kadang-kadang, kita buang masa fikir masa lalu. masa yang buat kita gigit kuku. tak kurang yang buat kita rasa malu. manusia. mudah lupa, mudah ambil ringan masalah norma. bagi mereka, itu buat mereka bangun. tak kurang juga rasa tidak mahu peduli.
bagi aku. bila tiba waktu saat kau didatangi berjuta masalah, kau mula menuding punca entah kepada siapa. kau mula rasa, kau sahaja yang betul, dan merekalah yang salah semata-mata. sedangkan jelas di mata dunia, jari lain asyik menuju ke arah kau.
k : dia mintak aku jgn hubungi dia lagi. dan dia takkan pernah cari aku.
a : maka jgn berhenti untuk berharap. terus mesej macam biasa. buat selamber. tapi jgn pernah sekali-kali ucap "maafkan saya" atau "saya masih sayangkan awak" waktu ego dia masih tinggi. sabar.
perempuan. memang susah yang amat untuk difahami lelaki. mereka marah, tapi bukan bermaksud benci. mereka geram bukan ertinya ego mereka tinggi dari lelaki. itu cuma perasaan sementara untuk menagih simpati. bayangkan bagaimana enaknya segala rengekan mendapat perhatian dari seorang hamba bernama lelaki? get it?
sebab itu, lihat kembali pucuk masalah. mungkin selama ini, dia tidak mendapat selayaknya
dari anda. mungkin sebenarnya andalah punca sebenar. kita lihat, oh mudahnya mereka merajuk,
tanpa tahu sebab musababnya. yang tahu kenapa, tahniah ulung dari aku. buat yang tidak tahu,
dan tidak ambil tahu, malah buat-buat tak tahu, kejam sungguh. perasaan merajuk,
sebenarnya amat sukar bagi yang mereka menghargai nikmat yang Allah berikan. dulu aku
tidak tahu betapa nikmat sesuatu perasaan. dan aku lepaskan. :(
k : dia dah tak balas mesej aku. aku semakin give up dengan dia. tergamak dia maki aku. buang aku?
a : well kawan. baru je ujian sikit.
k : sikit? dah kali ke berapa dah ni? asyik aku je bagi muka.
a : kau sayang dia?
k : sayang lebih dari segala-galanya.
a : kau cintakan dia?
k : cinta setengah mati.
a : maka, cuba lepaskan perlahan-lahan. mungkin ada hikmah andai kau tidak teruskan.
k : maksud kau? clash? breakup?
a : terpulang. mungkin sekadar beri ruang bernafas untuk kau dan dia sedar dan kembali menghargai.
kadang-kadang aku terfikir. adakah perpisahan jalan terbaik untuk sesuatu perlakuan yang kita tidak mahu?
kalau begitu, aku lebih rela bertahan. kerana cinta dan sayangku lebih tinggi.
dulu, ayah aku sangat panas baran. darah Bugis muda. semuanya yang betul hanya dia sahaja
aku pernah dihalau kerana begitu cerdik melontar idea. silap langkah. bodoh seketika.
tapi aku sayang ayah aku. takkan aku rela berpisah walaupun aku sebenarnya mangsa. begitu juga cinta.
kalau benar sayang, kalau benar cinta, takkan ujian sekuman dua sudah rasa beban satu dunia?
aku juga berdarah Bugis muda. panas baran dan memberontak menjadi raja suatu ketika. tapi bila berjauhan sementara?
lawak kadang - kala. aku mula rindu dan ayahlah orang pertama yang aku deringkan nada. lawak bukan?
cuba kenang semula saat manis. timbal semula dengan yang pahit. kadang-kadang, jelas ketara kitalah punca
segalanya. cuma ego menepis rasa mulia. kita tak pernah sedar, sebenarnya, hati kita disakiti oleh rasa yang kita
cipta sendiri.
aku juga pernah remaja. radio sengaja dipasang kuat tanda protes "HEI AKU PUN ADA HAK LAH DALAM RUMAH NI!"
tapi jelas, protes itu sebenarnya menjauhkan aku dengan keluarga. *cuba relate sendiri dengan masalah anda*
kita tegar mencari ketenangan sia-sia. sedangkan punca sebenar berbalik kepada kita.
p.s : benci hanya perlu bila tahi dipalit, bukan waktu kau buat baik.
WL : enabcantiksangat
hearts
Friday, July 20, 2012
bukan dia masalah anda.
cap:
contengan,
hidup,
isu semasa,
Kongsi,
nasihat
Wednesday, July 18, 2012
hari jadi aku.
iyalah. lewat sangat kalau nak cerita, lebih 2 minggu baru terhegeh buka cerita.
apa-apapun, aku bersyukur sebab aku masih diberi peluang utk perbaiki kekhilafan. perbaiki sosialku. aku tidak mahu digelar sahabat utk kepentingan. sebab memang aku hidup bertujuan utk orang lain.
semua ucapan, doa, aku aamiinkan. terima kasih atas daya ingatan kuat serupa einstein. tidak lupa terima kasih atas bantuan fesbuk menjelaskan usia aku yang tidak benar. aku tahu, bukan usia yg penting. <3
oh ya, terima kasih kepada sang penyambut hari lahirku. iya. bukan senang berada jauh dari keluarga. dan hasil kasih sayang mereka, aku sedar, aku tidak pernah kurang kasih sayang. walau di mana aku berada. aku harap, aku juga memberi kasih yang serupa terhadap setiap satu insan itu.
perjalanan hidup bukan masih panjang, malah belum bermula. ini baru pra. masih belum jelas apa yang aku bakal tempuh. dan terima kasih kepada mereka yang sentiasa bersama-sama saat bangun jatuh.
aku tidak istimewa. tapi aku berkawan dengan kawan-kawan yang super-istimewa. terima kasih kerana sudi jadi yang teristimewa especially KSM. heart each one of you.
KSM.
- nazihah -
- oyien -
- wandiba -
- nanaz -
- memet -
- anis -
- enix -
- ruhaya -
- mimosa -
- aqil -
- umie -
- sasab -
- magek -
- zul iman -
apa-apapun, aku bersyukur sebab aku masih diberi peluang utk perbaiki kekhilafan. perbaiki sosialku. aku tidak mahu digelar sahabat utk kepentingan. sebab memang aku hidup bertujuan utk orang lain.
semua ucapan, doa, aku aamiinkan. terima kasih atas daya ingatan kuat serupa einstein. tidak lupa terima kasih atas bantuan fesbuk menjelaskan usia aku yang tidak benar. aku tahu, bukan usia yg penting. <3
oh ya, terima kasih kepada sang penyambut hari lahirku. iya. bukan senang berada jauh dari keluarga. dan hasil kasih sayang mereka, aku sedar, aku tidak pernah kurang kasih sayang. walau di mana aku berada. aku harap, aku juga memberi kasih yang serupa terhadap setiap satu insan itu.
genap 23 tahun waktu itu. |
nukilan naim mohamad dan bismil basir |
aku tidak istimewa. tapi aku berkawan dengan kawan-kawan yang super-istimewa. terima kasih kerana sudi jadi yang teristimewa especially KSM. heart each one of you.
KSM.
- nazihah -
- oyien -
- wandiba -
- nanaz -
- memet -
- anis -
- enix -
- ruhaya -
- mimosa -
- aqil -
- umie -
- sasab -
- magek -
- zul iman -
Subscribe to:
Posts (Atom)