hearts

Friday, December 10, 2010

pecah rekod!

Leave it be
It was meant for me
Soul sacrifice
Forgot the advice
Lost track of time
In a flurry of smoke
Waiting anxiety
For a fair judgement deserved

                (opeth, a fair judgement)

____________________________________________

assalamualaikum. 

so kali ni nak cakap pasal pecah rekod. yeap. bukan pecah panggung ye seperti yang dicanang DdR. hahahaha!!!!!

well, last wednesday, i went to mahkamah kuala lumpur. listen to my first charge. about my PTPTN loan. actually, dalam adik-beradik aku, memang takde hal yang perlu dibawa sampai ke mahkamah. dan dengan ini, aku telah memecah rekod, aku yang termuda memegang rekod masuk mahkamah. satu rekod yang harus aku pegang. mak ayah aku memang selalu dah. kes jadi penjamin loan orang. kira, semua mesti pasal loan kan? hahaha!! 

first time dapat surat saman tu, pergh, naik sawan aku. yelah. xpernah weh. xpernah! lain la aku memang budak law ke, atau jadi budak PAR je ke. oh, pernah jugak aku hantar notis bayar loan masa kerja dengan babah dulu. kira, inilah perasaan orang-orang yang dapat surat dari aku dulu tu kan? serve me right!

first thing yang aku buat bila dapat surat saman tu, aku terus call cousin aku yang kerja as pendakwa raya tu. haha. aku tipu untuk nmpk macam cool je. tak. aku menjerit macam orang sawan la. *arghhhh!!!!!!!!!!!!!! aaaayaahhhhhh!!!* haa. macam tu la. pastu baru la encik bf aku cakap. *try call own, mane tau dia boleh tolong.* aku pon call la. tapi, cousin aku tu macam cool je. chill gila. yelah. perkara biasa la kot bagi dia. lain lah aku ni haaa.... dia cakap, *kau pergi je dengar, kau iyakan, kau keluar. macam tu je.* MACAM TU JE? eleh, kacang je tu... hahaaha!!

pastu, masa keluar pegi MID dgn geng artis hari tu, diorang semangat nak bagi moral support. nak ikut aku g mahkamah. pergh! terharuan aku. tapi biasalah, artis. diorang nak ikut dan nak pakai ala-ala i pegi mahkamah syarie je. dengan spek itam, baju kurung dan selendang. hahaha! lawak la babe. aku bukan masalah rumahtangga. masalah pinjaman hutang tak terbayar! hahaha!! xpe xpe. aku sadar hasrat murni korang yang cool tu. 

8-12-2010, rabu.
aku hanya ke mahkamah dengan puan gf dan kakanda aku je. yelah. ayah aku last minit kata tidak follow. mahu ambil lily kat tempat tuisyen dia. so, i drove to mahkamah. nak ke jalan duta tu memang takde masalah besar. yang jadi problemnya, mahkamah tu aku tak tahu kat mana. tanya orang jap. tapi ape kes tah aku bebal jap. tak paham. so asyik salah je. last sekali baru nampak. cessss....

bila dah daftar kehadiran, aku duduk la tunggu giliran. perghh!! nak kencing aku masa tunggu tu. chuak ah kot. gila babengs punya PTPTN. kasi aku chuak je. nama demi nama disebut. aku antara yang terawal daftar kehadiran. tapi 2 jam aku tunggu untuk sebutan kes aku. kuang ajo lembabnye. pastu, aku nampak ada lawyer besar punya badan lalu depan aku. *hah, ni macam sesuai je nama rizal ngan dia ni*. hahaha!! boleh aku nilai melalui badan? bengong. nasib betol. dia sebut nama aku dengan sorang lagi peminjam tegar. fuhhh! lega sebab masuk berdua.

bila dah masuk, hakim mintak ic. dia pun klik sana, klik sini. aku pun tak tahu dia klik apa. tapi klik la. pastu dia tanya kami,*ada terima surat saman? setuju dengan jumlah tu?* kitorang ye kan ajelah. nak bantah apa je. lepas tu senang hati je hakim tu kata, *ok. urusan kamu dgn mahkamah dah setel. kes kamu dipadam serta merta. lepas ni urusan antara kamu dan PTPTN je.* whadda???????? puan hakim, kami ni tunggu dekat 2 jam tau. kalau tau hal ni setel 3 saat je, kami pergi daftar kehadiran je lain kali! hahaha! macam tu la aku sound hakim tu. berani sungguh dia. *oke. aku byk auta.*

keluar tu, muka aku memang tahap bahagia ah. tak nak masuk mahkamah lagi. sumpah mati tak nak dah! ambik gambar sana-sini.

after that, aku pegi PTPTN. konon nak setel hal loan la. tapi turn memang dahasyat la. aku blah dengan puan gf. hujan lebat gila woii!! berlari aku dengan puan gf ke kereta. nak balik tu, 17 kali aku pusing hartamas. sebab tak tahu jalan pulang. bukan la tak tahu, hujan lebat, tak nampak signboard. naik buta mata aku. 

KL banjir woiii!
hahaha. ala-ala headlines gitu... hahahaha.. sekitar jalan istana, banjir gila babengs! jem, tuhan je tahu. 

apa-apa pun, ni pengalaman aku. hopefully, none of my family members and friends yang kena macam aku. sumpah menyampah!

aku letak sikit kenangan kat bawah ni. lepas ni sumpah tak nak jejak lagi!

bangunan tergamak!

saya dan puan gf

see? the power of love comes from families.

kafeteria pejuang kebenaran.

banjir teruk dan hujan pura-pura manja!

p.s: jangan buat loan PTPTN. binasa nanti.



WL:enabcantiksangat

2 comments:

wandiba wanzakaria said...

enab! tahniah2! mujur lah berjalan lancar. kagum!

maizatul suraya said...

alhamdulillah.