hearts

Friday, December 28, 2012

# quote - It's Sayyidul Ayyam

Assalamualaikum w.b.t and greetings everyone!


today is Friday, lets preach togetherrr!!! Bismillahirrahmanirrahim.


Friday which also a Sayyidul Ayyam for Moslem. Sayyidul Ayyam means the head of days in a week. it is the best day for us (Moslem) to fill the day with zikr, side worships, and ask our Allah the best for our life indeed.

I read this on my friend's status, and would like to share with you.




so. Friends, what do you think??  Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Allah.


I also found this and it was like my alarm to repeat the deeds again and again.




say it friends!!!! let the spirit longlastingg!!!!


WL : enabcantiksangat

Thursday, December 27, 2012

bebel dan menangis.

assalamualaikum w.b.t dan selamat kepada semua.


Alhamdulillah. 7A 1B. itulah result PMR Laily.


For most, mestilah aku sebagai kakak berbangga dengan kejayaan adik sendiri. nak nak memang aku jaga kebajikan dia, dari awal sekolah menengah. aku cuba sebaiknya menjadi kaunselor, mendengar dan menasihat. mengambil kira sebarang pelajaran yang aku pelajari tentang perkembangan intelek remaja masa kini. aku eksperimen ke atas Laily. dan bebelan aku menjadi. aku menangis dalam hati kerana Allah mendengar doa tidak putus-putus untuk kejayaan Laily. aku berlatih menjadi seorang kakak yang baik dan seorang bakal ibu yang berjaya. aku percaya, dengan perhatian yang sewajarnya, anak-anak akan berjaya. bukan bagi duit atau hadiah semata. pelukan dan kehangatan kasih sayang yang mencipta segalanya.


aku tahu, aku masih kekurangan sesuatu. aku masih tidak fasih lenggok bahasa badan Laily yang kini sering memberontak tanpa sebarang sebab munasabah. merajuk dan kurang makan menjadi bahan minta perhatian. dia nak kurus ke? orang ejek dia gemuk ke? dia tak suka makanan yg dihidang ke? atau dia minat seseorang? entahlah. susah nak dibaca. tapi aku tetap berusaha. bak kata Singham, anjing kalau merayau macam mana sekali pun mesti pulang rumah tuan dia. tapi, Laily anjing ke? keh keh keh. apelah benda yang aku rapikkan ni. haishh..


aku cuba sedaya upaya menjadi motivator Laily untuk lebih cemerlang. bagi dia peluang melihat kejayaan insan2 berjaya dalam keluarga aku. aku risau, dia masih tak ada cita-cita yang tetap. itu yang dia lisan kan pada aku lah. tak taulah kot dia pendam tak mau orang tahu. bagi aku, cita-cita ni penting untuk bagitahu pada diri kita untuk terus berusaha. macam Randy Pangalila cakap kat Elfira Loy tu, kalau bermimpi itu, biar sampai ke bintang. kalau tak capai bintang, bulan pun tak apa. dari terus pijak ke bumi dan hanya memagut rumput kering (itu aku yang tambah).


aku harap Laily terus berusaha. jadilah siapapun yang dia mahu jadi seperti. asal tidak lupa akar di bumi. terus menjadi padi yang makin berisi makin tunduk ke bumi. tidak seperti lalang yang hanya cantik dibelai angin yang nyata memberi ketakutan pada jiran sebelah (aku tahu. retorik ayat melampau). okay. bosan.


WL : enabcantiksangat

Monday, December 10, 2012

cuti-cuti Malaysia - Melaka

assalamualaikum w.b.t and hello friends.

semangat menulis kali ni teruja. taklah teruja macam kalau jumpa labah-labah masa tengah kemas rumah, mahupun keterujaan semasa mengutip ketam di pesisiran pantai. eh.

baru-baru ni, keluarga aku bersemangat waja ke Melaka untuk memenuhi jemputan geng ngeteh merangkap jiran lama kitorang yang mengkendurikan anak-anak mereka. ye. anak-anak. 2 pasangan diatas pelamin nan indah. wah. meriah. kediaman diorang tak jauh dari pekan Alor Gajah iaitu di Krubung. banglo persaraan katenye. erherher... nak nak pulak kali ni pergi dengan jentera baru keluarga weolss, semakin memBarra lahhh semangatnye...

FLX Exec katenye.. 

so, kitorang sampai agak awal, kuranglebih jam 11.30 pagi. ngam-ngam lunch lah. then, lepas pelukcium dengan jiran lama dan geng ngeteh apak aku, kitorang memanjangkan langkah untuk ke bandar hilir untuk merasa jadi pelancong. jalan jem gila hanj. pukul 2 baru dapat Zohor di Masjid Al-Azim. oh ye. most of masjid kat area Melaka banyak beza dengan senibina masjid sekitar Malaysia. kalau macam area Selangor, kubah-kubah menjadi taruhan. tapi di Melaka, macam pagoda. pergh. nampak nau aku dah lama tak ke Melaka. 

"adik kawen dulu, adik dpt baby dulu!" ini Amad. dah jadi bapak dah kau. cikgu Meow mesti tak percaya.

ini kak Shila. yg sulong dalam Rahman's family. tahniah kakak!

ini Faiz dara. dah tak berapa nak dara sebab dah jadi laki orang. wkwkw

bila jalan jem, ini saja kerja yang dijayakan.

masjidnya. tengoklah senibinanya. menarrrrikk

ini gereja lama. depan nya hospital. dah takde nak seram lagi?

left right left. 

adik aku semua kata macam muka Chandramukhi. silaka masing-masing.

okay. bila berjaya sampai, aku pun meletak kereta. takut kena saman, iolss carilah pepondok yg jual kupon parking. kemain jauh. ditanya seorang demi seorang. oh ye. sempat tanya abang hemsem jual baju. dan akhirnya jumpa kedai yang di cari. dan aku faham kenapa ramai kena saman. sebab buang masa. dem. then, aku diberi not RM50 oleh mak. upah bawak adik-adik masuk muzium Samudera, sebab mak ayah aku nak dating makan asam pedas dan wajik. tak baik betul. wuwuwuwu

murah aje tiketnye. RM 2 utk dewasa, singgit utk kekanak. utk foreigner, mahal sekali ganda. 

Muzium Samudera Fasa I


Muzium Samudera Fasa II

disebabkan mak ayah aku plan nak melawat kak Uty yang dah menetap dekat Melaka, petang tu kitorang terus direct kerumah beliau. cadangnya nak sekadar melawat, tapi ada sikit hal yang buat mak ayah aku nak stay situ semalaman. so, malam tu kak Uty bawak weolss ke kedai makan asam pedas. memang awesome, rasa dia seimbang. antara masam dan pedas. 

workers kedai ni peramah. leh mintak tambah

syok hirup-hirup. slurrrrpppppppppppp~

esoknya kitorang pun balik ke kajang. oh ade singgah Nilai 3. cari sarung telur dan beberapa barang hiasan hantaran lain. semangattttt!! 

sampai rumah, tidurrrrrrrrrrrr lah. 


k fine. panjang. sorry. tetap sayang korang yang baca dari mula sampai habis. muah muah


later, aku cerita pasal rambutan dan pulasan. hmm. menarik cuti kali ni. till then, love you.


WL : enabcantiksangat

Sunday, December 2, 2012

snowy + December = not in Malaysia

Assalamualaikum w.b.t and hello guys!


it is December. it almost I made through this 2012 year brightly. it was too drama, at first. sad and happy, altogether, brought me to be a strong and mature daddy's girl. I've met new people, become a good friends, then always link to each other. then, I'd face true colors of some people. not everyone is good and it is not bad to be bad (at some time). but I believe, all these best scene is the best way for me to keep learn how to keep myself a brave daughter, family and friend.

its not snowy in Malaysia. but I hope, one day, I could make my ABC (air batu campur) from snow. and maybe, soon. erherher~


again,



WL: enabcantiksangat

Monday, November 26, 2012

hari teruk berakhir.

assalamualaikum w.b.t and hello.


sejak aku balik rumah, sejak hari terakhir paper exam sem 6 aku, baru semalam aku dapat tidur yang tenang. keliru jugak. bila ditanya si Karim (doktor panel mak), aku kemurungan. ye. jawapan standard macam selalu aku baca bila menghadapi kesukaran tidur. aku buat muka tonyok jelah bila doktor cakap macam tu. dan free jek bagi duit charge. padan muka. sapa suruh tanya?

aku baca beberapa perubatan Islam, tentang masalah tidur malam. ada yang aku baca, sebab ada saka yang berkenan nak bertuan baru. ada jugak sebab jin berkenan nak buat berkawan. kebetulan, ayah aku mimpi ambil 2 orang bayi kembar, lelaki dan perempuan. whoa. memang aku fikir ada orang dengkikan family aku ke? kalau ya, aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau kitorang sekeluarga pernah menyakitkan hati kau orang, sama ada secara lisan, tulisan mahupun perbuatan. biasalah. orang takkan marahkan kita kalau kita tak buat apa-apa. maaf ya.

AKU TENGOK TANYALAH USTAZ! (tetiba capslock kau pehal?)
ustaz tu cakap, kena kenal pasti, masalah aku ni, betul ke masalah jin, atau kemurungan macam doktor cakap. sebab, jin ni macam manusia jugak. tak baik kita tuduh dia yang bukan-bukan. elok bukan jin puncanya, 'dia' boleh marah sebab tak pepasal kita tuduh 'dia'. so, semalam aku cuba pasang ayat Ruqyah sebelum tidur sampai ke Subuh.

Alhamdulillah. Aku tidur lena sampai Subuh. mata cepat mengantuk dan terus lelap. tak ada langsung masalah berjaga tetiba secara berkala macam biasa (2am-tidur-3am-tidur-4am).

akhirnya, hari teruk berakhir. mungkin juga sebab aku penat berjalan semalam. dari bekfes kat Anjung, ke Metro Kajang, ke Econsave dan ke Jusco. sehari berjalan mencari baju sekolah, dan tanpa mandi (dirty little secret) langsung. balik rumah baru mandi. tak ke silaka perangainya?

metro kajang

econsave jalan reko




papepun, aku suka rasa SIHAT MACAM SEKARANG. terima kasih Allah! Kaulah sebaik Pencipta. <3


till then #PrayForGaza <3

WL: enabcantiksangat


Thursday, November 22, 2012

# darjah hidup

assalamualaikum w.b.t , hello fellas.


selesai separuh kebab ayam dan beberapa ulas durian penyebab untuk aku memulakan langkah malam hari. garis masa di burung biru jelas punya cerita 1001. tidak dilupa saat mula muka buku ditaip rapi. bismillah dulu, kata kak fynn.

aku melihat banyak ragam manusia, yang kadang-kala tersingkap satu demi satu cerita, sarat dengan dongeng dan telenovelanya. aku senyum melihat keseronokan mereka berkongsi cerita. saat tiba paten terlupa untuk update check-in nya, saat aqil minta sedekahkan Al-Fatihah, sampailah seorang gadis pucuk muda yang sedang berusaha untuk elak letak pisau tamatkan nyawa kerana ketidakprihatinan keluarga keatasnya. sound terrific? aku sengaja tambah perisa. terbawa-bawa.

aku ingin berkongsi cerita. tentang aku yang dikata manja dan anak kesayangan semua.


aku memulakan usia bertatih tanpa ibu bapa disisi, kerana mereka sibuk bekerjaya. aku mula bertatih di kampung, Sungai Haji Muhammad, dengan kehadiran 2 insan dewasa, Opah dan Mandak. aku tak tahu eja mandak yg sebenarnya. maka aku eja dengan guna bahasa yang aku sebut. adik-beradik yang lain semua mak ayah ada di sisi semasa proses mereka bertatih, sebab masa jaman along hingga piah, Makwe (Maklong-untuk siapa yg bertanya) ada duduk berhampiran mereka. jaman aku, dalam perut, famili aku duduk kt flat Keramat, dah lahir rumah baru, kat Kajang pulak. jauh dari keluarga mak mahupun ayah. jadi, keputusan paling tepat, hantar kitorang adik-beradik semua kat kampung, menjadikan aku yang tak tahu apa terlibat sama.

tahun demi tahun. aku diserah kepada keluarga Opah itu, Tok ini, Wan itu dan keluarga ini. jarang masa kecil seingat aku dari umur 2 tahun hingga 5 bersama famili sebenar. aku pernah duduk lama dengan arwah TokTeh. terlalu rapat sampai kadang-kadang aku ingat Ayah Hassan tu ayah aku (Ayah - pakcik untuk panggilan kerabat). TokTeh sangat baik. model ibu yang unggul jaman itu. masa suami TokTeh meninggal, aku menyorok dalam kereta antik dekat garaj bawah rumah TokTeh. sebab aku sedih nanti sape nak bawak aku pegi makan aiskrim. lepas kebumi, terus aku masuk Library rumah TokTeh, tenung lama-lama organ piano milik arwah suami TokTeh. mak aku sedar, terus tarik aku keluar. semua orang tak tahu, betapa aku sayangkan mereka itu. al-Fatihah buat Arwah TokTeh dan suaminya. :')

aku pernah tinggal dengan Opah lepas tu. masa tu, aku dapat rasa, mak ayah aku selalu melebih-lebih kerja, sampai anak-anak diserah bagi orang jaga. tapi untung duduk dengan Opah. aku diajar mengaji percuma, kenal dunia kanak-kanak sebenarnya, main rakit, main campak batu lompat tiga kali, makan jambu air dari pokok, main masak-masak guna tempurung kelapa, berendam dalam air nyor kelapa, dikejar ibu ayam sebab buli anaknya. seronok. aku lupa kejap kesibukan ibu ayah dekat tempat kerja.

bila dah mula sekolah, aku duduk kajang. dan bermulalah era rasa aku forever alone. aku mengaku. aku lebih matang dari kanak-kanak biasa. mungkin sebab jaman kanak-kanak aku yang awalnya membuat aku tertekan dengan dimensi yang pura-pura. aku anak bongsu masa darjah satu. dan cikgu tak suka dengan aku. sebab aku banyak idea menipu. bukan salah aku? entah. aku selalu kena ketuk kepala, sebab degil tak mahu mewarna. kadang-kadang tak bawak buku, konon lupa. terima kasih Cikgu Zainah, kerana awak buat saya sedar masa tahun dua. aku dah jadi kakak April 1997. sedih memanglah sedih. sebab dah tak jadi bongsu. seluruh perhatian mungkin bukan milik aku. dan itu yang berlaku.

adik demi adik aku dapat saban tiga tahun. kali ketiga, fullstop. mak letih. aku semakin perlukan perhatian. kalau dulu, aku cuba jadi budak baik, dapat nombor satu saban peperiksaan. bila adik yang terakhir, aku jadi cemas, mak ayah semakin lupa ada anak lain yang butuh perhatian. aku mula jadi nakal. surat amaran demi surat amaran dialamatkan. aku bakar dan ada ketika aku simpan dari pengetahuan. mak ayah cuma tahu, result aku perlu bagus untuk jadi contoh adik-adik. tidak sekali cuba datang hari report card. sedih. PIBG apetah lagi. ada mereka heran?

bila aku masuk asrama, tiap malam aku dan kawan-kawan buat sesi muhasabah. dendangkan cerita bahagia mereka dengan keluarga, aku sedar sendiri. aku juga punya keluarga bahagia. kunci bahagia ada pada aku. cuma aku tidak melihatnya sebaik-baiknya. dari kaki mencarut jaman Jalan Bukit kepada seorang yang malu-malu untuk mencarut. terima kasih kawan-kawan kerana membesar bersama aku.

aku dewasa dengan berpegang teguh dengan sabda Rasulullah yang berbunyi "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa" (Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 (Kitab al-Birr wa al-Shalah, Bab berkenaan keutamaan pada keredhaan ibubapa)dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 515.)

aku bukan semata-mata buta ikut cakap ibu ayah semata. aku percaya, rezeki yang aku ada hari ini berpunca dari doa mereka. menjadi anak yang derhaka adalah sia-sia. itu yang aku belajar. mereka mungkin silap, kerana tidak meluangkan masa bersama aku semasa aku membesar, tapi kerana mereka juga aku cepat matang faham dunia bukan selalu bersama kita.  dan kerana mereka jugak, aku tahu, bukan mudah menjadi ibu bapa yang berjaya.

terima kasih mak. terima kasih ayah. masa lalu tetap masa lalu. ayuh berpegang masa sekarang. kerana tak mungkin kita mahu mengulang yang telah lalu. 


p.s I : hope adik itu tahu aku tetap bersama kamu. dunia remaja penuh pancaroba. teguhkan diri sendiri. biar kawan dengan siapapun, kita tetap dengan jati diri. jangan mudah terpengaruh. aku sudi jadi kakak kamu, itu kamu tahu sejak kamu darjah satu, kan? 


p.s II : aku tak tulis untuk perhatian murahan. sekadar satu perkongsian. :)


WL: enabcantiksangat

A Class Clown

you inspire us.


as a teacher to be, i really hope that one day, i could inspire my student enough. i hope that my student could remember each word i said. i really hope that will happen to me.  as for me, there is a reason, why a teacher should be a class clown. watch this please.


i used to play as a singer in the class. i used to play as a song writer. i used to play as a broken arm teacher. etc etc. all this because i love teaching. i love them, my student. i love the way they interested. i love when i inspired them. as Alex, being a teacher is more being a friend. we listen and we understand. especially once when we're teaching the city boy/girl. it's a bit different when we are kampung teacher. they still obey yet a little naughty.  compared to city boy/girl, they doesn't care about the rules, all they know is, they are much wiser than a teacher so they got boring all time. ironic. so, as a teacher, i have to lowered my EGO. we know that student or teenager or even a primary school boy/girl, they are really egocentric. there we need the win-win situation.

i guess, my ambition is to be a very AWESOME, SUCCESSFUL CLASS CLOWN.

till then, #PrayForGaza guys.


WL: enabcantiksangat

Wednesday, November 14, 2012

.soal kawan.

kawan sampai bila-bila.
macam susah je nak realisasikan soal itu. 
adakah pendapat akan diterima sampai bila-bila.
atau ditolak mentah tanpa dengar satu dua perkara?

kawan sampai mati.
hendak berkawan sampai ke lahad.
cermin diri dulu tanya sanggupkah kita segalanya untuk kawan?
atau penembak senyap biar jatuh dan pura-pura bangun bersama konon kita malaikat?

susah senang biar bersama.
soalnya bagaimana hendak toleransi andai masa dan ketika menghalang tiap waktu bersama?
susahnya seorang kawan jauh entah di mana.
senangnya seorang kawan adakala bukan takdir kita bersama bahagia.

kita menitip doa buat kawan.
semoga senangnya dia setiap hari menghadapi dugaan.
itu tugas kita, seorang kawan.
bukan merenung masa silam harap dapat bersama arakian.

hela nafas, berat.

sesusah kawan, adanya kita, rasa diringankan beban.
sesusah kawan, adanya kita, jadi mudah semua perjalanan.
sesusah kawan, adanya kita, pelengkap jalan.
sesusah kawan, adanya kita, lebarlah senyuman.

kadang-kadang ternala.
dewasa ini ketepikan soal kuantiti.
tingkatkan jumlah kualiti.
cuma aku sering dihalang oleh rasa bertimbang rasa.
aku tidak akan pernah sempurna dalam apa jua soal, terutamanya soal berkawan.
apa guna aku bertindak seperti Tuhan memilih kawan meski jelik di pandangan?


dan aku tahu, biar kawan mengajar aku setiap katlum kehidupan.
tanpa aku perlu letak skala 1-10.
kerana tiap mereka sempurnakan tiap cela aku.


WL : enabcantiksangat

Monday, November 12, 2012

tak perlu dendam, sayang.

diam aku kerana rajukku.
tidak kerana dendam terhadapmu.
air mata tertitis laju.
terhiris seketika dengan sikapmu.

silapku ternyata.
sayangku hanya bayang-bayang.
kau rosakkan separuh jantungku.
tak berfungsi separuh ragaku.


kelam.




Monday, November 5, 2012

.semester enam.






assalamualaikum w.b.t dan hello.



nothing much to say. end of this semester. last paper was awesome. PJM 3115. i will never forget. all i can do is, smile. hope this will be better.

done everything. tidy up the room, clear stuff here and there. downloading new songs. all i have done except one thing, sleep. hope i can sleep after i'm done jotting all here.

well, hello holiday! it seems i have lots of thing, kenduri, bekwah and so and so. from week 1 to week 5. full house!


so till then, maybe i will keep updating, or maybe not. yet, i have to prepare lots of thing for next year practicum, with new partners, with lecturers, school things up and ready for few Action Research problems. insha-Allah. i will done it before new year eve.


iloveyou,

ENAB





Sunday, November 4, 2012

live your life by yuna zarai

assalamualaikum w.b.t and hellllloo :))


aku sedang dalam mood study. tapi biasalah, bila study, haruslah ada bunyi-bunyian sebagai bahan aktif cecair otak. maka, aku memilih lagu Live Your Life by our nation proud, Yuna. lagu yang relax, tenang je. oh ye. ini juga satu review *again?*


lagu ni single pertama Yuna untuk album beliau yang dilancarkan April 2012, YUNA. album kali ni jugak yang melonjak naik nama beliau sehingga ke #23 dalam Billboard Heatseekers Chart. yeay!! clap clap untuk Malaysian Artist macam beliau. oh ye. jangan lupa vote Yuna untuk Shout! Awards okayy!!!






dan Pharell Williams adalah produser lagu Live Your Life ni. *drop it like its hot babehhh!!*


enjoyceeee :))




Chorus:
Find your lightDon’t hide from what you areAnd rise before you fallAnd hope for something moreLive if you really want toLive if you really want to
V.1 
All my life I’ve been looking for something amazingIt’s almost like I’ve been stargazingThe sky is right above meWe were meant for something bigger than thisDon’t ever try to dismiss yourself cause you don’t have to

(Chorus)
V.2
All my life my dreams just seemed so far awayAnd now it’s like they’re here to stayI hold it close to meWe were meant for something bigger than thisDon’t ever try to dismiss yourself cause you don’t have to
(Chorus) x2
Live if we really want to
Live if we really want to
Live if we really want to
Live if we really want to
[ From: http://www.metrolyrics.com/live-your-life-lyrics-yuna.html ]

Saturday, November 3, 2012

# peperiksaan medan tahu kita kawan untuk kepentingan atau kawan sampai mati.

assalamualaikum w.b.t dan hello readers.


aku sudah 23 tahun 4 bulan. seumur hidup aku, kawan memang ada di merata-rata. kiri kanan selatan utara, oh ye, pantai timur tidak dilupa. seronotnyerr ada kawan! seronot-seronot-seronot! mana-mana pergi, hello hello.  ewwaah! heaven!


kali ni aku nak kongsi sikit pengalaman. tentang kawan untuk kepentingan. oh tak cukop jahat. FRIENDS FOR BENEFITS. *tetap tak jahat kurasa*.

.aura syaitonnnn nirr rojim datang sekarang.


suatu hari, di sebuah asrama, datang seorang makhluk yang hanya sekadar melampiaskan senyuman kadang-kala, ke bilik aku. tiba-tiba tanya, "kau dapat spot tak?" dan aku sebagai pelajar yang jujur lagi berintegriti menghujahkan yang aku tiada spot malah aku belajar bukan ikut spot. aku skema. jadi orang skema memang bengal untuk study ikut spot. ye itulah aku yang aku impikan. menjadi manusia skema sebetulnya. jadi, si dia menjadi hampa kerana tidak mendapat apa yang diimpikan. dan mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.


suatu hari, di dalam bilik, bersendirian. ku ingat kalau ada suami, aku mahu berjimak kerana keadaan sangat bosan tatkala peperiksaan menjelma. tapi apakan daya, hanya menonton rancangan favourite atau movie sahajalah peneman manusia hampir skema ini. tiba-tiba datang seseorang yang biasanya berkata hai. aku terkujat. hampir pengsan. jadi ku tabah melampiaskan sekuntum senyuman sangat manis kononnya menerimanya seadanya. tiba-tiba, si dia tanya "sudah habis study kah?" maka luruhlah jantung aku. penat ku berpura-pura senyum, dia langsung tidak perasan aku sedang asyik mengunyah sebaldi cornflakes. tapi aku tetap memilih untuk menjadi Drama Queen, dan dengan sinis, "kau nampak tak baldi ni isi apa? dari tadi aku asyik makan dan makan sambil baca nota dekat laptop *sambil tunjuk isi blog*. "


suatu hari, saat printer aku hampir jahanam. aku pun meluangkan masa melihat lapangan sosial aku di facebook. manusia kaki LIKE dekat post-post aku *dan barangkali seorang SilentReader aku* tiba-tiba berusaha untuk say hi dekat ruangan chat. ye. kau tahu kini bagaimana aksi overreactive aku. aku melompat jatuh dari kerusi sebab teramat terkujat. "lecturer kau ada bagi hint tak kali ni masuk ape" ye. terlalu direct. sebab aku malas nak taip hiperbola. penat. letih and tired. aku pun terus logOut.



kau siapa yang baru nak cari aku?


kita bukan lahir untuk jadi kedekut ilmu.
kita juga bukan lahir jadi manusia yang dah dapat ilmu tak reti ucap terima kasih.
ucapan terima kasih bukanlah hanya dengan mulut. tapi turut diperakui dengan sikap dan penghargaan. 


aku tak kata ini yang terjadi pada aku. mungkin terjadi kepada kawan-kawan aku. mungkin pada anda juga. Friends For Benefits type is everywhere. maybe di ofis, maybe di pejabat. ye sama saja. tak kisah. waktunya juga berbilang. kejap malam, kejap siang. kejap waktu exam, kejap waktu kerja sekolah tak siap. kejap waktu assignment kena hantar lagi 24 jam, atau kadang lagi 36 jam dari waktu untuk presentasi. tiba-tiba akan datang makhluk yang hadooo tiba-tiba mintak itu ini. lepas tu muka tembok. lepas tu kopipes. lepas tu edit ayat pasif ke aktif, imbuhan apitan. lepas tu mengaku dia yang buat semua A-Z. lepas tu dia dapat markah highest lagi. lepas tu, aku terduduk kata whaddepork?

itu belum lagi jenis yang kata tak study lagi, tapi tiap-tiap sem kau dekan. lagi sekali, aku ucap "outta my way please."


whatever it is, pastikan kita bukan jenis itu. kita kan kawan-kawan yang ohsem dan tahu apa itu nilai seorang sahabat. jadi, jangan perjudikan soal kepentingan diri sahaja. fikirkan mereka yang sudah anggap kita kawan. hargai mereka. pleased them. yang kita layan lite lite tu, janganlah gamak sangat tanya untuk kepentingan diri sendiri. dah tahu exam lagi 2 minggu, kau buatlah ayat puitis. belanjalah kepsi mekdi sehari dua. kenny rogers dua tiga kali. baru ilmu yang kita dapat nanti barokah. HAHA. jangan buatlah maksud aku.



selamat berjuang untuk paper akhir untuk semester ini. paper major. rasa bahagia jek sebab cuti ni diisi dengan kenduri kahwin. ekekeke..



p.s : exam kali ni aku macam kurang feel. entah kenapa. malas barangkali.


till then, iloveyou.


WL: enabcantiksangat

Friday, November 2, 2012

# perjanjian







"Di kedua belah telapak tangan kita, ada 

suatu perjanjian kita dengan Pencipta. 



Sebelah kiri terukir garisan seakan nombor 81 


(dalam tulisan jawi), dan di sebelah kanan 


terukir seakan garisan nombor 18. Ia 


membawa maksud 99 nama Allah.




Sewaktu dari lahir (bayi) lagi, kita telah 


menggenggam tangan yang membawa 


maksud menggenggam janji untuk beriman 


pada Allah SWT."



Wallau'alam.