hearts

Sunday, December 26, 2010

taip lajulaju!

assalamualaikum.


kali ni kena update lajulaju. 
ade 'pengguna' lain menunggu.
:)

so hari ni aku pilih untuk bercerita tentang kenduri.
yelah. hari ni dua kali aku makan kenduri.

kenduri satu.
kahwin bro mikey.
saat awalnya, aku keluar rumah jam 12.15. 
tapi aku janji dengan kawan-kawan jam 12.
biasalah. aku banyak hal dalam rumah. kena setel satu-satu.
so, lewat sikit.
lepas jemput nazihah, aku pergi stesen minyak. isi minyak dan terlupa pam tayar.
bodoh sekejap.
tapi takpe. aku terus drive mini ferrari pergi rumah nonol. 
tak susah. walaupun aku lupa sikit-sikit. tak ape kan?
dari rumah nonol, aku terus-terus-terus drive masuk sg chua.
konon nak keluar jumpa reko.
rupa-rupanya dah sampai bangi.
depan UKM pun. hebat tak?
masuk dengan bangga. angkat tangan dekat pak guard macam kenal lama.
yelah, UKM rumah keempat aku kan? hahaha!
dah sampai, aku  tunggu mala dan kawannya.
erin dan rudi. *if im not mistaken*
rupanya si nonol berjanji dengan mala tunggu depan rumah sabsab.
cesss! hahahaha!
jumpa si alias. tengah pegang camera. *hahaha! mangsa aku*
fyi, aku penah mengaku aku keturunan batak. dan aku sungguh batak dengan camera.
tapi sayang, alias ditugaskan sebagai ahli rakam gambar bergerak sahaja.
takpe takpe. aku pun buat ambik kesempatan buat ucapan.
ala-ala student kat obersi je. baru karann!! hahaha!
makan-makan-makan, aku pun balik. 
tamat kenduri satu

kenduri dua.
kenduri kedua ni mula lepas maghrib. 
tapi-tapi-tapi, 
kena datang awal sebab ada taklimat sebelum bermula majlis.
so, 6.15pm aku dan keluarga keluar rumah.
konon tak jammed kalau ikut highway. 
meleset sama sekali. tiba-tiba plak teruk jammed.
aku bajet eksiden.
rupanya tiga bijik lampu isyarat tu sawan. tu yang buat jammed tu.
takpe-takpe-takpe.
dugaan untuk makan free, ye tak?
eh eh. bukan. dugaan sebab nak hadir kenduri.
:)
bila dah sampai rumah tokchik
kitorang bersiap-siap untuk ke surau taman sri kenari.
nak mula majlis dah.
wuhuu. tak sabar-sabar.
:)
majlis tu dipimpin oleh seorang ustaz dari tampin.
orang-orang alim jugak.
majlis kali ni nak merapatkan balik hubungan silaturrahim antara kaum kerabat.
geng-geng raja lah kononnya..
:)
tapi, objektif sebenar untuk bacaan yasin dan tahlil untuk ahli keluarga kaum kerabat aku.
yang pergi biar terus pergi, yang hidup terus cuba berbakti. 
wah! mcm menang award pulak.
dah setel semua tu,
tibalah klimaks yang aku nanti-nanti.
MAKAN FREE!!!
hahahaha...
tamat kenduri dua.

bila kenduri dua selesai, aku balik rumah. 
dan cuba untuk berehat.
bila tengok ayah bukak laptop aku,
tiba-tiba aku terus semangat.
konon nak update.
:)

terima kasih sebab baca. 

p.s: aku kata nak update lajulaju. tapi apsal mcm panjang lebor aku tulis?

WL: enabcantiksangat

No comments: