bukan semua orang tahu bercinta.
bukan semua orang mahu bercinta.
bukan semua orang benci bercinta.
bukan semua orang kata mudahnya bercinta.
pelik tengok kau sipu-sipu.
pelik tengok kau tidur malam tak menentu.
pelik tengok kau buka handphone senyum malu-malu.
pelik tengok kau bercinta macam menang nombor berhantu.
aku juga mahu bercinta.
aku juga mahu rasa indahnya bergayut tengah malam buta.
aku juga mahu rasa macam dunia berhenti sekejap demi kita.
aku juga mahu rasa perasaan cinta macam dulu kala.
heh.
itu anggapan aku semata-mata.
mungkin cinta tidak kena masanya.
padah terputus terhenti sekerat masa.
buang masa duit dan tenaga?
yela awak.
ikhlas dari hati saya lama pendam rasa.
Lord Zara kata mungkin saya penunggu paling setia.
tapi saya pilih untuk berduka dalam senyap tidak berkata.
kerana dalam esak tangis saya ada bahagia.
pelik manusia kiri kanan semua.
pelik dengan aku makin teruk pendam rasa.
kadang termenung, kadang senyum tanda suka.
hei.
aku senyum nampak kau semua bahagia.
dan aku tertawa.
gila.
nampak pelik bila aku bercinta.
berhenti sekarang atau makin parah.
dan aku putuskan apa yang tidak bermula.
hearts
Tuesday, November 8, 2011
Monday, November 7, 2011
joy 2011 - 3
3. LECTURER HANTU
WOW! Bilik kuliah tercanggih yang pernah aku tengok adalah di Kolej Inderaputra. Walaupun aku tak pernah masuk mana-mana Uni atau Kolej sebelum ni, cuma sekali-sekala aku tengok gambar dari koleksi abang-abang aku, memang Kolej Inderaputra johan! Patutlah ayah beriya-iya nak masukkan aku kat sini dulu. Samalah macam abang Norman dulu. Bezanya, abang Norman tak terima tawaran ke sini. Lebih mengejar tawaran pekerjaan sebagai guru, macam Along dan Abang Haris. Cuma aku dengan abang Ijat je yang keluar dari bidang tu. Aku dengan Perancangan Bandar, dan abang Ijat dengan Accountancy. Ye. Aku perempuan tunggal.
Tepat jam 8.00 pagi, Dr. Rashque mengunci pintu bilik kuliah. Katanya, disiplin waktu amat dititikberatkan. Okey. Aku tak boleh terbawak-bawak sikap suka bangun lambat macam dulu lagi. “Peduli apa?” Aku berani melawan dalam hati. “Saya faham, jiwa muda macam kamu semua. Tidur lambat, bangun lambat. Standard. Tapi, kelas saya hanya bermula jam 8.00 pagi dan pintu dibuka semula jam 10.00 pagi.” Aku mula mengerut dahi tanda protes. Aku cukup membenci mereka yang menetapkan peraturan. Buat ini, mesti ikut peraturan, buat itu kena berlandaskan peraturan. Tak boleh ke berhenti buat peraturan dan ikut je kehendak hati? “Namun, itu tidak bermaksud saya melarang kamu untuk tidur, makan, minum dan pelbagai rutin harian kamu dalam kelas ini. Yes, henpon kamu pun boleh berfungsi tapi perlulah diletakkan dalam mode senyap.” Hurray! Ini barulah heaven! Okey. Hanya aku sahaja yang bersorak dalam kelas ni sekarang. Classmates!!! You guys abnormal! HAHAHAHA!
Kelas aku betul-betul tamat jam 10.00 pagi. Hebat Dr. Rashque. Seorang yang amat tegas dan mempunyai visi tersendiri. Aku masih tertanya-tanya sikap pelik student kelas tu tadi. Terlalu takut atau terlebih fokus sehingga tidak sedar kehebatan Dr. Rashque menyampaikan visinya.
“Joy, saya tahu, kamu berpotensi untuk berjaya. Namun, untuk mencapai kejayaan, kamu perlu berada di atas landasan yang betul. Ya, masa merupakan disiplin yang mudah dilanggar oleh muda belia macam kamu. Sebab itu saya tetapkan kehadiran kamu semua dalam kelas perlu tepat jam 8.00 pagi. Selebihnya, kamu yang perlu menentukan rutin kamu sendiri semasa kelas. Samalah seperti kehadiran kamu ke kolej ini. Ibu bapa kamu menghantar kamu tepat pada hari pendaftaran. Selebihnya, atas kamu sendiri. Masa depan kamu, hanya kamu sahaja yang boleh mencoraknya.” Kata-kata Dr. Rashque selesai kuliah tadi membuat aku lebih bersemangat untuk terus menapak di Kolej Inderaputra ini!
Dan kisah kegemilangan aku akan terus dicipta di sini........
“First step never tells us that we are loser,
It more likely shout to us to keep moving.”
Joy 2011 Part 1
Joy 2011 Part 2
cap:
Ahadiat Akashah,
cerita,
joy,
joy 2011,
novel
Saturday, November 5, 2011
joy 2011 - 2
2. SAY NO BULLIES!
“Fed up aku dengan orientasi. Hello! 2011 dah kot. Tak perlu rasanya nak mengoriented freshies. Buang masa! Baik korang masuk kelas, study!”
Aku masih dengan tag Slippery Noob di beg galas. Bosan dengan ceramah yang lebih kurang sama macam masa aku orientasi sekolah asrama dulu. Haruslah tentang disiplin, keselamatan dan bla-bla-bla. Slippery Noob pun seakan mengerti perasaan aku sejak aku mendaftar di Sekolah Abdullah Baginda dulu. “Arghhh! Bosan paham takkk!” Tanpa disedari, omelan aku didengari oleh salah seorang fasilitator. “Kalau bosan, blah jelah. Tak payah buat semak. Susah kat aku nak bela je” Balas fasi tersebut. Entah syaitan apa yang merasuk, aku terus capai beg dan terus balik ke asrama.
“Perhatian. Kepada sesiapa yang kehilangan tag beg, sila datang ke kaunter urusetia sekarang juga!” Oh, dem! Macam mana Slippery Noob boleh tercicir! Yang diorang pun satu, beriya nak buat announcement bagai!
“Terima kasih. Nasib korang jumpa dulu,” aku, berbahasa-bahasi. “Eh, kitorang tak kata kitorang nak bagi balik. Kitorang suruh pemilik tag ni datang je,” sinis pelajar senior bernama Kerry. “Oh, taknak bagi ke? Takpelah. Ambik je. Tag tu berpuaka sikit. Tapi, kalau korang treat him nicely, dia boleh jaga korang. Ok, bai.” Malas aku nak melayan senior palat macam tu. Kalau nak bagi, bagi jela. Tak payah nak menggelabah buli-buli. “Ewah. Kerek gila kau kan? HOI! Kau tu freshies! Tak payah nak bajet otai! Setakat budak hingus macam kau ni, sekali tibai jek dah MAMPOS!” Kasar senior Aid ni. “Okeylah Abang Senior, aku paham, korang senior. Tapi, jangan ingat aku freshies, kau boleh main tibai-tibai! Bagus sangat ke kau, huh? Kalau bagus, tak masuk sini lah WOI! Cinnabeng! Kalau berani, langkah! Ini Joy lahh! Bukan sebarang budak, BODOH!” Aku mula beraksi ala-ala Naruto.
“Woi! Dah-dah lahh! Ape kejadah korang gaduh? Yang korang ni pun satu, pulangkan jela tag budak perempuan ni. Apa yang susah sangat? Yang kau ni junior. Tak padan dengan perempuan, berlagak tak tentu pasal. Dah masuk sini, respect the rules jela. Tak payah nak tunjuk otai!!” Okey. Abang hensem ni nama dia “Encik Noob”. Ye. Bukan nama sebenar. Disebabkan Slippery Noob aku merupakan satu-satunya ‘saka’ aku sebelum ni, kehadiran Encik Noob menambah keyakinan aku untuk terus kekal kat Kolej Inderaputra serba cilaka ni.
“It takes days to create a moment.
cap:
Ahadiat Akashah,
cerita,
joy,
joy 2011,
novel
joy 2011 - 1
1. SATU DESTINASI
Suasana di Kolej Inderaputra hiruk pikuk. Di satu sudut, aku hanya duduk menanti saat giliran aku dipanggil. “Macam bank pulak ada nombor-nombor giliran!” Aku hanya membatu bila ayah mula bersuara. Malu sudah tentu.
“Mak, confirm ke orang boleh carry subjek ni? Macam hardcore je. Serius tak yakin,” aku mula meluahkan pendapat remaja aku. Iyalah, aku memanglah cemerlang subjek fizik, kimia semua. Tapi Add Math memang Choiiiii!! Dan lepas SPM, mak tolong isi borang UPU. Tiba-tiba nak suruh aku ambik Perancangan Bandar. Memang gila kepala aku. “Ala Joy, mak percaya, Joy boleh. Mak pun suka belajar botani-botani ni. Kalau kau ambik course ni, mak tak payah ambik kursus kat luar, kan?” Aihh? Aku ke mak aku yang nak belajar sekarang ni? Dem!!!
“Hey! Freshies kan? Tolong naik pegi koperasi sekarang! Belikan aku sekotak ice lemon tea, sekarang!” jerkah mamat senior. Aku usha je dari jauh. “Kalau aku, mampos tak layan! Bajet senior, puihhhhh!” aku bercakap sendiri.
Kolej Inderaputra kembali tenang selepas seharian dataran dipenuhi ibu bapa dan ribuan pelajar lepasan SPM mendaftar. Esok, aku akan mulakan chapter baru hidup aku!
“Life never begins. And it never ends.
But it has lots of chapters to create.”
cap:
Ahadiat Akashah,
cerita,
joy,
joy 2011,
novel
Thursday, November 3, 2011
10 things i wanna say to my crush.
- do not blame me. i just wanna be happy.
- i can't find any others like what Adele said in her song.
- i'm totally afraid with my heart feeling.
- i'm breathless whenever i see u with that smirk face.
- i see your name on my top contact list every day.
- it is you.
- whatever they said, whatever they show, it doesn't affect me.
- i wanna be with you when the mcbright comet strikes the sky.
- lets second date!
- it just a dream. sorry.
hello oreo! oreo! oreo!
cap:
contengan,
crazy little thing called love,
encik oreo,
jantung,
monolog,
oh lunaku,
P'Top,
VJ Nott
Subscribe to:
Posts (Atom)