bukan semua orang tahu bercinta.
bukan semua orang mahu bercinta.
bukan semua orang benci bercinta.
bukan semua orang kata mudahnya bercinta.
pelik tengok kau sipu-sipu.
pelik tengok kau tidur malam tak menentu.
pelik tengok kau buka handphone senyum malu-malu.
pelik tengok kau bercinta macam menang nombor berhantu.
aku juga mahu bercinta.
aku juga mahu rasa indahnya bergayut tengah malam buta.
aku juga mahu rasa macam dunia berhenti sekejap demi kita.
aku juga mahu rasa perasaan cinta macam dulu kala.
heh.
itu anggapan aku semata-mata.
mungkin cinta tidak kena masanya.
padah terputus terhenti sekerat masa.
buang masa duit dan tenaga?
yela awak.
ikhlas dari hati saya lama pendam rasa.
Lord Zara kata mungkin saya penunggu paling setia.
tapi saya pilih untuk berduka dalam senyap tidak berkata.
kerana dalam esak tangis saya ada bahagia.
pelik manusia kiri kanan semua.
pelik dengan aku makin teruk pendam rasa.
kadang termenung, kadang senyum tanda suka.
hei.
aku senyum nampak kau semua bahagia.
dan aku tertawa.
gila.
nampak pelik bila aku bercinta.
berhenti sekarang atau makin parah.
dan aku putuskan apa yang tidak bermula.
3 comments:
bercinta terus bercinta kerana hati ingin pada-NYA =)
"dan aku putuskan apa yang tidak bermula"
this last sentence give high definition..kamus seluruh alam tak bisa beri kata makana tepat!
:)
apapon mulakan la dik..then experience it,,luka dek igauan tak seperit luka tika kau berpijak nyata..
ah sudah la kau menyemak ja menaip komen kat sini kan..
shuuhhh..*halau diri sendiri*
bye alldabest in ur exam :)
xoxo
saya makin kuat hari demi hari. saya mahu cinta hanya untuk Illahi. saya hanya perlu restu cinta duniawi dari Illahi.
Post a Comment