tak salah. sama macam aku.
inikan soal hati perasaan.
buat apa nak jadi masalah?


jangan perlekehkan.

perasaan aku memang tulus.
susah nak tengok aku beriya-iya.
melainkan ada minat dan cita-cita.
pasal kau sorang je buat aku gila.


jangan cabar.

aku ni manusia normal.
yg aku nak cuma bahagia.
bukan petaka menimpa-nimpa.
pahamlah cepat jejaka!


jangan tak tahu.

masa first time keluar berdua aku dah dapat rasa.
kau ni jenis jahat nakal yg tak kemana.
sebab tu aku berani gila.
letak harapan tinggi untuk kita dua.


jangan kutuk.

sebab aku tahu aku kuat perasan.
keluar sekali 1000 andaian.
dah itu instinct aku perempuan.
lainlah kalau aku ni jantan.


jangan lupakan.

waktu masa tu.
sexy nya kau dgn tshirt hitam tu.
rambut basah yang buat aku gila.
lindunglah aku selagi kau terdaya.


jangan tinggal aku.

sebab aku tak pernah cemburu buta.
tak pernah heran bila kau ramai yg puja.
aku tahu kau memang virus gila.
sebab aku salah satu pesakit mentalnya.


WL: enabcantiksangat

Wednesday, January 19, 2011

lupa.

seronok tengok pengantin baru,
siangnya sugul malam ditunggu,
hey uolls ni bukan pantun blue,
biasalah nak cuba benda baru.

pergi library nak usha orang,
tertengok benda yang pelik-pelik,
biasalah geng trend sekarang,
mana ada yang fikir baik.

sorong papan tarik papan,
buah lain dalam seluar,
yang maju semua fikir kedepan,
baru setanding negara luar.

tanya pakcik di kedai kopi,
tentang hubungan suami isteri,
pantun ni sebenarnya seni,
tanda melayu berbahsa bahsi.

WL: enabcantiksangat

konon pandai

buah duku buah durian
makanlah buah-buahan tempatan
semua haters terasuk tertekan
hidup aku bahagia tidak meroyan.

bagai itik pulang petang
macam tu jugak aku berjalan
hey kau haters kenapa nak berang
aku bz la, malas nak layan.

potong kayu guna kapak
kapak diukir oleh pak sudin
dah kau haters macam budak-budak
game kau tak sudi aku main.

p.s I: sorrylah haters. aku memang suka bajet suci murni bersih. oh. tapi aku takdelah maksum macam yg kau hebahkan.

p.s II: gila kau haters. pecah rekod aku tulis pantun untuk kau semua. harus kau semua berbangga dan riak. kan? aku sayang kau semua. amat!

WL: enabcantiksangat

Tuesday, January 18, 2011

itu aku.

seorang remaja dewasa dijangkiti wabak pantun tak sadar diri.
berikut adalah ciri-ciri dikenalpasti:

semua percakapan,tulisan mahupun contengan hanya merapu.
setiap perkataan hanya membesarkan diri.
hanya memberi respon kepada pantun dan bukan percakapan normal.
tidur dan jaga hanya terfikir untuk berpantun.
mengucapkan hai dan happy birthday dengan berpantun.

jika anda terserempak dengan beliau, pastikan anda juga berpantun.

hanya itulah ubatnya.

WL: enabcantiksangat

Monday, January 17, 2011

gugup ke gagap?

angin menderu ombak berlabuh
tangis sedu tanda rindu
hoi hoi jejaka yg idaman kalbu
bila nak jumpa mak ayahku?

ku sangka panas hingga ke petang
turunnya hujan petaka datang
aku berpantun amatlah girang
jejaka misteri tersenyum riang.

apa khabarmu disana
nyanyian lagu si melah ram
hei hei encik oreo yg aku gila
ni pantun di pagi yg kelam.

takde idea nak pantun lagi
sebab ni pantun yg perasan nak berlaki
hello dengar sini aku meroyan lagi
aku nak ucap selamat pagi!

p.s: kaki meroyan di pagi hari!

WL: enabcantiksangat

Sunday, January 16, 2011

jatuh cinta seratus kali.

hey awak berbaju kelabu!
nampak sexy berbaju itu.
seluar pendek wow! menggoda kalbu.
hati saya luluh takde kat situ.

awak awak dengarlah sini.
saya gigih berpantun untuk awak ni.
bukan apa ni kan hobi.
bila jatuh cinta seratus kali.

hebatnya awak saya suka.
bukan pujian semata-mata.
hey jarang tau ada lelaki yang saya gila.
kira awak ni bertuahlah ada saya.

sudah sudahlah tu mainnya.
balik mandi maghrib dah tiba.
saya nak masak tambah ilmunya.
nak jadik bini yang takde kurangnya.

:) untuk awak lagi lah encik oreo. saya jatuh cinta seratus kali lagi hari ni.

WL: enabcantiksangat

Saturday, January 15, 2011

1Malaysia tu seMalaya la kan?

assalamualaikum.

kerenah politikus memenatkan jiwa aku yang tenat. aku hairan. kenapa harus agama dipolitikkan sedang politik itu sendiri harus berasaskan agama? ada hidup yang masih perlukan tindakan segera, bukan hanya menunggu bulan turun ke riba. tak sedar? masih?

ya, kau kan hebat. politikus mcm kau mana setanding aku yg hanya kuli menjilat-jilat. bodoh. bukan kau, tapi aku. sebab pilih kau untuk wakili kuli menjilat seperti aku.

hoi politikus, kau hebat kan? pergilah sign projek juta-juta konon bawak untung tu. or wakilkan je bini kau tu biar terus belanja duit kuli menjilat mcm aku ni. apelah sangat kan kalau nak dibandingkan untuk untung yang kau janjikan tu.

aku? takpe takpe. biar jelah aku tolong kempen untuk kau. kau kan ade projek juta-juta saham dunia tu. biar la aku tolong kau bereskan saham akhirat tu pulak. aku kan kuli yang hebat menjilat.

tapi JANJI TAU tiap kali puasa kau bawak masa depan ni shopping raya. tak salahkan kalau sikit dari untung kau aku buat belanja untuk main saham akhirat kau. senang kau weh. tak payah risau-risau.

wei kuli-kuli se-Malaya, teruskan kerja mengipas 24/7 kau tuh. jangan kira monteng je. kau ingat politikus hebat mcm beliau tak tau ke? sebab tu gaji kau tak barakat la ngai! tak reti mengipas politikus. makhluk kuli mcm kau ni tak patut wujud pon. harapkan padi Malaya, padi siam aku pilih.

encik politikus, aku nak kirim barang tiap kali kau pergi keluar masuk Malaya. biasalah. aku nak jgk kongsi-kongsi dengan masa depan. aku tak naklah brand-brand barat. kau baru balik dari kedai kedai pak arab kan? bawak balik tok sheikh la. biar masa depan ni jadi berguna banyak. baru boleh terus-terus vote politikus dan 40 orang konconya. kan? ,ye, tak payah lah kau puji aku melebih. dah memang tugas aku berkhidmat untuk politikus mcm kau supaya kekal disayangi. tak gitu?


WL: enabcantiksangat

artis ke?

assalamualaikum. 


pagi-pagi sabtu aku mulakan aktiviti senamtari kat sekolah sukan mutiara impian.
dapatlah duit saku sikit. alhamdulillah.
:)

sekarang aku teruskan dengan road tour sekitar kedah. 
cari rumah anak yatim.
maklumlah. artis ni, kena charity-charity sikit. 
baru popular.
yelah, nak anugerah-anugerah ni, kena dapat vote.
tak gitu ye?
:)

okelah. kereta henjut-henjut.
susah nak menaip lelaju.
sorry lama tak menyinggah belog-belog selebriti mcm uolllss ni.
bz la skrg. jadual padat.
:)

bye!

WL: enabcantiksangat

Tuesday, January 11, 2011

kisah aku bukan kisah siapa.

assalamualaikum

nenonenoneno~ pon pon!!! nenonenoneno~ berdesup driver tu bawak trak merah tu. bengang je aku. nak aje ku maki-maki dirinya. bas kitorang pon slow-sow masuk lane balik. tergamak! itu je yang aku dapat rasa. orang lain beratur, boleh je diorang nak guna siren hikmat tu biar lolos. kuaja.

perasaan aku je tu. pelik kan? kadang-kadang, asal jalan jammed, mesti ade bunyik siren. mcm time tak sesak, senyap je. lalu dengan senang hati. tertekan jgk. ikut hati, nak je follow siren hikmat bergerak tu lolos sekali, tapi mcm berpada la. ramai lagi yg ada perkara urgent nak setel. bukan kita je.

tak semua la siren hikmat tu ambik kesempatan. adelah jgk yg betul-betul emergency.TAK SEMUA

esok, aku akan didedahkan dengan muslihat tu semua. nak tgk mcm mana diorang ni beroperasi. hebat kan? boleh sampai destinasi paling lambat 15 minit je. itu based on pengalaman aku la. tak tau korang punya berapa lama. tapi, aku cuba siasat esok. aku janji.

kajian lapangan di balai bomba. apa yg lebih fun?


JANJI TAU!! tadi masa kelas, havoc gila bila lecturer hubungan etnik aku cerita sekuel makcik JANJI TAU!! gelak sakan. jadi bahan ketawa bila dah sampai asrama.

googleable.
hari ni ada lantikan AJK blok aku. sumpah. yg nak menaikkan nama aku, pergh! tak tahan je. nak pekena mmg terbaik budak-budak ni. tapi tapi tapi, aku bagi alasan paling bernas sekali bila diorang nak main petik memetik. yelah, dah besar, alasan memang nak best je. oke oke. alasan yang aku bagi mudah je. "aku kelas dari pagi sampai petang. gap hanya waktu zohor. bukan mcm korang sume." sekali das je aku bagi. dah la aku pakai tudung ala-ala kain seperah tu je. hamik! memang terpana semua melihat aku. eh, melihat tudung aku! hahaha!


dah dah. aku nak tido. sok bz oke. nak chow dulu. take care!

tarikh ni jarang berlaku.

assalamualaikum.

hari ni 11.1.11. so, mesti yg kate tarikh best buat aktiviti perkahwinan. kannn??? takyah tipu. aku tau. mesti korang yg belum merancang dah berangan! hee:)

perasan atau perasaan x?? tahun ni ade 4 tarikh yg best.

1.1.11 <-- merisik
11.1.11<-- bertunang
1.11.11<-- akad nikah
11.11.11<-- resepsi


mcm braille pon ade. takpon nota muzika gamelan. hahaha! kan kan kan??? one of my friend call dedek kate, tahun ni kalau aktiviti perkahwinan memang lengkap. tgk sendiri la kannn?? haha!!

oke lah. take care!

p.s: hari ni birthday kawan saya si nick jonas. hebat kan?

WL: enabcantiksangat

Monday, January 10, 2011

tugasan mengikut minggu GIRLS GUIDE! :)


Bil
Tarikh/
Minggu
Tajuk/Aktiviti
Tindakan
Tempat

1
M 1
04/05
Jan 2009
Pengurusan dan pentadbiran unit beruniform



2

M 2
11/12
Jan 2009
Sejarah Unit Beruniform
·         Riwayat hidup pengasas
·         Sejarah & perkembangan kepanduan: WAGGGS, PPPM, Negeri/BPG, Daerah & Sekolah





3

M 3
18/19
 Jan 2009
Struktur dan organisasi pertubuhan
·         Struktur & organisasi peringkat antarabangsa: (WAGGGS)
·         Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan (PPPM) / negeri / BPG, daerah / IPG
·         Struktur dan organisasi peringkat sekolah dan kumpulan
·         Fungsi majlis tertinggi





4

M 4
25/26
Jan 2009
Perlembagaan pertubuhan
·         Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Kepanduan (Am)
·         Tujuan, Visi & Misi
·         Prinsip-prinsip asas kepanduan
·         Program kepanduan
·         Waran, Kepemimpinan, Kejurulatihan
·         Lambang, cogan kata, lagu dan bendera kepanduan
·          



5

M 5
01/02
Feb 2009
Pengurusan dan pentadbiran
·         Pendaftaran ahli dan kumpulan kepanduan
·         Pakaian seragam ahli dan pemimpin
·         Perlantikan ahli jawatankuasa dan spesifikasi tugas
·         Pengurusan dokumentasi (folio/buku log/laporan aktiviti)
·         Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan (COH)
·         Tanggungjawab pemimpin
·         Takwim dan Perancangan aktiviti
·         Anugerah (lencana) dan Penilaian




6

M 6
08/09
Feb 2009
Disiplin dan kerohanian
·         Persetiaan dan undang-undang kepanduan
·         Syarat hormat, berjabat tangan
·         Khidmat
·         Isyarat wisel dan tangan
·         Lagu-lagu patriotik dan kepanduan (lagu dunia dan taps)
·         Keagamaan, kewangan, perhubungan dan kumpulan sokongan



7

M 7
15/16
Feb 2009
Asas pertolongan cemas
·         Prinsip asas dan tujuan PC
·         Anduh dan balutan
·         Rawatan bagi kes-kes seperti luka, patah tulang, melecur dan pitam




8

M 8
22/23
Feb 2009

Asas pertolongan cemas
·         Rawatan bagi kes-kes seperti sengatan, terseliuh, muntah-muntah dan sawan
·         Pemulihan pernafasan



9

M 9
01/02
Mac 2009
Asas kawat kaki
·         Kawat kaki
·         Bahasa Hukuman



10

M 10
08/09
Mac 2009

Asas kawat kaki
·         Pergerakan dan Formasi kawat
·         Arahan dalam kawat kaki kepanduan




11
M 11
15/16
Mac 2009

 

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER




12

M 12
22/23
 Mac 2009

Istiadat
·         Tujuan, faedah, prinsip, tempat & masa, jenis dan cara pengendalian
·         Istiadat kepanduan: pembentukan ladam kuda



13

M 13
29/30
Mac 2009

Istiadat
·         Istiadat perlantikan
·         Istiadat menaikkan bendera dan pasukan panji-panji



14

M 14
05/06
April 2009

Istiadat
·         Bendera- semasa perjumpaan pasukan, semasa perkhemahan dan cara menghormati bendera




15

M 15
12/13
April 2009

Orientasi kurikulum UB di sekolah rendah
·         Pengurusan dan Pengendalian Pasukan Pandu Puteri Tunas
·         Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Pandu Puteri Tunas



16

M 16
19/20
 April 2009

Orientasi kurikulum UB di sekolah rendah

·         Upacara & Istiadat Pandu Puteri Tunas (tetap dan rekaan)
·         Program Pandu Puteri Tunas, Merancang program, Aktiviti khas cth: cuti pek



17

M 17
26/27
April 2009
Orientasi kurikulum UB di sekolah rendah
·         Skim lencana kecekapan
·         Refleksi mikro kokurikulum



18

M 18
03/04
Mei 2009

Orientasi kurikulum UB di sekolah rendah
·         Refleksi mikro kokurikulum
·         Pesanan, galakan dan motivasi
·         Cintakan pertubuhan sukarela
·         Refleksi