hearts

Thursday, January 20, 2011

bicara literasi.

assalamualaikum.

tranformasi memecah tradisi. itu yang aku fikirkan. bukan orang melayu yang membinasakan kaumnya. siapa yang rosakkan siapa. tak siapa yang berani mengakui. meletup desingan padu derasnya suara memberitahu MEREKA! siapa mereka? kau tahu siapa? siapa pemusnah bangsa?

aku memandang cermin. pelik. suara-suara itu datang dari dunia sana. yang menuding sentiasa. tiada pantulan refleksi berlaku. aku kah sebenarnya bersalah? dunia sinikah bersalah? terkerut dahi seketika. kening diangkat tanda bantahan yang aku perlu.

masih berdiri di cermin. selangkah kuambil mendekati mereka. tidak. tidak mungkin aku mengkhianati tradisiku sendiri. tradisi perlu untuk transformasi. bukan hilang luput tertanam begitu saja. aku yang harus bangkit. bukan melayukan diri rebah tak bernyawa. aku MELAYU. tidak terlayu. bukan seperti mereka yang lemah dibarisi harta pangkat dan wanita. jika itu MELAYU, pengkhianatan berlaku. itu tak akan berlaku. kerana aku sayangkan bangsaku. agamaku terutamanya.

ya, kau mahu kami mentransformasikan diri kami. bangsa kami. kepercayaan kami. tapi kau perlu bertoleransi di sini. kata kau mahukan diplomasi. bagaimana jika kau juga lupakan kepercayaan kau. atau kau lupakan semua ajaran yang kau patuhi selama ini. jika kau mampu, saat ini juga aku tranformasikan diri aku. menjadi lebih terpelajar dan bukan patuh menurut menunduk kata ya. seperti kau.

jangan terus menuding jari. kerana semuanya akan kembali seperti dahulu juga. dan aku menunggu waktu itu. biar bertahun hingga bulan dan bintang gugur rebah menyembah bumi. aku mahu begini. melihat tiada lagi transformasi yang memecah tradisi. yang tinggal biarlah tranformasi yang diiringi tradisi.

terima kasih.

WL: enabcantiksangat

No comments: