hearts

Monday, December 10, 2012

cuti-cuti Malaysia - Melaka

assalamualaikum w.b.t and hello friends.

semangat menulis kali ni teruja. taklah teruja macam kalau jumpa labah-labah masa tengah kemas rumah, mahupun keterujaan semasa mengutip ketam di pesisiran pantai. eh.

baru-baru ni, keluarga aku bersemangat waja ke Melaka untuk memenuhi jemputan geng ngeteh merangkap jiran lama kitorang yang mengkendurikan anak-anak mereka. ye. anak-anak. 2 pasangan diatas pelamin nan indah. wah. meriah. kediaman diorang tak jauh dari pekan Alor Gajah iaitu di Krubung. banglo persaraan katenye. erherher... nak nak pulak kali ni pergi dengan jentera baru keluarga weolss, semakin memBarra lahhh semangatnye...

FLX Exec katenye.. 

so, kitorang sampai agak awal, kuranglebih jam 11.30 pagi. ngam-ngam lunch lah. then, lepas pelukcium dengan jiran lama dan geng ngeteh apak aku, kitorang memanjangkan langkah untuk ke bandar hilir untuk merasa jadi pelancong. jalan jem gila hanj. pukul 2 baru dapat Zohor di Masjid Al-Azim. oh ye. most of masjid kat area Melaka banyak beza dengan senibina masjid sekitar Malaysia. kalau macam area Selangor, kubah-kubah menjadi taruhan. tapi di Melaka, macam pagoda. pergh. nampak nau aku dah lama tak ke Melaka. 

"adik kawen dulu, adik dpt baby dulu!" ini Amad. dah jadi bapak dah kau. cikgu Meow mesti tak percaya.

ini kak Shila. yg sulong dalam Rahman's family. tahniah kakak!

ini Faiz dara. dah tak berapa nak dara sebab dah jadi laki orang. wkwkw

bila jalan jem, ini saja kerja yang dijayakan.

masjidnya. tengoklah senibinanya. menarrrrikk

ini gereja lama. depan nya hospital. dah takde nak seram lagi?

left right left. 

adik aku semua kata macam muka Chandramukhi. silaka masing-masing.

okay. bila berjaya sampai, aku pun meletak kereta. takut kena saman, iolss carilah pepondok yg jual kupon parking. kemain jauh. ditanya seorang demi seorang. oh ye. sempat tanya abang hemsem jual baju. dan akhirnya jumpa kedai yang di cari. dan aku faham kenapa ramai kena saman. sebab buang masa. dem. then, aku diberi not RM50 oleh mak. upah bawak adik-adik masuk muzium Samudera, sebab mak ayah aku nak dating makan asam pedas dan wajik. tak baik betul. wuwuwuwu

murah aje tiketnye. RM 2 utk dewasa, singgit utk kekanak. utk foreigner, mahal sekali ganda. 

Muzium Samudera Fasa I


Muzium Samudera Fasa II

disebabkan mak ayah aku plan nak melawat kak Uty yang dah menetap dekat Melaka, petang tu kitorang terus direct kerumah beliau. cadangnya nak sekadar melawat, tapi ada sikit hal yang buat mak ayah aku nak stay situ semalaman. so, malam tu kak Uty bawak weolss ke kedai makan asam pedas. memang awesome, rasa dia seimbang. antara masam dan pedas. 

workers kedai ni peramah. leh mintak tambah

syok hirup-hirup. slurrrrpppppppppppp~

esoknya kitorang pun balik ke kajang. oh ade singgah Nilai 3. cari sarung telur dan beberapa barang hiasan hantaran lain. semangattttt!! 

sampai rumah, tidurrrrrrrrrrrr lah. 


k fine. panjang. sorry. tetap sayang korang yang baca dari mula sampai habis. muah muah


later, aku cerita pasal rambutan dan pulasan. hmm. menarik cuti kali ni. till then, love you.


WL : enabcantiksangat

2 comments:

Naim Iman said...

aku lah tu yg gigih baca dr awal sampai habis. angan kita nk ber-melaka pon dah punah kan.hahaha. ko merasa lu.

Anonymous said...

ALANG: Jeles.