hearts

Tuesday, December 14, 2010

baru.baru.baru.

actually, aku malas lah nak cakap benda ni. aku penat. serius penat. ye. aku tahu. aku ni tak cantik mana untuk diperkatakan. tapi, jelaslah, aku memang suka mencapub. siapa yang tak kenal aku? oke. kat sini aku dah mula perasan. tak. tak. maksud aku, aku pergi mana-mana sekolah masa zaman aku sekolah, aku mudah dikenali. cikgu ke, student ke. mesti kenal. sebab-sebab yang aku kenal pasti, aku kuat mencapub. kutip derma, jadi pengawas(bonus mencapub setiap hari), masuk kawad, buat hal dalam dorm, tido dalam kelas, tak siap kerja sekolah, bergebang kuat. semua tu aku. yea. aku. PLKN pulak aku jadi penghuluwati, masuk karoke, skandal dengan jurulatih, best speaker, wirawati terbaik keseluruhan dan penembak wanita terbaik keseluruhan. bila dah masuk alam UiTM dihatiku dulu, aku mencapub gak. masuk kelab paling cool(kelab muzik), ketua platun KESATRIA(sape tak kenal kesat, memang failed lah!), kaki laman siswa, ketua aras 3A baiduri, kaki lepak dgn lecturer, joging tiap2 pagi, main basketball depan kolej lelaki. jelas sekarang? memang aku kuat mencapub.

macam ni la aku dulu. *perasan*

well, sebenarnya, takde sebarang pekdah aku nak mencapub tu. macam aku kata, itu memang aku. sedar atau tidak, aku harus akui kebenarannya, tak ada sesiapa yang suka! maksud aku, mencapub ni bukannya elok mana. yelah. ramai orang mesti kata "dia tu bukan bagus mana pun" atau "asyik-asyik muka dia je. macam takde orang lain". ha'ah. aku pun perasan benda yang sama. kan? tak elok, tak elok.

sebagai menghormati permintaan ramai, aku nak stop lah mencapub ni. hish..susah untuk aku berubah. tapi aku cuba sehabis baik. aku malaslah nak layan mesej kat inbox fesbuk aku. bukan apa. kalau takde perubahan, nampak usaha murni diorang macam tak berhasil. so, aku berusaha.

jadi, kepada sesiapa yang nak ambil takhta aku sebagai ratu capub malaysia, nasihat aku, kalau tak cukup kuat nak hadapi tohmahan berbulan-bulan, jangan berangan. bukan best pun. tapi all the best lah. aku nak bersara.

dan bakal ratu/raja capub baru, sila take note. korang haruslah berusaha untuk mendapatkan beberapa jawatan yang mungkin, beberapa penampilan umum di khalayak ramai, seberapa banyak aktiviti sukan/kokurikulum yang popular, dan berjaya meyakinkan beberapa pensyarah/cikgu yang kuat pengaruh untuk menaikkan nama korang dengan pantas. serius. yang last tu memang perlukan pengaruh. kalau tak, perghh.. mudah jatuh wa cakap sama lu.
jadi macam budak ni. pengaruh besar betul. (sumber jardness.com)

aku pun nak jadi orang baru. tinggalkan identiti yang buat orang ramai sakit hati. aku nak masuk rehab. yea. rehab. baru lindsay lohan. lol.
macam best. he.he.he.
dah dah. selepas berbincang dengan spirit mendiang laki aku si heath ledger, aku harus mencontohi sikap kat stratford. dingin, anti-sosial, anti-dating, dan membenci kehidupan remaja yang banyak berpura-pura. banyak cakap pulak spirit ni. tapi, itu sebagai langkah pertama. lepas tu baru sesuaikan dengan keadaan sekeliling aku pulak. 

ok. aku nak mintak maaf dengan kesayangan aku kalau aku berubah drastik sangat. yelah, korang memang selalu tak menghampakan aku, tapi aku yang selalu hampakan korang. maaf sekali lagi.


selamat tinggal enab. hello suraya!


WL: enabcantiksangat

2 comments:

AyesyaAhmad said...

haha! ko mencapub ke nab? aku rasa ko aktif kot! hahaha!

maizatul suraya said...

hahaha. tu kata kau, sebab kau kawan aku. kau kenal aku. yg tak kenal? salah anggap, perghh.. nauzubillah.