hearts

Wednesday, July 30, 2014

raya dah kita?

Asu melihat tayar kereta sebelah. dicapainya telefon skrin 6 inci. nama 'Ayah' terpapar. Asu perlu tukar tayar. namun kajiannya sebelum ini membuatkan dia takut untuk menukar harta modal tersebut. "boleh lari bajet," fikirnya. Asu masih keawangan. nama 'Ayah' ditenung lama. berbelah bahagi jika dia mahu meminjam wang ayahnya. "sudahlah dulu dipinjam tak habis berbayar, mahu ditambah pula kali ini," Asu semakin buntu.

"Ayah, Asu ada rm360 je sekarang ni. ingat nak tukar tayar, tapi macam x cukup duitnya. kalau dua tayar Asu ganti yang baru, dua lagi yang second hand, tak apakan ayah?" lancar si Asu.

esok hari raya. gembira Asu kerana tayar semua berbunga baru. tiada yang lama, tiada diguna semula. serba baru. terima kasih Kumho!

p.s: selamat hari raya semorang.. MS ucapkan kawankawan semua berpeluang meraikan dgn keluarga tersayang. maafkan andai terucap kata yang mengguris rasa. maafkan andai terlaku perbuatan binasa.

WL: enabdacrazie

Sunday, July 13, 2014

re-sick.

on.
off.
on.
off.
on.
off.
on.

entah sampai bila.
demam kejap ada kejap takde.
kadang-kadang rasa putus asa.
lepas darah diuji berkala.
masih,

off.
on.
off.
on.
off.

Thursday, July 10, 2014

.GALAU. part 2.

Mukhlis menatap wajah ayu Aida. wajah yang dulu menjadi pujaannya. yang membuat dia memasang cita-cita untuk memiliki wanita itu. dan kini dia berjaya.

"Mukez, kenapa pandang Eda macam tu?" Aida mula cemas. anak muda itu memandangnya dengan pandangan berahi. "Mukez seronok, sebab hati Eda lepas ni takde siapa boleh lukai lagi" jujur Mukhlis. Aida masih bingung tatkala lamaran bekas anak muridnya itu diterima sehingga majlis dilangsungkan. tidak terlintas di fikiran mahu pucuk muda bak Rozila Che Awang, aktres terkemuka.

Monday, July 7, 2014

25 dan hormon.

aku sering bicarakan, perihal 25.
tentang matlamat cinta dan cita-cita.
aku tahu. hormon semata yang bicara.

semalam detik penentuan.
antara cinta atau cita-cita.
aku memandang berat masa depan.
aku memilih anak-anak murid.
hanya kerana aku tahu itu kebahagiaan.

cinta,
masih ada masa untuk aku kenali.
masih banyak perkara perlu aku pelajari.
membezakan tanggungjawab atau nafsu diri.

nanti.