hearts

Thursday, January 31, 2013

# aku tak kuatlah.

assalamualaikum w.b.t and hello guys.


tadi tidur kejap
konon nak hilangkan letih separuh hari mengajar.
rumet aku balik, cerita.
dia jumpa Mat time dia pi dekat Ang Ang.
but then, Mat tanya, siapa lagi bawah Ang Ang.
pelik.
korang meeting dari tahun lepas tu, takkan sampai sudah tak tahu aku bawah Ang Ang.
konon menduga? pura-pura.
bila dia dapat tahu aku bawah Ang Ang, dia bagi amaran.
serta-merta.

hati-hati dengan Enab. (sumber google)



terima kasih Allah.
sebab bagi aku peluang untuk bangkit dari rebah.
sebab bagi aku sebab untuk bangun.
sebab bagi aku kekuatan untuk hadap segala tohmah.
kerana aku tahu aku tak kuat. 
hanya serah pada Kau, itu yang aku buat.

Allah Maha Besar. 
Dia saja tahu tiap butir perkara.
dan aku akan terus percaya.
bahawa Engkaulah punca rezekiku bermula.


Love, RZ

Tuesday, January 29, 2013

# unik itu kurnia-Nya

assalamualaikum w.b.t dan hai.


pernah tak terfikir, kita ni unik. takkan pernah sama antara satu sama lain. ada bar code berlainan antara kita. yang akan mengesan perbezaan antara manusia. tahniah! anda tidak sendirian. *krik krik krik*

korang tahu ke tak unik tu ape? merujuk kepada kamus online @PRPM, unik ialah
tidak sama dgn yg lain, lain drpd yg lain, tersendiri, luar biasa, istimewa

aku juga sedar aku unik. tak perlu orang lain luahkan, sebab aku dah hampir angka 25. jadi aku tahu diri. lainlah jaman sekolah. sibuk cuba jadi orang itu ini, sebab jati diri sukar dikenal pasti. aku tahu diri.


penat aku usulkan, aku luahkan, aku ekspresikan tak kisahlah dalam percakapan, aksara mahupun lakuan. masih ada segelintir tidak faham manusia itu sifatnya berbeda. kok ada yang kurus masih gampang makan tak kira waktu. kok ada yang hebat masih cacat di sebahagian tempat. pokoknya, beda doank~

aku manusia yang acapkali terlepas kata, namun aku sedar cepat, bahawa aku bukan Tuhan yang sempurna segala zat. aku manusia biasa. tidak punya kuasa menghukum manusia sesama. kadang-kadang orang pelik, sikap aku yang tahu sebarang perkara tapi aku diam biar bodoh di mata manusia. bukan kerana apa. aku belajar. aku belajar mahu hormati kekurangan orang lain tanpa perlu menutup dosa. kita sama-sama punya aib sendiri. biarlah aku menjaga kainku sendiri dan kau dengan kainmu sendiri. kita jaga diri sendiri, lebih tepat.

aku juga manusia yang tahu diri, tahu sifat diriku. tanpa perlu tipu "aku mampu". itu umpama menyuruh aku melukis bulatan yang sempurna tanpa perlu jangka lukis diguna. siapa kita mahu menipu, semata-mata markah yang diugut satu persatu? aku bukan manusia begitu. niat aku Lillahi Taala dan akan kekal begitu sehingga bila-bila. aku tahu bahagian mana yang aku mampu dan aku sedar ada kekurangan aku di beberapa penjuru. aku tidak malu untuk mengubah diri aku, asalkan niat aku cuma satu, dan pastinya bukan kerana kamu. aku hanya minta kamu beritahu kurangnya aku pada aku, bukan dicanang sedunia bimasakti yang aku tidak mampu. itu buat aku malu. dan aku percaya, kamu juga begitu.

sumber google.

aku tahu diri aku sendiri.
bukan semata membuta tuli.
------------

pelik kadang-kadang. kita terlalu unik sehingga kita lupa batas kita sebagai manusia. kita tegar ingkar dengan diri sendiri dengan berselindung atas kesilapan orang lain. tanpa kita sedari, pekung kita dibuka, dan jangan hairan kenapa orang dah tak berapa intim dengan kita. itu semua vice versa atas dunia. aku percaya kita sudah lali dengan kata-kata hidup ini bagaikan roda. tapi itu #Fakta. kita kononnya tak mahu percaya karma, tapi kita tahu hidup ini berlandaskan percaya pada Qada' dan Qadar. orang baik, ujiannya tetap ada. yang berbezanya hanyalah tahap ujian mereka lebih tinggi, mengikut keperluan iman mereka. habis tu kita yang tak-berapa-nak-baik ni ujian biasa sahaja? tidak. ada juga band-band yang perlu kita lepasi sebelum kita hadapi ujian seperti mereka. jadi jangan takut atau gusar, kita semua bakal harungi ujian oleh yang Maha Esa.



konklusinya, aku unik, engkau unik, dia unik, semua orang unik. jangan sibuk canang peri buruk orang. sebab yang buruk itu jugalah contoh sisi unik seseorang. sebab bila kita canang buruk laku orang, itulah keunikan yang kita ada. memburukkan kejadian Dia.  #Nauzubillah #ingatan untuk aku dan kita semua.



Love, RZ

Saturday, January 26, 2013

How everything went well, friend.

Assalamualaikum w.b.t and hello Saturday.


Alhamdulillah. Allah is giving me a chance for having a great morning today, and i hope you have it once too. It is not a gloomy day when a sun rises so well and a cup of caffeine giving you much energy. Thank you Allah, for a bright sun today.


Dear friend, as much as you know about what just happened to me last week, it was in Allah's plan. i mean, those scratches on my car was a simple reminder to me in how to be a tolerate teacher. maybe i'm not giving them any harsh word, but deep inside, they were hurt by my action. some teachers told me that maybe the kids was aiming another teacher, who also driving a black shining new Viva (oh sounds berlagak here.. hehe). but, to me, i don't bother that. i am quite sure its about myself.

yesterday, i met Pak Andak. i told him about what just happen in my new school and i'm glad, he's telling me about REDHA.
 "well, Nab, Allah has His right to let this thing happen to you. you have to see this on the bright side. maybe, there has something you did in past time, or maybe Allah just wants to see on how you blend with this matter. Allah will never test His servant unless the servant was able. so, redha with this, and you'll find your own happiness."

he's right. 100% right.  i'm just thinking it too much. i guess i let myself wasting time on how to get revenge with those kids. oh sorry for that Enab.. but its not a time for you sorrowing yourself! bangkit!!!!!!!! Allahu Akbar!! He's Almighty!

behind this cloudy dejected story, i trust Allah much more. i trust on what He's planning a right better way for me. all i have to do just follow His way and see everything is His right. not mine. not yours. only Him.  i trust You, Allah. i trust You. and i trust You are giving Pak Andak an idea to help me either this problem or even the AR project. thank you Allah, for your blessing. i really owe You much.


well friend, this is how everything went well for me. i hope, it will help you whether you are in big case or any small problem. remember, it just a test from God. and you always pass it with bless if you pleased. :)


till then, love, RZ.


Thursday, January 24, 2013

# mimpi

assalamualaikum w.b.t dan salam maulidur rasul.


Allahumma Solli A`la Sayyidina Muhammad Wa'ala Alii Muhammad.
(ya Allah, Rahmatilah ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga Baginda)



okay. pagi yang hening bening tak terhingga membayangkan indahnya kalau kat padang mahsyar diberi syafaat macam ni.. Allahu Akbar. teruskan berselawat ke atas Nabi Muhammad.



bangun tadi Subuh dek kerana mimpi. wah. tak habis-habis mimpi. nampak benor roh aku kuat berjalan. ngeeheee.. masalahnya, mimpi aku ni nun jauh sampai ke Sarawak. entahlah. rindu kat orang yg kerja kat Sarawak tu kot. hikhik. nak dijadikan cerita, aku dan dua lagi kawan baik aku (which i don't recognize pon) masuk Universiti. aku rasa UiTM destini anak bangsa tu kot. sebab keadaan purple all around. argh. tiba-tiba aku nampak makhluk yang kerja kat Sarawak tu. well, aku pura-pura lah tak nampak, tapi kalau dia dah senyum aku mestilah senyum balik, kan? ihiks. gatai. dengan beraninya, dia lambai boya kat aku. ciss, aku pun balas balik. tak semena-mena dia jatuh tangga. adui.... sekali kawan dia perasan daaaa.. siap cakap, "tu ar, lambai awek sampai jatuh." siot.

motip aku share cerita mimpi ni? HAHAHAHAHA. aku nak show off lah, aku pun ada orang minat dalam mimpi. realiti aku jek tak sesyok mimpi. KAHKAHKAHKAH



salam Maulidur Rasul kawan-kawan. jom kita tingkatkan usaha untuk dappatkan syafaat nabi :)


p/s : kereta aku dicalari sikap psiko aku yang egoistik. terima kasih anak murid. kau tengok aku balas balik dekat kereta abah kau! HAHAHAHAHAHA #LawakHambar2013

Thursday, January 17, 2013

# takkan pernah sempurna.

assalamualaikum w.b.t , hello friend.



# tajuk sendiri telah menunjukkan betapa seriusnya aku dalam menjadi diri aku. aku manusia biasa. takkan pernah sempurna. terselak cacat cela dimana-mana.


# aku punya kesedaran. takkan lupa membalas budi, takkan angkuh menabur budi. ikhlaskan hati. kerana manusia biasa ini tahu mana harga diri.


# wujud benci dalam diri sendiri. melihat cela terbiar tanpa tahu menyembunyi. diam. biar manusia biasa ini sembunyi.


# minta satu hari, agar manusia tolol ini pergi berlayar tanpa perlu menyusahkan manusia lain. mohon ditinggalkan di pulau sendirian. biar tahu sembunyi cela berbaki.


# aku bukan manusia sempurna. yang mohon dimaafkan andai kata diterjemah tanpa hemah. yang mohon diampunkan dari setiap perilaku salah.


# aku berusaha menjadi sempurna. tanpa aku sedar, manusia tidak akan pernah sempurna. manusia terlalu picis untuk sempurna. manusia sentiasa sampah dan hina.


# aku melihat jam papan pemuka. detik itu juga tidak menentukan bahawa aku akan sempurna. aku penuh dengan cacat cela. aku manusia tanpa kepala.


# aku tunduk. tunduk aku kerana sedar betapa hebatnya kuasa Pencipta. sentiasa mencipta manusia tanpa sempurna. kerana bagian manusia itu dilempar sini sana. biar rasa cinta membawa sempurna.

ehsan Google


RZ : aku tak pernah sempurna. jangan minta aku untuk sempurna, jadilah bahagian yang menyempurnakan aku, kawan.


WL : enab

Monday, January 14, 2013

# mana satu?

assalamualaikum w.b.t and greetings!!


sejak Jumaat lepas, aku sering diajukan soalan, mana satu? persoalan yang need to give the result ASAP.

perlu ke aku melawat?
perlu ke aku makan malam?
perlu ke aku masuk Teknik KL?
perlu ke? perlu ke?


okay. Laily dapat masuk Teknik KL which I know sekolah tu dalam ranking yang bagus dalam banyak-banyak sekolah Teknik, 5 years ago lah. and Encik Oreo pun ex-student sekolah tu. ihiks.


well, i made my own Good Bad list, which my own way to settle kekeliruan adik aku. but it depends on her. she know herself wayyy better...

SMK JASMIN.
Good
1. kenal cikgu yg serasi.
2. ada your own study group.
3. better surrounding.
4. easy untuk jadi anak solehah.
5. boleh maintain your own diet, keep away maggi.
6. kawan2 yang mak ayah kenal siapa, latar belakang siapa.
7. tahu siapa utk dijadikan kawan, dan sebaliknya.
8. boleh release tension dgn play music, which i know you can't live w/o 'em.
9. ada Biology, something yang very interesting to learn. plus National Geographic membantu!
10. easier for you untuk revision dgn TutorTV.

Bad
1. your age selalunya suka memberontak!
2. selalunya, easier jugak untuk jadi anak derhaka.
3. study group selalunya more to BERSEMBANG.
4. boleh jadi kau terlalu asyik main instrument sampai lupa buat homework. yelah, pelajaran makin hari makin susah. stress lah kononnya.
5. asyik tido.

SMT KL (+ASRAMA)
Good
1. new environment, fresh start utk orang yang pemalu (LOSER) macam kau. keh keh
2. classmate lelaki yang gila-gila. yang selalunya think out of the box.
3. boleh buat new study group, yang ada mission yang sama.
4. boleh join macam2 utk improve your communication skills. especially outdoor activity
5. shine bright like a diamond! HAHA
6. boleh improve Fizik, sebab ada kaitan dengan Mekanikal.
7. ada projek Mekanikal, let yourself more creative. yet shining. keh keh
8. ada possibility utk jadi macam Maria Elena, (why don't you asked Maria's opinion?)
9. more friends to make.
10. you may find your trueself here. boleh keep reading Al-Quran, solat jemaah, etc etc.

Bad
1. argh, sekolah asrama ni terlalu enjoyable sampai hari-hari nak sembang macam tak pernah jumpa setahun.
2. kadang-kadang kat surau pun boleh sembang. isk isk. not good.
3. boleh jadi kau stress sebab cikgu anggap korang ni pandai.
4. owh, environment yang dekat dengan KL ni ehem, bahaya. HAHA.
5. you will find your true love here. BULLSHIT!
6. takut tak banyak aktiviti outdoor utk kau involve. sia-sia.
7. tidur lambat everyday. takde sape nak kejut kau. (kat rumah ada 'alarm' hebat. tak perlu snooze )
8. study takde sape heran. especially prep. form 4 ni selalunya kat asrama jadi honeymoon year. dan pesen semua last minit study. wuwuwuwuw


so, aku harap Good Bad list aku ni membantu. sebab aku cuma buat pemerhatian, tak tahu apa yang kau nak since kau tak berapa nak bagitahu apa yang kau nak sangat.

hehe. kalau kau pilih teknik, kirim salam kat mas Oreo ye. HAHAHAHAHA


with love,  Achik.

Friday, January 11, 2013

# usia tua.

kamu di mana, dengan siapa, semalam berbuat apa.
lagu Yolanda kerap bermain dalam kepala.
entah kenapa.
aku teringat kamu secara tiba-tiba.

hari lahir sudah tiba.
raikan dengan lantunan ucapan.
tanda usia tua menjengah kamu, sayang.
seperti satu masa dahulu kita luang masa sambut bersama.

doa ulung untuk encik Oreo.
selamat ulangtahun kelahiran.
kali ini semata ucapan.
tiada hadiah seperti dulu.
tapi ikhlas tetap dari hati.

seminit berlalu.
kenangan ditepissayu.
moga kamu terus bahagia,
biar dengan siapa, walau di mana sahaja.
kamu tahu di mana mahu cari aku.
kerana aku tetap berdiri di sini,
menanti bahagia aku.

love, enab

Tuesday, January 8, 2013

# Kelas Kajian Tindakan.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat tengahari.


Bismillahirrahmanirrahim.

suasana pun sekarang dah fefeeling macam sekolah dulu. al-maklumlah, tahun akhir. 5 tahun dah dekat sini. Alhamdulillah.

so, kita mula dulu dengan zikir hari selasa kita sama-sama. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad (10x). TAMBAHAN! niatkan pahala zikir kita, sedekahkan kepada kedua ibu bapa kita ye kawan-kawan :)


hari ni, ada kelas Kajian Tindakan. taklah stress sangat meskipun black and white kata kelas 5 jam. tak apa. tahun akhir ni, korban lah berhabis-habisan. lepas ni, komfem rindu nak belajar balik. hiks!


aku taknak komen apa-apa, aku cukup jelas perjalanan nak menghasilkan satu kajian tindakan yang baik, meskipun OCM ada keluarkan satu perkataan yang at first aku rasa macam, "aik? aku tanya, aku dpt taik?" eh, entahlah. katapun AT FIRST. ehehehe...

soalan aku masa kelas semalam, jawapan aku dapat hari ni, camtulah temanya. tapi memang pedas dan aku faham. sefaham-fahamnya. soalannya, "Encik, boleh tak bagi time frame tentang apa yang kitorang perlu buat sepanjang kajian tindakan ni? sebab saya takut tak boleh disiplin, plus tak nampak sejelasnya apa yg perlu dilakukan." camtulah. soalan mcm bodoh, mcm tak buat research. tapi biasalah. aku ni cepat gelabah, cepat stress. so, aku selalu bagi soalan-soalan yang out of yang orang normal fikir. tak penyabor lah bahasa mudahnya. Bod*h pun boleh juga.

sekali encik bagi jawapan pulang paku. Dangggg! kejap. "saya jelaskan prosedur hari ni, so awak boleh nampak perjalanan kajian awak nanti. saya bukan taknak bagi time frame, nanti awak semua ni macam anjing, tunggu tuan suap maaaaaakan je. maaflah bahasa saya kasor ye Jenab. saya nak awak semua buat sendiri time frame. yg saya tahu, minggu keempat dah ada proposal untuk dibentangkan".

okay. first sekali. sebut nama aku. tak perlu rasanya. hiks. tapi bila disebut tu, aku terus faham, benda ni, kajian aku. aku yang kena fikir sendiri. secondly, OCM dah pun bagi time frame. perasan tak perasan, memang beliau dah bagi. kih kih. tetapp disuap. namanya pun, bapak. ego ego tinggi melangit, sayang anak tetap diselit. thank you so much lahhh abahhh ;)

anyway, tahun akhir ni, aku akan cuba sehabis baik. dalam pelajaran, dalam persahabatan dan dalam akhlak. nak jadi cikgu, kenalah praktis dari sekarang. teringat pesan arwah Tok Wak, hidup kita ni mulut kena manis, hati kena baik. campak ke laut jadi pulau, campak ke darat jadi gunung. boleh saja hidup di mana-mana. doakan aku untuk kekal istiqamah dalam semua perkara di atas. aku pun doakan korang jugak <3

okay. tinggal kejap. nanti kita share lagi.


WL : enab

Sunday, January 6, 2013

# little reminder

Assalamualaikum w.b.t and happy sunday everyone!


tak lama dulu, aku pernah jatuh, sejatuh-jatuhnya. tersembam muka, terpalit sejuta tanya, MENGAPA AKU?

bila aku bangkit, sebangkit-bangkitnya. tegak berdiri terdabik dada. sekali lagi, MENGAPA AKU?


Allahuakbar. Allah Maha Besar. ujian sentiasa berulang macam roda. ujian waktu di bawah dan ujian waktu di atas. semua itu ujian. sekadar peringatan buat insan hina seperti aku.


waktu tu, aku bersama kembar aku, Nazihah Husin. mempersoalkan kelewatan aku untuk berhijrah menjadi lebih baik. aku sering meluahkan pada dia. bukan taknak berubah. cuma aku takut, kalau aku berubah, kawan-kawan takut nak kawan dengan aku. how how? 

lepastu aku selalu cakap kat dia. aku ni suka nak gelak besar-besar. duduk silang kaki macam lelaki, jalan tak kepit, ikut suka hati apak aku. dan dia hanya mendengar. tidak menasihat dan kadang-kala senyum. aku pelik..

satu malam. aku mimpi perkara dahsyat. dahsyat yang aku boleh rasakan kesakitan. pedih macam nak guling-guling. ah. hiperbola. mimpi yang aku tahu, aku teringat dan jadi takut. sekali lagi warning. sebelum-sebelum ni ada jugak mimpi macam ni. tapi biasalah. aku anggap benda macam tu mimpi je.

aku syak, kembar aku tu sentiasa doakan aku, seperti mak ayah aku selalu buat. dia tak nasihat, tapi mendoakan. terima kasih. ku aameen kan doa kalian. 

*pause.azan*

aku terfikir. memang aku jahil banyak perkara. baca al-Quran tajwid lintang pukang. tutup aurat ada sikit macam telanjang. aku fikir balik. fikir dalam-dalam. setiap malam. sebelum roh keluar ambik angin tenang. aku perlu kembali pegang teguh rukun Iman. percaya dan amalkan. begitu jugak dengan rukun Islam. aku perlu jaga solat. jaga wuduk. tarbiah diri sendiri...

aku mula lihat diri aku. aku mula lihat sebaiknya. terima kasih semua.


enab.

Thursday, January 3, 2013

#GADOH

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

2013 aku bermula dengan perjalanan yang serba tidak semangat ke Penang. kepulangan kali ini menjurus kepada matlamat jangka pendek aku, - dapat elaun terbang ke Langkawi, dan beli sebijik Blackberry. -

tidak terlintas rasa mahu belajar. entahlah. kebarangkalian aku lelah dengan negeri orang. kecapekan terhadap Penang amatlah membimbangkan. ya. kau merasakan kali ni, aku menulis seakan luahan hati. tapi itulah yang terpaksa aku hadapi. perasaan 2 kali di sekolah menengah. sedangkan sekolah menengah hanya perlu dihadap sekali seumur hidup. ah. bosan melihat tulisan kali ini. mohon beredar.

aku dapat tahu aku dapat bilik asrama di tingkat 3, sama dengan Mie, Yaya dan rumet aku Fiza. kitorang dicampak di tingkat tertinggi dan dibiarkan berempat dalam bilik yang sama. Yeayyyyyyyyyyyyyyyy!!! <-------- itu perkara pertama yang aku sebut.  seronoklah gila babi sebab dapat duduk dengan makhluk Tuhan yang aku tahu lepas maktab ni tak boleh nak bahan satu sama lain. benda ni disampaikan oleh Mie masa aku buat lawatan ilmiah kat rumah dia. tapi deeeeeeeeeeeep talk dengan mak Mie buat aku sadar, duduk bilik sesama ni tak bawak sebarang manfaat punnnn.. aku fikir-fikir, benda ni ada betulnya. Semester 7 pulak lama nak praktikal. kalau duduk berempat ni selalunya akan ada sesi luahan hati sampai lupa nak buat RPH untuk hari esoknya. ni based on pengalaman aku masa duduk SEMTEG dululah. asal bulan naik jek, mesti nak muhasabah diri, mesti fefeeling nak jadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat. TINDAKAN? takkan ada. sembanglahhh sampai kiamat. sembanglahhh...

nasib baik Yaya balik awal. ye. beliau adalah seorang yang amat seronok bila melibatkan hal maktab. seronok sangat sampai mimpi MissTeo pakai bulu mata tanam. tahpape. bila dah balik awal, dia argue pasaipa kitorang je yang dapat 1 bilik berempat tu. then, dapat tukar. but still, tingkat 3. aku ni bukan kisah sangat pasal tingkat-tingkat ni. cuma prinsip aku, sekali dah naik, jangan harap nak turun dan begitulah sebaliknya. gelak sendiri. aku nampak banyak kerutan timbul sejak Yaya jejak tanah Bainun ni. serius dia serius.

2 Januari. first day kelas yang kitorang merancang tak mahu ke kelas sebab Naim tak balik Penang lagi. memberontak katanyaaaaahhh..... taklah. niat utama sebab nak argue dan setelkan hal asrama. tahun akhir ni memang taring aku menjadi-jadi. semua benda konon tak puas hati, semua tak kena. ayat mula-mula aku dekat Yaya, "korang cakap, aku tambah-tambah nanti" ye. nampak macam tak bertanggungjawab mulanya, tapi tolong jangan mula buat dosa dengan perasaan rasa aku ni yang jenis menumpang je. jujur ye, aku kalau nak argue, aku keluar apa saja dari mulut, tak guna otak. lidah lagi cepat membariskan ayat. aku suruh geng aku cakap dulu sebab aku nak fikir senjata paling hebat. hasilnya, selepas hampir 400jam di depan pejabat asrama, kitorang mula lose hope untuk dapat bilik GRONDFLOOR. sengaja eja macam tu sebab nganjeng pejabat asrama eja salah. Fiza dengan Mie jadi taruhan, aku dan Yaya duduk tepi, fikir apa yang patut. tiba-tiba Fiza and Mie buat muka macam memang kita patut angkat bendera putih, terus jadi pemangkin buat aku. aku bangun dari duduk bodoh. pegi depan kaunter pejabat asrama dan buat muka saiko aku. ala-ala muka Puss in Boots. taklah secomel dia. mohon tidak terjijik rasa hati.

puff. akak tu terus bagi satu solution. mungkin dah naik jijik dengan muka kitorang menempel dekat depan pejabat dia buat dia loya. peduli pulak aku. yang penting, kitorang berjaya menyaiko 2 orang arahan** orang atasan yang sewenang-wenangnya melepaskan batuk di tangga hingga menyebabkan diri mereka disaiko oleh budak penyaiko. tahniah SuperSaikos. kenangan tahun akhir di awal tahun. keh keh keh


kesian jugak mereka yang terkena penangan geng SuperSaiko. nasib diorang tak jumpa SuperSailang. lagi haru. -wujudakah SuperSailang kat maktab ni? aku tahu siapa.


semoga tahun 2013 memberi kitorang Batch 2010 menjadi terhebat dalam sejarah Bainun. sejarah yang mustahil dicipta meskipun berjuta batch dicipta, tetap kitorang batch terunik. UNIK. dari sebaik-baik kes sampailah kes pelik Rizal bukan nama sebenar.. #eh?

bodoh mensi nama beliau. habis geng motor berkuasa tinggi cari aku. mohon cari mazidul akmal. dialah punca semua ini. KAH KAH KAH.


aku sayang diri sendiri. tak payah rasa bongok. aku sayang korang sebenarnya lah penyentapppppppppppp!




**arahan = sebenarnya aku nak tulis badut orang atasan. tapi, nanti pun aku akan merasakan seperti mereka. cuma aku akan pastikan aku tidak ulangi kebodohan sia-sia. nak bodoh, biar bodoh yang comel-comel jek, macam cerita korea yang bodoh tu. tak. aku tipu.


WL : enabcantiksangat