hearts

Saturday, April 30, 2011

family jokers

assalamualaikum.


hai kawan-kawan! hari ni hari sabtu. jom kita buat sesuatu yang memanfaatkan! hee:)

hari ni aku nak cerita tentang family jokers. yelah. semua orang mesti ada adik-beradik (unless some of korang ni anak tunggal). tapi takpe. yang tunggal boleh jadi adik-beradik aku jugak, if korang bertahanlah dengan mulut serupa kaki macam aku dan abang aku. oh ye, dan ayah aku. hehe:)


okey. kita start dengan ayah aku. ayah aku ni jenis melawak stail sentap hati maknak tu. lembut tapi perghhh, bernanah telinga nak menahan. contohlah, dulu ada member aku, MELAYU, datang rumah aku. nak beraya. tapi kawan aku tu pakai skirt. labuh paras lutut. okey lah. fine (aku jela yg kata fine. whole family kata, plurghhh!!). then, tetiba ayah aku kata, "urmm, rumah kat mana? memang banjir ye nak ke sini?" HAHA. siot. aku time tu jugak gelak kawkaw. lawak ayah aku memang tak pernah berubah. contoh lagi, time aku sekolah rendah, aku selalu dapat nombor satu (sila take note, SEKOLAH RENDAH). masa tu ada lahh kazen mazen, jiran tetangga yang ada anak sebaya aku. ayah aku ni apa stail tah suka nak jaja aku nombor satu dengan cara tanya anak orang tu dulu dpt nombor berapa. bila nombor yg puluhpuluh, ayah aku mesti kata, "uii, banyaknya. enab dapat satu je. sikit sangat". ceh, ayah..... kalau nak mengutuk memang A. tapi orang yg keliling dengar mesti gelak cam cilaktutttt.. masa birthday ayah aku tahun ni pun. dia melawak. agak sentap. masa tu, ayah aku bersedih la, aku call lambat (aku ni spesis anak ayah, so sangat tacing beliau bila aku buat mcm tu).  pastu aku saja tanya, ayah aku nak apa tahun ni. boleh pulak dia jawab, "umur pun nak dekat 60. bagi dua award pun okey". korang paham tak? meh aku explain. dia mintak batu nisan. huwaaa!! ayah aku masih tacing dengan aku.....

baju hijau tu angah.
lepas tu, perangai buat lawak turun kat angah aku. ye. abang ngah aku. dia ni pulak stail kasar gila. lawak mesti mintak kaki. korang penah tak abang korang balik keje, tetiba sua stokin kat korang? mesti takde kan? cess. abang aku jela ni? angah aku ni, dah jadi satu kebiasaan. balik keje, mesti sua stokin kat sesape. selalu jadi mangsa adik-adik aku la. aku dah tak kena. sebab aku dah kenal siapa dia. hehe. hebat tak? cakap je hebat, nanti aku bagi doplosen. nak tak? HAHA. lepas tu, angah aku ni jugak, suka mengusik orang sampai menangis. yang tengok gelak kawkaw, yang kena usik, memang menangis lahh. contohlah kan, satu hari tu aku kena marah dengan ayah aku. pastu angah aku mesti ajuk balik stail ayah aku, sampai aku menangis. wuu~ kalau aku terhilang kan barang ke, pecahkan apa-apa ke, atau masuk CD dalam macbook ayah aku tanpa pengetahuan ayah aku, dia mesti nak usik aku konon-konon nak bagitau. dan aku serta merta akan melalak kat situ jugak. siot kau ngah. kalau lawak dia depan awek dia lagilah. double siot. contohlah, kereta viva aku baru pasang radio yang siap leh masuk cd bagai tu kan. so adalah remote. yang awek dia ni tak penah jumpa lagi stail kereta m'sia yang ada remote tu (awek dia tu study kat london). so, aku yang duduk kat belakang, ubah la station radio tu dengan remote. awek dia pelik, kenapa station boleh ubah-ubah. angah aku pun tanpa rasa segan silu kata,"oh, radio ni boleh tukar-tukar station dengan petik jari je". kalau korang jadi aku korang buat apa? kalau korang jadi awek dia? HAHA. yang awek dia pun stail comel gila main petik-petik. aku lah yang jenuh kat belakang menekan-nekan remote. hawau punya angah.
macam aku.
kisah aku pulak. aku dah pernah cerita pasal lawak aku kat sini sebelum ni. kali ni aku nak cerita yang selanjutnya. aku ni lawak biasa je. tapi kalau yang lain dengar mesti gelak. itu yang aku tak paham (sudahlah nab, kau tu perasan je lebih). maaf. okeylah, kalau dengan adik-adik aku, kalau aku nak berlawak, aku suka guna macam ayat-ayat siot macam,"boy, acik ada sesuatu nak cakap" dan boy ni akan sua telinga dia kat aku, so aku konon boleh bisik kat dia lah kan. sekali bila dia sua tu aku cuma cakap "sesuatu", hangin gila dia! *merempan-rempan* yelah, budak suci lagi kan.. ayah aku mesti gelak kawkaw. termasuklah laily. semua orang naik bengong dengan perangai aku yang memang mangkuk jamban tu. lepas tu aku suka guna pengalaman lampau untuk jadi bahan. contohnya macam angah aku (sebab dia abang paling rapat dengan aku). dulu, masa kecik-kecik, angah and along aku sangat rapat. nak kata sangat rapat tu sampai berjahit laa kepala angah sebab main lawan-lawan dekat katil mak ayah. so, bila dah besar, masing-masing ada haluan hidup sendiri. nak bersembang pun, makkk aiii. punya susah. so, dapat adik bengong macam aku, aku pun dengan yakin kata, "angah, kau rasa, boboy dengan azam nanti dah besar jadi macam kau dengan along tak?" lagi best kalau aku cakap benda ni depan ayah, memang gelak terbahak-bahak orang tua aku tu kalau benda mcm ni diungkitkan. HAHA. untunglah dapat adik hantu mcm aku nihh. HAHA.
laily
laily pun sama jugak. dia lagi bengong. kalau bab membahan, tolonglahhh. dia memang straight A. sebab tu korang jangan buat perangai pelik-pelik depan dia. kalau dia ada bahan nak membahan, memang dia guna macam baby. siot tol. contoh mcm aku dulu nak keluar minum dengan encik oreo dan aku bawak dia. okey. aku cover sikit. first time kann. HAHA. baby tak? laily ni masa kat situ dia tak bahan. bila dah sebulan dua, haaaa.. dia pun start lah. "acik, aku teringat bila first time kau keluar minum dengan oreo. aku takleh blah ah tgk muka kau bila jumpa oreo. mcm cilaktutt. apsal nak kaver2?" okey. aku dah sengih. baby punya adik. kisah lain pulak bila aku bawak barang baru macam beg ke, baju ke. mesti dia nak bahan kata "acik, baju kawan kau ke?" cehh. sekali tu je aku bawak balik baju kawan aku, dia nak bahan kawkaw. nasib aku sayang kau sengal!


cara kitorang melawak memang pelik sikit dari kebanyakan family. kalau orang tak biasa memang kata kitorang kasar. tapi, lain orang lain caranya kan???

apapun, jokers (selain aku) ni jugaklah yang aku sangat-sangat rindu. bila agaknya boleh balik rumah?

p.s: tadi pakcu call aku. wuu.....sedih. nak balik rumah jugak!!!

WL: enabcantiksangat

Friday, April 29, 2011

makan.

assalamualaikum.

malam ni, 

saya

dan 

kawan saya

nak keluar cari
makanan

sebab saya berbuka makan sosej dan milo je tadi.

:)

WL: enabcantiksangat





check check check!

assalamualaikum!


:) sihat kawan-kawan? tak sihat silalah ke klinik. nanti dah teruk, tak boleh nak buat apa.


so, today saya berpuasa ganti sekali lagi. suka bila puasa. hee:) dapat laa tahan sikap budak-budak yang tak berapa matang dan annoying tu.
amikkk kau!
yes, hari ni jumaat. dah berapa kali saya berzikir ye? urmm... anda bagaimana? kot-kot tengah tension ke, penat kerja ke, jalan jammed ke. isi masa dengan berzikir. syok oiii~~ :) pahala dapat, marah pun kurang.

itu je nak cakap. nak check kejap berapa kali kita ingat Pencipta. jaga diri semua!!! XOXO korang sebab baca!


WL: enabcantiksangat

Thursday, April 28, 2011

sekejap je, boleh?

assalamualaikum.


nab nak pinjam 5 minit je pagi ni. baca tau.



1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendakla h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.




:)


WL: enabcantiksangat

alhamdulillah. she did.

assalamualaikum.

ingat lagi post before this? about my senior yg non muslim tu? tak ingat tekan sini.


btw friends, its done. alhamdulillah. now she is fully MUSLIM. i'm not sure when, but i will ask her then.

i love u more now sis! <3<3<3

WL: enabcantiksangat

takpe. tak heran.

takpe. tak heran.
namapun dah sayang kan?
berapa batang pun tak kesah.
asal selalu dekat sebelah.

takpe. tak heran.
rindupun dah sebeban.
bau baju pun jadi.
asal selalu rasa awak disisi.

takpe. tak heran.
biar jela mata ni tahan.
tengok berpuluh like untuk status yang diberikan.
walau semua tu perempuan.

takpe. tak heran.
hati ni je kan?
memang perlu untuk diabaikan.
takpe. tetap tak heran.
sebab sikap awak yg buat saya heran.
-.-'

WL: enabcantiksangat

Monday, April 25, 2011

harus malu dgn diri sendiri.

assalamualaikum.


hye kawan-kawan. harap semua sihat.


aku tidur sepanjang hari ni. kurang sihat,itu yg pasti. alhamdulillah. masih bernyawa lagi. dan aku malu dengan diri sendiri.


semalam, ceramah agama dari dua orang anak murid guru agama dari Yaman datang maktab aku. masa dapat mesej dari naqibah usrah aku, aku excited. serius. dah lama aku tak hadiri majlis ilmu. aku pergi hantar barang-barang mia dan manis. dan terus berpotpet leka (dlm fb) tak habis.

malu.

ya. aku malu. dengan seniorku yang bukan Islam. hatinya kuat. biar ada saja yg menentang. tetap Islam yang dipegang. ceramah tu juga dia hadiri. bertelekung lengkap kata sahabatku. detik hatiku,"nab, kau patut rasa malu. kau lahir dah siap agama Islam, tapi bersikap angkuh dengan Tuhanmu. tiada manusia yang lebih malang dari kau kerana sikapmu itu."

konsert muzik malaysia.

syaitan ibarat bersorak sorai bila aku ditanyakan hal konsert itu. dan aku mengaku. sebahagian kecil hati aku nak sangat tengok konsert tu. bukan selalu. ya, syaitan terus bersorak gembira. seperti wujud keramaian disisi mereka. terus, memikir. terngiang-ngiang lagi di cuping aku, "nab, dia pun turun surau semalam. siap bertelekung. ekau ado?"

sentap.

aku terus menolak ajakan rakan aku untuk ke konsert. malu. itu perasaan pertama yang tergambar. aku malu dengan diri sendiri yang bersifat angkuh dengan Penciptaku. aku malu kerana bersikap acuh tak acuh dengan agamaku. dan, aku malu kerana aku terlalu bangga mengaku aku penganut agamaMu sedang aku sombong untuk menambah ilmu agamaMu.

aku tak mahu malu lagi. itu yang aku rasakan kini.

Ya Allah. suburkanlah cintaku padaMu kembali. tebarkanlah benih cinta dan sayangku hanya padaMu. hanya padaMu.


credit to her FB account.


p.s: terima kasih XUELI




WL: enabcantiksangat

Sunday, April 24, 2011

saya suka edit gambar. jadi?

assalamualaikum.

hello kawan-kawan. dah malam, tapi masih tak tidur?

hehe. kali ni nak update gambar-gambar yang sepatutnya diletakkan sejak seminggu lalu. baru ada mood nak edit sikit-sikit.


RPH

refleksi bersama puan ang

"uolss kena pandai tackle markah"

kelas intel @ blogging?

tips sebelum exam HE.
presentation

kusyuk sebab apa?

mocippp?
tetap Rohani. HAHA.

KK konon-konon berkaliber.

dan lagi korang posing.

haiyarrkk!

ampunkan saya penunggu gua!

setakat belantan, ada aku kesah?

ini sibs saya. excluding yg mamat tuh.

girlmates. hehe :)
saya dan adik saya.
baby sarep. my dear son.
bergelimpangan
saya baru kenal ini kakak.

oh dan mereka sgt gemar bergambar.

saya sayang mereka yang ada dalam gambar ni. saya sayang mereka semua. semua ada kelebihan dan kekurangan yang saya suka. suka hati sayalah. saya memang gila edit. jadi?


p.s: kejadah guna mode kata nama "saya"?? 

WL: enabcantiksangat


Saturday, April 23, 2011

tanpa mu.

assalamualaikum.


hai kawan-kawan. sabtu memang indah kalau dapat buat pengurusan diri teratur kan?

so, today nak pantun sikit tentang babyband saya yang dah kena terminate sejak 2 minggu lalu. perasaan? confirmlah liao.


buka fb di invite sana sini.
main ItGirl jadi klik orang itu ini.
baby dah takde mcm mana nak main ni?
haish, dtglah duit. aku perlu sgt ni.

musim assignment musim sibuk.
mulalah aku sawan dok cari bahan.
alamak, sekali scribd pun kena block.
camne nak donlod kalau tanpamu babyband?

siang malam orang dok share.
maharaja lawak musimnya sekarang.
babyband takde sememangnya rare.
semua dok youtube, aduhai apekah malang.



dah. taknak pantun. jadik sedih. 


WL: enabcantiksangat

best way, bye ashme!

assalamualaikum.


wahhh.. hari ni status comment memang dahsyat. paling teruk traffic comments bila status pasal ashme dipostkan. bolehlah kata teruk. sbb aku bukannya femes sampai nak orang komen-komen teruk-teruk (apekah?)

ashme dan aku.

tak pernah ada hubungan teruk-teruk pun. tapi kenapa aku heart feeling gila bab kan? senang cerita, rindu zaman myspace. dekat situlah aku dan ashme ni tukar-tukar pendapat.(tukar ke? sekali dua ada~)

takpelah. selamat berbahagia.

dia bertunang? oh what? 23rd April 2011 held in his fiancee house Gombak.well, tak kisahlah. dayana tu memang suits you bro. HAHA. aku heart feeling pehall?? leklu! HAHA.

credit to budiey. 

mcm muka ina naim pun ada kan kak dayana ni? cuma lagi comel dia dari ina tu. sikit lah.. (marah kang die hard fan ina naim kat aku)

cerita pasal ashme ni, dia main lagi ke basketball? yelah, dengan klinik lagi, dengan kambing lagi, dengan ustaz amirul lagi. myspace lagilah. heh -.-'


okeylah. untuk encik ashraf muslim (ashme) dan kak dayana, sila hantar kad kahwin anda berdua kepada saya. merajuk tak sudah kang. HAHA.

okey, buat kali terakhir, aku bukak jugak myspace ashme yg dah berhabuk lama.




ye. jangan tanya aku. semua ni credit untuk myspace ashme sendiri. dia pun dah 2 tahun tak bukak. hamikkk!!! 


kini hati aku cari yang lain. dan jejaka bertuah tu bukan orang lain. tapi jep. HAHA. laha gila perangai! *matilaaa*

to encik jep, kau tolonglah terima aku ni haa. jadik protege ke, jadik bahan kau time maharaja lawak ke. jadik bini pun aku tak kisah. HAHA.*kau jgn laha sgt boleh tak nab?*

takde ah. bagi aku dalam sepah, aku paling minat si jep tu. dah macam azlee senario dah aku tengok. dengan pelat dia lagi. perghh. kalau aku kata si jep ni johor singapore kau nak kata apa?

apapun, aku memang gila sawan kalau tgk sepah. dalam gelak khas paling perangai tak boleh blah. paling siot sekali si jep tu jugak. sape takde astro warna memang buta tuli ah tak tau pasal gelak khas tu. try tengok. memang lawak style bangtutttt!

dah. entry nak cerita pasal ashme je. bukan jep. okeylah. bye ashme and happy wedding!

p.s: eh, ashme, nab betul-betul serius nak kad jemputan tau. :)


WL: enabcantiksangat

selang masa.


kau pergi dariku.
tinggalkanku. 
lewati malam tanpa kasihmu.

dan aku menangis 
dan aku terluka bila
engkau menghilang.

dan semua menghilang.

semua karena cinta
ku menangis
semua karena cinta
ku tertawa

yang kau tinggalkan hanyalah luka
dan semua menghilang.



p.s: ingat lagi tak? lama tak main lagu ni. chord dah lupa. imyx.

WL: enabcantiksangat

Friday, April 22, 2011

istidraj.

assalamualaikum.

hai kawan-kawan! awak sihat tak? saya sihat jadi awak pun mesti sihat sama. :)

<mode kata nama : nab>

pernah dengar tak istidraj? tak pernah? pernah? nab pernah jadi awak semua mesti pernah. kan? tak apelah. kita bukak balik usrah setelah sekian lama cerita picisan. kan?

mari buka usrah kita dgn ummul kitab. al-fatihah.

daripada Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.." masyaAllah, sikit benar yang nab kongsikan dengan kawan-kawan tentang ilmu agama. kita sama-sama pelan-pelan kayuh, boleh?

apa itu istidraj? sejenis nikmat atau sekadar peringatan?

kawan-kawan, nab selalu pelik, tertanya-tanya masa zaman sekolah + UiTM dulu, kenapa si polan tu, bersosial sampai 2/3 pagi, sekadar solat depan mak ayah, tidur dalam kelas, tak tutup aurat, tapi masih,  result gempak, duit berkepuk-kepuk, siap boleh fly pergi US lah, Kanada lah, Aussies lah. nampak mudah je jalan diorang kan? lepas tu, ada pulak geng yang jenis solat wajib tak tinggal, yg sunat pun tak tinggal, patuh cakap mak ayah, suruhan Allah pun takut nak langgar, tapi still, result mcm hidup segan mati takmau, family susah, kais pagi mkn pagi je.

nab masih ingat, one of my friend menangis, teresak-esak depan nab masa kat Teknik Gombak dulu. bila ditanya kenapa, dia jawab, "aku sedih la nab. kau nampak kan usaha aku, siang malam aku tak tinggal mengaji, solat apatah lagi. study toksah ckp, kau pun boleh ceritakan? tapi kenapa aku masih dapat result yang mcm ni? kenapa Allah masih tak bagi aku peluang berjaya walau seketika?"
googleable.
subhanallah. masa tu nab terkebil-kebil. tak tahu nak cakap apa. nab cuma balas mcm ni, "astaghfirullah, awak tak fikir panjang ni. awak harus igt, Allah tu syg kita, sebab tu Allah bagi kita sekadar sahaja. takut kita lupa Dia. cuba awak fikir, kalau diberi awal-awal kejayaan tu, mungkin awak boleh lupakan Dia. tak mengaji dah. haa, sebab tu la Allah nak awak terus syg Dia, memuji-muji kebesaran Dia. biar dlm hati awak, cuma ada Dia. jgn cakap macam tu, sbb mcm awak tak bersyukur, nikmat yg Dia bagi kat awak mcm hidup, kenyang dan ada kawan mcm saya. awak nak Allah murka dengan awak semata-mata sebab awak tak bersyukur ke?" dia senyum, berhenti menangis. <kalau awak senyum mesti saya senyum sekali, kan? hehe:) >

nahh. selalu sangat perkara ni jadi. mesti ada. awak jangan tipu kalau awak taknak saya tipu awak sekali. HAHA. maaf. kembali serius.

perkara seperti di atas sering berlaku dalam kalangan kita. yang senang, terus senang. yang susah, sukar nak senang. kenapa perkara macam ni masih berlaku? yang lakukan maksiat, masih dapat apa yang dikehendaki dengan mudah. yang patuh perintah Tuhan, perlu berdoa siang dan malam untuk peroleh apa yang dikehendaki.

seperti yang tercatat dalam al-Quran, surah al-An'am ayat 44 - 45, "tatkala mereka melupakan peringatan yang disampaikan kepadanya, Kami membukakan pintu-pintu kesenangan untuk mereka, sehingga bilamana mereka bergembira dengan kesenangan yang mereka dapatkan itu, kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, serta merta mereka menjadi putus asa. maka orang-orang yang zalim itu habis dimusnahkan tanpa bersisa, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam."
langit keinsafan. sumber: google jgk.
istidraj ialah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (riwayat At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi). 


apa pulak diistidrajkan oleh Allah?


maksudnya, setiap kali manusia menambah atau memperbaharui salah mereka, maka Allah juga akan menambah atau memperbaharui nikmat yang Dia nak bagi pada mereka yang lalai ni. dan setiap kali tu jugak, Allah buat hambaNya yang lalai tu terus lupa nak mohon ampun atas dosa yang dia dah buat sambil Allah menarik secara perlahan-lahan nikmat tu dan Dia tidak menariknya secara mengejut.


manusia yang diistidrajkan oleh Allah ni merupakan golongan manusia yang lupa daratan. diorang ni ingat Allah syg kat diorang meskipun dosa dah menggunung diorang buat. sebab tu kalau kawan-kawan pernah tengok filem "aku masih dara" ada part yang sorang girl tu kata kat raja farah "eleh, kau tengok, mak ayah aku, tak pernah tinggal solat, tapi tak kaya-kaya pun. tak payahlah kau tiba-tiba nak jadi alim pulak." 


hey hey. peringatan ye. akhirat nanti, kita tak kenal sesiapa ye. jangan pulak kita leka dan kata macam neraka nanti boleh masuk sama-sama. 


ingat lagi tak kisah Firaun? dia adalah antara makhluk yang paling diistidrajkan oleh Allah. sampai berani mengaku diri dia Tuhan. yelah, Allah bagi dia nikmat tak pernah sakit, malah bersin pun tak pernah. tapi, bila sampai masa, Allah tarik nikmat dia sampai membinasakan diri dia sendiri.


ingat ya kawan-kawan, bukan kaya atau miskin tujuan kita di bumi ni. kita diturunkan ke bumi untuk mencari redha Illahi. jadilah khalifah seperti yang dituntut. jika kita ikhlas mengabdikan diri kita, insyaAllah, lama-kelamaan Allah tetap memberi apa yang kita ingini. mungkin tak banyak. tapi cukuplah sekadar yang Dia mahu.


kawan-kawan. nab rasa cukup setakat ini dulu untuk kali ni. insyaAllah, kalau panjang usia, kita mantapkan ilmu kita lagi. InsyaAllah.




WL: enabcantiksangat

Thursday, April 21, 2011

best policy.

assalamualaikum.


well, even i know that
and
haha. :D

i've got to make a

and keep on

so i can
with flying colours
and
have this
in future.

hee:)


that's all. got to study now. wish me luck friends!

WL: enabcantiksangat

.nafas.


tutup hati bila kau tiba.
engkau pergi akupun hiba.
tunggu bulan, bintang semua.
kau hilang lagi, entah ke mana.

berdegup kencang setelah bertahun.
bau yang sama lama kunanti.
hujan yang turun seperti merai.
kau peluk aku dan cinta kini kembali.

tersentak. hanya lamunan.
kau kini makin jauh dari bayangan.
aku masih menanti hingga kembali.
selagi nafas ini tidak berhenti.

WL: enabcantiksangat

alahai..

assalamualaikum.


malasnya rasa. badan penat. kaki terkepak-kepak. jalan terkengkang-kengkang (terkengkang-kengkang?).. gila penangan heels satu hari. serius. aku nak pakai tshirt je time mengajar nanti. lantaklah. aku sayang badan aku, aku sayang kaki aku. nak guna lama kot. haish..

next. aku mintak maaf la kat kawan-kawan semaktab, sekelas, sebilik aku. sebab tu aku benci bila aku baligh. asal baligh je, emosi. nak nak pulak tengah swing mood tu, ada benda yang aku tak puas hati, memang sedap berdas-das aku bagi. charot(sory ah), kritik. memang semua dalam satu. jadi, aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku buruk aku.

next. hari ni RPH bola pulak. penat memang lah penat. siapa kata tak penat. tapi ponstan dah telan semalam. so, hari ni bertahan cuma.

next. latihan boria. urghh. seronok. tapi aku malas. kertas kerja bola sepak nak kena setelkan. esok nak hantar. okey. kena siap sedia. HE test pun aku malas nak baca. :)

till then.

WL: enabcantiksangat

Wednesday, April 20, 2011

kisah benar 1 - jujur depan perompak.

assalamualaikum.

Tersebutlah kisah, sebuah kafilah sedang merentas padang sahara. Hawanya panas terik membakar kulit. Kelihatan bergenang fatamorgana dataran air berbatu-batu jauhnya. Kafilah bergerak perlahan. Manakan tidak, unta-unta diikat antara satu sama lain dalam satu barisan. Jalannya pula selangkah demi selangkah meredah lautan pasir.

Seorang kanak-kanak sembilan tahun turut mengembara. Ia berjalan dengan sehelai sepinggang. Yang dibekalinya ialah sebuah karung.

Nun jauh di sana, di puncak gumuk pasir, beberapa orang berkuda sedang mengintai-ngintai, berkata salah seorang mereka, “Nampaknya kafilah ini senang diserang hendap. Pasti ada habuan!”

Debu-debu pasir berterbangan, bak angin ribut melanda. Sekumpulan pemuda berkuda bersenjata menyerbu dan akhirnya mengepung kafilah. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menyerah sahaja. Melawan pun tidak berguna, hanya mengundang bencana. Mereka menyerahkan segala harta yang dibawa. 

Setiap orang digeledah hartanya. Sehingga tibalah orang terakhir... rupanya seperti seorang kanak-kanak yang terbiar. Kanak-kanak sepertinya pasti tidak mempunyai apa-apa, melainkan belas ihsan orang.

Ketua perompak pun bertanya kepadanya, dengan nada bersahaja, “Apa yang engkau bawa, wahai kanak-kanak!”

“Karung, tuan.”

“Apakah isinya?” orang-orang suruhannya sudah menghunus pedang masing-masing, agar kanak-kanak itu tidak teragak-agak untuk menjawab.

“Empat puluh keping wang emas dinar.”

“Apa?” perompak-perompak terperanjat.

“Engkau, periksa karungnya!” seorang perompak membuka karung yang dibawa kanak-kanak kecil itu. Matanya terbeliak, katanya, “Tuan, dia berkata benar!”

Ketua perompak kehairanan. Keningnya naik. Misainya lentik. Matanya mengicing, seolah-olah menyindir. “Hai kanak-kanak, engkau tahu kami adalah perompak-perompak yang merampas harta benda. Kami adalah orang-orang yang kejam. Seluruh kafilah ini, senang-senang sahaja kami tawan. Nyawa mereka terletak pada tangan kami. Sama ada mereka kami bunuh, ataupun kami jadikan hamba abdi!”

Kanak-kanak itu diam, riak wajahnya memancar cahaya ketenangan.

“Mengapakah engkau begitu bodoh berlaku jujur? Mengapa engkau tidak menipu sahaja, agar harta dan nyawa engkau selamat?” Kanak-kanak itu merenung tajam, ia diam tiada terkata. Ketua perompak tidak sabar menanti jawapannya, “Mengapa?”

“Tuan, saya ini penuntut ilmu. Ibu membekali saya dengan wang ini. Ia berpesan kepada saya satu sahaja.”

Ketua perompak disusuli perompak yang lain ketawa mengilai. Mereka begitu takjub akan keanehan kanak-kanak suci itu. Kata ketua perompak, “Apakah pesan ibumu?”



Jawab kanak-kanak itu, “Bahawa ibuku berpesan, agar aku tidak berlaku khianat dan sentiasa jujur. Itu sahaja.”

Katanya lagi, “Jika aku berbohong, maka Allah Maha Mengetahui aku berbohong. Apalah guna aku hidup begitu?”

Perompak-perompak terbungkam seribu bahasa. Bagaimanakah seorang kanak-kanak menghadapi sekumpulan yang boleh menanggalkan kepalanya, merampas hartanya, begitu berani memegang janji kepada ibunya? Ketakjuban mengalir, keinsafan melilit hati-hati yang dibelenggu kegelapan. Pasti kanak-kanak ini seorang yang akan menjadi seorang yang luar biasa!

Perompak-perompak tersebut telah melafazkan kata taubat di hadapan seorang kanak-kanak yang luar biasa teguh memegang janji. Kanak-kanak itu bukan calang-calang manusia. Dia tidak tahu, tika sampai usianya, puluhan ribu manusia bertaubat di tangannya.

siapakah kanak-kanak itu? temui jawapannya disini

subhanallah. kita lewat p kelas pun dah bohong byk. assignment lambat hantar pun bedaah kuat. muhasabah sama-sama!

terimakasih ya sahabat buat peringat sesama insan!

WL: enabcantiksangat

Dōshite.

assalamualaikum.




Watashi wa zan'nen yÅ«jinda. 
Watashi wa kono itami o tomonau itami o eta toki ni sukide wa nai. 
Watashi wa, kikan o imi suru..
 Itsuka emo.

Watashi wa anata no o tomodachi ga daisukidesu.



P. S: Kanjō-tekina kyō. Mōshiwake arimasen.



WL: enabcantiksangat

boria.

assalamualaikum




ye. aku tau. 
itu seni pulau pinang.

tapi aku malu.
rela dikir barat lagi.
wuu :(

semuanya gara-gara nak rekod dlm Malaysia Book of Record.
tahniah lah sebab pilih kami.

p.s: letih tak hilang. senggugut buat hal. turun naik blok cari pengarah. terus pergi pelantikan pandu puteri. dan Alhamdulillah, syukran ya Allah. kerana kau mudahkan aku perguna waktu 24 jam sebaiknya.


WL: enabcantiksangat

best 6 quotes that i want to say to my girls.

assalamualaikum.


hello there! hope you guys have a blasting wednesday today. well, today i'm gonna tell you what i wanna tell to my girls out there!


6. The better part of one’s life consists of his friendships. – Abraham Lincoln
anis <3
i chose this for yuhanis osman because, yes, she is my part of life now. i don't have any other girls out there like her. she's my soul sister.  ily anis!



5. A friend is a gift you give yourself. – Robert Louis Stevenson

dekat hospital kan?
dear nazihah, i have to admit, you're my precious gift ever. i adore your wisdom. and ily too twin! :)

4. If you judge people, you have no time to love them. – Mother Teresa



hey there, if God let me to choose, i will choose my adik, 'Afifah Farah Syamira bt Abu Hassan. she's my best ever best friend. i scold her, no respond (speak like my former english teacher). i tease her, still, no respond. she makes me mad, no respond yet, but i heart her too much! yes syg! i never judging you like others because i have my own standard quality of friendship. :)


3. My best friend is the one who brings out the best in me. – Henry Ford

i don't have your picture, but still, you are more like this. :)


hee:) this one i wanna say to my another precious gift, Ruhaya Rahim (giggles). well, she is my best buddy ever!! she talks a lot but still listen to my whine. i love you best girl! and thanks to all your supportive words!



2. Friends are the sunshine of life. – John Hay

aku curi dah lama, dari dlm frienster kot. hee:) maaf.

well, yes. friends are the sunshine, like wandiba!! she's my sunshine ever. her jokes, woah, like maharaja lawak styles! HAHA. btw, i love her not only because her jokes, also, her friendship quality. she has a great quality that i couldn't compare to some else. and i admit, i adore her brain also. HAHA.



1. Grief can take care of itself, but to get the full value of joy you must have somebody to divide it with - Mark Twain

percaya atau tak, dah lama aku curik dari myspace kau. maaf jgk! :)

yar yar. i award this quote to nazatul aznira. hey, you know naz, everytime people asking me what is friendship about, i will answer, listen to my immortal. the lyric so pure, and it is about us. i will never ever forget how we survive those days yang sangat menggerunkan. hee:) ilysdfm!




well peeps, there are some of best quote that i wanna say to my some best girls. don't you have any to say to your best buddies also? i am freakingly agree that somehow, friends is like a tree that needs seeds and water to keep it alive.


WL: enabcantiksangat