hearts

Tuesday, December 7, 2010

wishes wishes wishes!

salam maal hijrah semua!
semoga kita memperoleh keberkatan sempena tahun baru kali ni.
dah 1432 dah.
1 muharam 1432.
hijrah apa untuk tahun ni?



untuk tahun serba baru ni, 
nab sangat-sangat-sangat nak :
- tunaikan janji nab kat mak ayah. 
- nab nak setel semua hutang piutang. dan jauhkan diri dari hutang. penat.
- nab cuba jauhkan diri dari perkara yang lalai.
- solat nak tepat waktu.
- elak daripada jadi bahan bualan manusia.
cukup kot untuk tahun 1432 ni. 
nanti byk sangat takut tak tercapai pulak.

hari ni jugak hari jadi kakak nab.
alang.
beliau sorang je kakak nab.
sebab........
 dia takde kakak. hahaha!!
oke. itu joke adek-beradek.
oke oke. 



selamat hari lahir ke 23 kakak! 
semoga kau menjadi kakak terbaik yang pernah aku ada.
dan memperoleh jodoh yang menyayangi kau lebih dari aku.
oh. aku ada lukis komik tentang hari jadi kau.
tapi tak boleh la nak upload. takde scanner. 
ape-ape pon, kau tetap kakak aku walau kita beza 2 tahun jer.
**kau mesti bengang sebab aku mention pasal perbezaan ni kan??**

hari ni kitorang plan masak nasik ayam. 
khas untuk sambutan maal hijrah dan hari lahir alang.
best kan?


esok pegi mahkamah pulak. tension.


WL: enabcantiksangat

No comments: