hearts

Thursday, December 27, 2012

bebel dan menangis.

assalamualaikum w.b.t dan selamat kepada semua.


Alhamdulillah. 7A 1B. itulah result PMR Laily.


For most, mestilah aku sebagai kakak berbangga dengan kejayaan adik sendiri. nak nak memang aku jaga kebajikan dia, dari awal sekolah menengah. aku cuba sebaiknya menjadi kaunselor, mendengar dan menasihat. mengambil kira sebarang pelajaran yang aku pelajari tentang perkembangan intelek remaja masa kini. aku eksperimen ke atas Laily. dan bebelan aku menjadi. aku menangis dalam hati kerana Allah mendengar doa tidak putus-putus untuk kejayaan Laily. aku berlatih menjadi seorang kakak yang baik dan seorang bakal ibu yang berjaya. aku percaya, dengan perhatian yang sewajarnya, anak-anak akan berjaya. bukan bagi duit atau hadiah semata. pelukan dan kehangatan kasih sayang yang mencipta segalanya.


aku tahu, aku masih kekurangan sesuatu. aku masih tidak fasih lenggok bahasa badan Laily yang kini sering memberontak tanpa sebarang sebab munasabah. merajuk dan kurang makan menjadi bahan minta perhatian. dia nak kurus ke? orang ejek dia gemuk ke? dia tak suka makanan yg dihidang ke? atau dia minat seseorang? entahlah. susah nak dibaca. tapi aku tetap berusaha. bak kata Singham, anjing kalau merayau macam mana sekali pun mesti pulang rumah tuan dia. tapi, Laily anjing ke? keh keh keh. apelah benda yang aku rapikkan ni. haishh..


aku cuba sedaya upaya menjadi motivator Laily untuk lebih cemerlang. bagi dia peluang melihat kejayaan insan2 berjaya dalam keluarga aku. aku risau, dia masih tak ada cita-cita yang tetap. itu yang dia lisan kan pada aku lah. tak taulah kot dia pendam tak mau orang tahu. bagi aku, cita-cita ni penting untuk bagitahu pada diri kita untuk terus berusaha. macam Randy Pangalila cakap kat Elfira Loy tu, kalau bermimpi itu, biar sampai ke bintang. kalau tak capai bintang, bulan pun tak apa. dari terus pijak ke bumi dan hanya memagut rumput kering (itu aku yang tambah).


aku harap Laily terus berusaha. jadilah siapapun yang dia mahu jadi seperti. asal tidak lupa akar di bumi. terus menjadi padi yang makin berisi makin tunduk ke bumi. tidak seperti lalang yang hanya cantik dibelai angin yang nyata memberi ketakutan pada jiran sebelah (aku tahu. retorik ayat melampau). okay. bosan.


WL : enabcantiksangat

3 comments:

Anonymous said...

ALANG: dia nak jadi chemical engineer...dia dah luah kat aku..:)

Anonymous said...

ALANG: dia nak jadi chemical engineer..dia dah kabo kat aku masa sesi luahan hati bersama mama tersayang..hehehe kelakar jugak..xleh tahan tang perkataan "malas" tu yang selalu keluar kat mulut dia...hehehe

maizatul suraya said...

biasalah remaja. yg penting kita tak paksa dia. biar dia ada motivasi dalaman sendiri. tugas kita biar sekadar ingatkan, bukan paksaan. dia bijak. dia dah besar. bkn budak2 mcm dulu. biar dia fikir sendiri, whats best for her.