hearts
Thursday, October 31, 2013
. mengundang .
kau dah siap AR nab? kau nak siapkan bila nab? kau dah hantar kat penyelia kau? dah tajuk mana dah AR kau? kau tak jilid lagi?
bertalu. selalu soalan macam ni bertalu dekat aku. baik dari pensyarah, atau kawan-kawan aku. magisnya, aku jawab dengan lancar. dengan nada marah, adakala dengan nada menyampah.
manusia. motivasi ada naik turunnya. iman pun sama. jadi hendak digahkan apa? aku dicanang tidak hebat bekerja? aku dihebah hanya petah berkata? nahh. kesetanan jenis apa yang korang cuba ni? kenal aku hanya pada nama, tidak bermaksud kain aku habis kau selak baca.
jangan jadi kera. kau hendakkan aku, dilambung-lambung sayang. buangkan aku, ditunjal-tunjal macam celaka. sekali lagi aku tanya, kesetanan apa yang korang cuba ni?
lama aku diam, lama aku perhati. bukan aku sengaja diam. konon diam mahu positif. lihat kurang apa dalam diri. makin aku diam, makin seronok korang menari. jelik dengan korang, aku blah angkat kaki. biarkan korang seronok dalam dunia yang dicipta fantasi.
datang balik. cerita tak sedap pasal aku. alaaaaahai. jangan sampai aku gelar yang menyampaikan tu bangang abadi. yang ikut sama lagi dahsyat, konon kamceng padahal baru lepak tak sampai sehari. ini, aku bagitau, kalau baru makan gaji sekali, jangan cerita macam esok kau punch card terakhir kali.
benda macam ni, mengundang beb. tak tahu cerita, ditanya apa. bukan semberono kau canang satu dunia. bukan boleh kau gelak ketawa macam takde agama. tanya.
eh iye. lupa pulak aku. kau kan sempurna, suci dosa. iman kau tiada hadnya. motivasi kau tiada kurangnya. kot ye pun gitu, reti-retilah jauhkan diri dari pendosa macam aku. jangan mintak macam-macam dari aku. aku pendosa. bukan berhala yang kau simpan hujung meja. kau tak sembah berhala, kan?
ada masa aku sabar, ada masa aku pendam. pendam sebab malas cakap dengan orang suci dosa macam kau. yang takde masa untuk orang-orang macam aku. yang hanya "sembah berhala" bila tahik kau dah minta keluar.
kau. memang mengundang.
Friday, October 25, 2013
#JustMyLuck : | cara |
harta.
ada masa datang,
ada masa pergi.
sebenarnya aku sendiri tidak pasti.
apa benda yang aku ingin coret disini.
di kepala hanya mahu tulis "sedihnya hati,"
malangnya hati berbeza rasa sekali.
sabar.
tiga kali kemek body.
entah dimana kena badi.
Tuhan uji sebulan sekali.
apa benar aku setabah ini?
"Tuhan,
aku tahu Kau mahu lihat sejauh mana iman,
yang aku selama ini mahukan.
aku tahu Kau mahu lihat sejauh mana tabah,
yang selama ini aku hebah.
Tuhan,
kepada-Mu ku serahkan,
jiwa, hati, rasa, segalanya.
cinta dan air mata, hanya untuk-Mu Tuhan,
yang Maha Menyayangi aku,
yang Maha Menjaga aku.
yang tidak pernah berpaling dari doaku,
aku bersyukur Tuhan,
kerana Engkau menguji aku tanpa jemu,
tanpa mengira waktu.
cara-Mu adakala membingungkan aku.
Kau hujani aku dengan canda ketawa,
Kau hadiahi aku dengan air mata.
namun harus aku terima,
itu cara-Mu."
biarlah kemek sejuta kali.
aku terus percaya janji-Mu, ya Robbi.
Thursday, October 3, 2013
patutnya.....
tegarnya kau menari di atas tangisanku,
kau permainkanku sesuka hatimu...
dipetik dari lagu Sudah Cukup Sudah, Nirwana Band.
ehem. hari ni, mood teramat baik. kesan daripada penyedaran diri atau reflektif kendiri dengan merendahkan ego dan memandang diri sendiri pada waktu dahulu. kebetulan, hari ini tajuk pembentangan EDU 3108 aku berkisarkan Amalan Reflektif. jadi, untuk itu, kiranya kalau sesiapa mahu penerangan lanjut mengenai amalan reflektif, demi memajukan diri sendiri selain bermanfaat kepada orang lain, mohon rujuk pada aku sementara ilmu masih berbau. mudah-mudahan, ilmu yang aku ada dapat dikongsikan, serta diperkukuhkan melalui pengulangan berulang.
jadi, apesal tajuk patutnya??
aku merujuk kepada apa yang patut kita buat sekiranya kita lari daripada landasan yang kita impikan. aku maksudkan, seperti ingin berubah (mohon rujuk entri terdahulu), tetapi tidak tahu bagaimana perubahan dapat memanfaatkan orang lain.
begini.
seperti biasa, aku dan FcFc akan berbincang, dalam seloroh. mungkin kelihatan silly di mata orang, tapi tidak bagi kami. biasalah, aku dan FcFc bukanlah rakan sekerja semata, bahkan kami merupakan crime partner di mana jua. jadi, hari ini kami menilai permulaan hari berjalan dengan baik dan positif.
CRZ : well, aku rasa hari ni bermula dengan baik. rasa puas hati dengan permulaan hari ni. bolehlah pegi gym dalam keadaan tenang.
FcFc : haah. kau perasan tak, kita present tadi pun macam positif je, mudah je jawab.
CRZ : kau rasa kenapa? aku rasa sebab kita study habis kot, cewwah. mementang baru bentang tajuk refleksi, terus nak membudayakan reflektif. adoo??
FcFc : kan, aku rasa kita memang patut study cukup, baru dapat terangkan kat orang.
CRZ : ke, kau rasa kita sebenarnya bernasib baik sbb mood En. X baik je?
FcFc : hmm. boleh jadi jugak met. ke, sebab dia terpaksa tunggu kita kat kelas PJ2 tadi?
CRZ : ke, sebab kita present dekat PJ2 tadi?
FcFc : kannnn.... manelah tau aura lain kannn.. patutnya kita tukar-tukar kelas setiap sem dengan PJ2.
CRZ : haah. takpun, kita buat sistem naik turun kelas. siapa prestasi cemerlang masuk PJ1, yang kurang cemerlang masuk PJ2. hahaha. kalau buat sistem tu komfem aku study bebaik punya. HA HA HA.
FcFc : kannn.. esaimen pun takut nak hantar lewat. pointer pun komfem top-top jek.
CRZ : Hahaha. nasiiiibb tak buat. aku rasa, kalau buat, memang aku takkan pernah naik kelas lahhhh. HA HA HA.
*warna berbeza menunjukkan proses pemikiran reflektif*
kesimpulan dari perbincangan kitorang ni, aku terus tekan taip entri. sebab aku rasa, kadang-kadang, kita manusia perlu matlamat untuk berjaya. dan matlamat pula wujud jangka pendek dan jangka panjang. jangka pendek bolehlah aku aim nak maintain masuk kelas first. dan panjang pulak, aku boleh aim nak jadi first class honor.
walaupun terlambat untuk kejar pointer, dan buang masa untuk menyesali, jadi aku patut buat refleksi, nilai balik apa kelebihan yang aku ada, dan apa kelemahan yang aku patut atasi. sebab, budaya mereflek diri mampu membawa kita kenang semula fitrah diri, dan berusaha untuk memperbaiki diri. sesuailah dengan usaha aku untuk berubah menjadi lebih baik dan beri manfaat kepada orang lain.
untuk itu, kirim salam dekat kawan-kawan kita yang sedang cuba perbaiki diri dan katakan padanya, reflek dan baiki.
salam sayang. :*
cap:
cerita,
collections,
EDU3108,
hidup,
kelas
Wednesday, October 2, 2013
. hidup dan hirup .
hidup macam satu perjalanan. kena rancang, sebab jalan tak semesti rata. kejap berlobang, kejap jammed tak gerak-gerak. bijak buat keputusan.
hidup macam main dart. nak tuju kena fokus. kena tahu sudut tangan. kena tahu rintangan angin. rasa semua guna deria persekitaran. peka.
hidup macam pilih tempat makan. kena tahu apa yang berbaloi. kena kira feedback pasal kedai tu. kena cuba tempat baru. kena tahu diri. tepat dengan selera.
apepun, hidup masih macam roda. berlagak macam manapun kita, ada masa bagai dipijak. jangan sombong macam tak ada Tuhan. hati baik, Tuhan sayang. bagi taik, lambat laun jilat balik. tak kita, keluarga kita. roda kan?
________________________________________________
beberapa minggu je lagi nak habiskan masa dengan kawan-kawan. lima tahun beb. LIMA TAHUN. lama sangat kenal peri sisi setiap adik-adik aku (dibaca : rakan sekelas). kenal habis. sampai mudah aku terima, mudah aku tepis prejudis.
satu-satu wajah aku belek. seronok tengok ada perubahan setiap dari mereka. Alhamdulillah. dari keras hati sampai boleh diplomasi. Alhamdulillah. aku turut terkena tempias yang sama. Alhamdulillah.
yelah kan. orang berubah ni, memang bagus. aku pun turut rasa berubah dan bertuah. sebab mampu untuk berubah. tapi. ada tapinya. bila berubah, apa yang kita benar-benar fikirkan?
adakah kita berubah untuk mengubah diri kita kerana kita yang mahu perubahan?
adakah kita berubah untuk diri diperhatikan?
adakah kita berubah untuk memberi manfaat kepada orang lain?
kadang-kadang, kita berubah, kita berubah kepada kebaikan. dan fikirkan, kebaikan yang kita bawa, adakah beri manfaat kepada manusia lainnya?
kita omong memang mudah. mahu berubah. adakah hati kita berubah untuk kepentingan diri semata atau demi orang lain sama? mudahkah berubah?
untuk itu, aku pesan.
jadilah manusia yang punya keinginan kerana keinginan akan membawa kepada kejayaan.
jadilah manusia yang memberi kesenangan kerana kesenangan akan membawa kepada kebahagiaan.
jadilah manusia yang hidup dan hirup pengalaman kerana pengalaman mengajar sebuah erti sebenar kehidupan.
jujur ikhlas aku katakan, aku jemu sebenarnya jika semata bertelagah untuk jawapan yang hujungnya aku tahu bagaimana. senang jika dibiar, kerana hak mereka sama. aku tahu, diri sendiri lebih meletakkan orang lain sebagai yang pertama. kerana aku tahu sakit perit rasa diperlekehkan manusia.
carilah aku andai kau rasa susah jiwa.
carilah aku andai pandanganmu tak diterima.
kerana hanya aku,
tahu pedih payau diendahkan kata.
-hanya aku-
Tuesday, October 1, 2013
Belasungkawa - Muhammad Jeffri Abdul Razak (1989-2013)
moga amanlah dan bahgia,
dikau di sana.
setangkai doa juga Fatihah,
terus kukirimkan.
dikau di sana.
setangkai doa juga Fatihah,
terus kukirimkan.
dipetik dari lagu Kau Sahabat Kau Teman Sejati, Hijjaz.
Allahu Robbi. tepat jam 2 petang tadi, aku tergamam. hampir lima minit aku berfikir, siapakah Jep yang Jobeng maksudkan dalam statusnya. entahlah. sukar untuk aku alihkan fikiran waktu itu. mungkin itu Jep lain, getus hati kecilku. perlahan, dengan tidak berganjak, aku pilih untuk melihat komentar langsung dari status Jobeng. Allah. menitis air mata kerana benarlah Jep yang dimaksudkan adalah Jeffri yang aku kenal.
Almarhum merupakan sahabat yang baik. aku kenal almarhum waktu sekolah teknik dahulu. almarhum merupakan classmate Saaim, rakan sebilik aku. tambahan pulak, waktu itu, blok kami berhadapan. nakal aku, dalam tidak suka dikenenkan dengan si Jep, usha jugak dari blok. heh. kelakar.
Almarhum yang aku kenal, seorang yang tabah. anak yang baik. waktu pemergian bondanya dulu, dia tidak melatah lama. dia redha Tuhan lebih tahu segalanya. dalam pada itu, dia sering selitkan nasihat berguna dalam keadaan bercanda. biasalah. Almarhum bukan jenis kongsi rasa derita. lebih gemar menjadi penyelesai masalah, utamanya soal cinta. tidak hairanlah gemar menggelarkan dirinya sendiri Dr Love. hee. nasihat agama seiring bersama.
perginya Almarhum, dalam keadaan tidur. terbaca di wall Fb milik Almarhum, seorang sahabatnya berkongsi, "datangnya dalam keadaan tidur, perginya juga keadaan tidur". Allahu Robbi. mudahnya akhiran cerita Almarhum, detik hati aku. terfikir entah bagaimana akhiran cerita aku. iyalah. bahagian masing-masing. rahsia Illahi.
aku mengetahui pemergian Almarhum, tepat 12 jam selepas pemergiannya. entahlah. aku hanya mampu mengalir air mata dan terus berdoa semoga Almarhum mudah menjawab lisan soalan alam Sana. semoga apa-apa yang telah dibajakkan oleh Almarhum akan membantunya di Sana. sesungguhnya, bagi sesiapa yang mengenali Almarhum, pasti merindui kalamnya yang penuh nasihat jenaka. begitu juga aku.
bak kata Almarhum semasa hayatnya, "jika kewujudanku tidak diendahkan, maka iringilah aku dalam doa kalian". sungguh Jep, pemergianmu satu kehilangan. hilanglah insan yang sentiasa mengingatkan.
ya Allah, Tuhan yang mencipta langit dan bumi, Engkau berikanlah maghfirah-Mu kepada insan yang bernama Muhammad Jeffri Abdul Razak ini. Engkau terimalah setiap benih kebaikan yang dilaburkan oleh insan ini. Engkau bariskanlah dia dalam kalangan para solehin wahai Robbul Izzati.
Al-Fatihah.
pergilah wahai sahabat ke dakapan cinta Pencipta kita.
pergilah wahai sahabat ke pada-Nya.
pergilah wahai sahabat, aku redha.
dan pergilah wahai sahabat, tunggu aku di Sana.
Allah. perlahan-lahan aku cuba mengamalkan apa yang diamanahkan oleh Almarhum. seperti yang terkandung dalam kalam-kalam sebelum. insya-Allah. akan aku cuba permudahkan kau menjawab soalan-soalan kubur. agar kau sentiasa tenang di Sana. menjawab bahawa setiap minit umurmu berjaya mengubah manusia lainnya.
selamat bertemu Pencipta kita, sahabat. |
Sunday, September 29, 2013
# once and always, my favourite song.
meh aku list lagu-lagu paling aku takkan lupa sebab ada cerita disebalik semua.
#1 SCARS- PAPA ROACH
dulu, ingat lagi. lagu Scars ni hari-hari aku pasang. sebab ingat dekat hazri. kecewa dengan dia saat aku jatuh cinta tahap tunggu kawen tu. HAHA
#2 HILANG- GARASI
lagu Hilang adalah paling bermakna yang paling ada. sebab lagu ni, aku jadi terima semua. dan lagu ni terus jadi feveret sebab first time aku keluar tengok wayang dengan hazri. sial.
#3 KU JUGA MENCINTAIMU- SAIFUL MALAYSIAN IDOL
ingat tak, dulu Hotlink ada buat voiceSMS?? Hazri akan sentiasa update seminggu sekali untuk pastikan aku ingat cara dia petik gitar lagu ni. Amazingly, aku masih ingat sampai sekarang.
#4 BILA RINDU- RUFFEDGE
lagu ni paling dan paling bermakna. sebab ini lagu geng nasik goreng jenab. sesape yang pernah cuba nasik goreng aku zaman sekolah dulu, terus boleh nyanyi lagu ni tanpa gagap. hebat tak hebat?
#5 MY IMMORTAL- EVANESCENCE
ini pun sama. lagu paling meaningful dalam hidup aku. pernah aku tulis lirik ni dan aku bagi dekat Azan, adik angkat aku yang cuba nak bunuh diri + lari dari rumah + amik dadah, kau namakan je. aku tulis sebab aku nak dia tahu, aku sayang dia, even dia macam sekarang. :')
#6 CRAWLING- LINKIN PARK
lagu ni pulak paling awesome. lagu yang buat aku jadi remaja. waktu ni aku form 1, dan banyak kali aku pinjam CD LP kat Zahir. itu yang buat aku rasa nak posting dekat Labuan, sebab nak jumpa Zahir. hikhik
#7 BERMULANYA MIMPI- STUBBORN
aku paling takkan lupa lagu ni. sebab lagu ni buat aku dengan Kelly gelak terguling-guling tengok ragam si Sasab, antara kawan-sampai-mati aku. dengan si Den dan Asibnya. aiseh. cikgu asib cikgu asib..
#8 CAT AND MOUSE- RED JUMPSUIT APPARATUS
lagu ni pun lagu yang takkan aku lupa. dulu ada senior zaman sekolah. suka dengan aku. nama dia Roy. baik orangnya. ingat lagi masa tu, aku masuk hospital. dia call berkali-kali. risaukan aku. malam tu, dia OTP dengan aku sampai aku terlelap, sebab aku takut tidur kat hospital. aiseh. so lagu ni, abg Roy yang bagi. ehek.
#9 TWO IS BETTER THAN ONE- BOYS LIKE GIRLS ft. TAYLOR SWIFT
lagu ni pulak, lagu yang secara terus terang aku suka sebab first time lagu ni aku dengar, aku dengar dengan Oreo. hek hek hek. masa tu, kitorang otw pergi Istana Budaya. jadinya, bila aku kecewa dengan dia, aku akan nyanyi lagu ni sampai kering air mata. AHA! psiko gila aku rupanya....
#10 RATUKU- AWIE WINGS
siapa kenal aku, mesti tahu, betapa aku mencintai Awie dan karya-karyanya. begitu juga betapa aku menggilai seorang lagi Awie dalam alam maya. kisahnya, dia seorang pengacau zaman sekolah yang berjaya buat aku merasa zaman ni. jujur aku kata, aku senang dengan hubungan kitorang, sampai sekarang. ada bila perlu, hilang elak jemu.
cukup rasanya 10 lagu diatas. ini kiranya tahap paling yang paling. sebab kalau ikutkan banyak lagu lain. cuma ini paling berkesan kat hati selain punya cerita di sebalik.
toodles!
. kasut dan public transport .
perjalanan jauh tak terasa
kerna hatiku melonjak sama
ingin berjumpa sanak saudara
yang selalu bermain di mata
- dipetik dari lagu Balik Kampung, Sudirman.
hari ni aku cerita pasal sepasang kasut dan public transport. benda yang selalu aku perhati bila naik public transport. iyelah, takkan aku nak cerita tentang bau hazab ketiak entah siapa pulak kan? nak nak sekarang KTM ada ladies koc. so, bau bidadari jelaa yang adeee.. tak gitu? ahaks!
jadi, berbalik kepada cerita. aku sering perhati mak aku pergi balik kerja dulu. selaaaalu pakai kasut ala-ala kungfu cina tu. cap penguin tak silap aku. wonder jugak, camne bos mak aku kasi lepas pakai kasut macam tu. hmmmmm..
beginilah rupanya. tapi yg ini aku gugel jek.. |
mak aku ni, lepas ayah aku jadi orang pencen, memang naik KTM je. maklumlah, takde lesen. ehekhek.. jadi, dia pun semangat beli kasut cemni. isk isk.. bila aku tanya, mak aku suka jawab ikut suka dia.
Adik : Mak, si Polan tak marah mak ke pakai kasut yang emmm cantik sangat ni pegi ofis?
Mak : ehe. dia pun pakai macam ni tiap hari.
bila aku macam dah ada akal, baru aku sedar. kasut ni selesa. senang nak lari-lari kejar tren ala-ala hindustan tu masa atas jambatan nak cross rel tu. ihiks!
kya ka huar hey, kuch kuch hota hai~~ |
akal ni aku dapat masa aku selalu naik bas dan tren yang jadi penghubung aku dan rumah. iyelah, dari Penang, aku suka naik bas. berhenti pulak dekat KL. bukan apa. memang ada bas direct pegi Kajang, tapi selalunya timing tak best. so aku prefer naik bas ke KL then amik StarLRT Plaza Rakyat sampai ke BTS then tukar KTM terus ke Kajang. aah. aku suka susahkan diri tukar kenderaan ni. dari timing tak best. haah.
disebabkan kepandaian aku yang suka transit ni, aku menilai peribadi manusia berdasarkan kasut apa yang diorang pakai masa diorang dalam public transport.
#1 FASHIONISTA
ewah. diva kau. dari atas sampai bawah, melarammm tak sudah. kau dari Penang jugak cik kak/abg. turun KL terus nak dating ke camne? satu lagi. Pudu je kan? KLIA boleh jugak terima dek akal aku. ah-haa!!
#2 BERMUSIM
kategori ni, pesen yang suka pakai kasut ikut musim. bukan berlatarkan dia naik apa. dah kalau musim tu semorang pakai but, dia pun ikut sama lah. ada iras-iras diva kat atas ni jugak. ehem.
#3 PEDULI APA ORANG KATA
individu jenis ni hanya pentingkan selesa. tak kisahlah gladiator je ke, flipflop je ke, asalkan dia selesa. lagi pulak, turun Pudu kena amik tren tau tidak? kena hamikk tangga lagi. jadi tak menyesal lah kalau individu ni pilih flats sebagai pilihan hati dia.
#4 SUKA COMFORT TAPI LEBIH STAILISTA
pesen ni pulak, jenis pakai sneakers tak kira masa. hujan ke panas ke, harungg sama. yang penting comfort dan tak comot. selalu individu macam ni aku jumpa yang lelaki lah. pikir panjang, bas kan sejuk. jadi pakai sneakers lebih selesa. ehek.
apepun, ni dari sudut pandangan aku. sebagai seorang anak di perantauan.. pulanglah di hari rayaaaaaaa~~ gituhhhh..
sekian sahaja post yg telah menjadi draf selama 4 minggu. ehek!
adioss!
Subscribe to:
Posts (Atom)